Uncategorized

Selepas perli Shuk tak ada Radio, ini yang berlaku kepada Issey buat dia tahan sebak

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Issey, 34, meninggalkan stesen radio Suria FM selepas tiga tahun bertugas sebagai penyampai di stesen radio itu, hari ini.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya yang berakhir pada 31 Julai ini kerana memiliki perancangan masa depan lain.

Mengakui hatinya berat meninggalkan stesen radio itu, dia bagaimanapun bersyukur diberikan peluang keemasan menyertai stesen radio itu yang banyak meninggalkan kenangan indah.

“Hari ini hari terakhir saya di Suria FM. Saya sendiri yang memilih untuk tidak menyambung kontrak walaupun sangat sayangkan Suria FM. Namun, saya buat keputusan ini sebab saya ada rancangan sendiri.

“Kenangan tiga tahun di Suria FM menjadi satu memori indah dan cukup bermakna untuk saya dan adik-beradik di stesn radio itu,” katanya.

Bagaimanapun, Issey enggan mendedahkan mengenai perancangannya itu, namun berjanji akan berkongsi mengenainya pada masa yang sesuai nanti.

Issey yang mengendalikan segmen Team Pagi Suria (TPS) bersama Ajak dan Fizi Ali ke udara kali terakhir, hari ini.

Dia memulakan khidmatnya di stesen radio berkenaan pada 6 Ogos 2018.

“Awak pernah curang saya tak pernah.” Aku ada radio, kau dah tak ada”

Itu ayat ‘makan dalam’ penyampai radio dan pengacara terkenal, Issey Fazlisham terhadap bekas penyampai radio sensasi, Shuk Sahar dalam program I Can See Your Voice Malaysia yang disiarkan semalam.

Sebelum itu, Shuk memuji kesetiaan Issey terbabit dalam program ICSYVM dan telah menunjukkan satu perubahan ketara pada dirinya.

“Pertama sekali saya ucapkan terima kasih sebab awak tunjuk setia dengan program ini dan buat dua perubahan sejak datang sini. Sebelum ini duda, sekarang suami orang,” puji Shuk santai.

Namun selepas itu suasana bertukar menjadi riuh-rendah dengan pujian’ tambahan oleh Issey secara seloroh.

Meninjau ruangan media sosial di TikTok, Twitter dan Instagram sejak video itu tular, rata-rata peminat dan penonton hiburan terhibur dengan ‘usikan’ Issey terhadap rakannya.

Begitu pun, ada juga netizen yang kurang senang dengan gurauan Issey.

“Sebaiknya jangan ungkapkan perkara itu di khalayak ramai. Dengan tak sedar kita sudah mengaibkan, walaupun itu hanya gurauan,” komen penonton di TikTok.

Terdahulu Pengurusan stesen radio Hot FM mengumumkan kontrak penyampai, Shuk Sahar yang sebelum ini digantung kerja, berakhir

Sebelum ini, perkhidmatan Shuk atau nama sebenar, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, digantung pada 24 Januari lalu bagi memberi ruang kepada pengurusan Hot FM membuat siasatan dalaman terperinci terhadap isu dirinya yang tular dalam media sosial.

Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, berkata siasatan dalaman mendapati Shuk melanggar kontrak perkhidmatan sebagai penyampai Hot FM.

Rasa bersalah, sampai doa sebut nama Shuk – Issey

KUALA LUMPUR : Dikritik kerana dianggap tidak sensitif ketika bergurau, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham, 35, memohon maaf jika ada kalangan warganet yang menyifatkan tindakannya bergurau kasar dengan Syuk Sahar sebagai tidak wajar.

Menurut Issey, dia tidak mempunyai masalah dengan Shuk dan selama ini menganggap pelawak serta pengacara tersebut sebagai sahabat yang rapat dan baik.

“Jadi, sebagai kawan-kawan rapat, kami ini memang sudah biasa bergurau kasar. Cuma saya akuilah kesilapan dan kekhilafan sendiri kerana mungkin tidak patut bergurau seperti itu secara umum.

“Ini kerana ternyata sudah ramai pula yang tersalah faham dan menganggap seolah-olah saya nak menghentam Shuk. Sedangkan kami berdua okey dan sudah sedia maklum cara masing-masing bergurau,”katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin, tular video sedutan daripada program I Can See Your Voice Malaysia musim keempat (ICSYVMY4) siaran TV3 yang menyaksikan Shuk dikenakan oleh Issey yang menyindirnya secara langsung di pentas tersebut.

Antara yang disebut Issey ialah, Shuk pernah curang manakala dirinya tidak pernah selain dalam segmen lain turut menyebut dirinya ada radio manakala pelawak tersebut tiada.

Gurauan itu merujuk kepada latar belakang shuk yang sebelum ini sering terkait dengan kontroversi curang sehingga rumah tangganya goyah selain tidak lagi bekerja sebagai penyampai radio di Hot FM.

Dalam pada itu, Issey yang sekali lagi menyusun jari memohon maaf kepada warga net termasuk secara peribadi kepada Shuk atas kekhilafan dirinya.

“Saya cuma nak mainkan karakter yang nampak macam jahat dan nakal, tapi tak sangka pula macam dah terlebih jahat. Minta maaflah kepada mana-mana pihak yang rasa ia satu perbuatan tak wajar.

“Saya pun sudah minta maaf dengan Shuk sendiri dan kami okey. Dia pun gelak-gelak sahaja. Tapi tak dinafikan, tak boleh buang rasa bersalah itu bila jadi macam ini. Saya sampai masa solat, minta doa dan sebut nama Shuk supaya dia tidak dibelenggu dengan isu ini.

“Harap selepas ini tidak adalah yang cuba memanipulasikan isu ini ya. Saya kasihan dengan Shuk. Minta maaf sekali lagi ya,”katanya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *