Amalan

“Jangan tanya kami, tanyalah Ebit Lew sendiri” – CEO DMFK bersuara

SYARIKAT milik Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah menjelaskan pihak mereka tak terlibat dengan apa-apa kerja dilakukan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang diterajui Ustaz Ebit Lew.

Ketua Pegawai Eksekutif, DMFK Inspirations Sendirian Berhad, Mohd Shaifful Bahri Othman berkata, memang benar Ebit Lew merupakan rakan sekerjanya pada suatu masa iaitu kira-kira 11 tahun lalu.

Katanya, namun jika ada apa-apa persoalan berkaitan Ebit Lew termasuklah sama ada beliau mualaf atau bukan perlulah ditujukan terus kepada pendakwah berkenaan dan bukan kepada pihaknya.

“Sebarang persoalan sama ada berkaitan individu atau pertubuhan dipimpinnya, bertanyalah kepada tuan tubuh sendiri.

“Kami memohon sangat apa yang diuar-uarkan ini dapat menjawab pertanyaan serta keiinginan masyarakat.

“Google sahaja Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, insya-Allah akan dapat alamat dan nombor telefon. Bertanyalah di sana, bukan di sini (kami). Di sini tidak tahu apa-apa,” katanya menerusi satu rakaman video.

Video tersebut dimuatnaik di laman Facebook Dr. Mohd. Fadzilah.

Isu sumbangan Ebit Lew di Gaza kembali hangat, Nadir pula persoal ‘cara’ digunakan

Menurut Mohd Shaifful, mereka juga sudah lama tidak bersama-sama menjayakan program latihan bersama melainkan lebih sedekad lalu.

“Kami harap penjelasan yang kami berikan ini mampu membantu kalian mencari kebenaran yang diinginkan. Wallahualam,” jelasnya.

Dalam pada itu, PU Rahmat mengutarakan persoalan yang sama

Kecoh Video Luc4h Mirip Pendakwah, PDRM Akan Keluar Kenyataan Dalam Masa Terdekat

Dalam perkembangan lain Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti dakwaan kononnya berlaku penul4ran video luc4h yang membabitkan g4ngguan sek.sual melibatkan individu mirip pendakwah di negara ini.

Pengarah Jabatan Sias4tan Jenay4h Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, satu kenyataan bakal menyusul dalam masa terdekat daripada PDRM namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Sebelum itu, media sosial hangat membincangkan tentang dakwaan mengenai video berkenaan.

Tinjauan di media sosial mendapati ada sebahagian turut memperkatakan isu yang seakan-akan sama dengan dakwaan berkenaan.

Ada juga mengaitkan ramai menjadi mngsa seks.ual individu yang dikaitkan perlu berani tampil membuat laporan sambil memberi beberapa nombor untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang pen4fian dan dakwaan secara terang-terangan dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *