Uncategorized

KKM Igt Dah Buat Tindakan Bijak Tutup Komen, Sekali Lain Pula Yg Jadi Kat FB Dr Noor Hisham

Pengumuman kes Covid-19 hari ini ternyata mengejutkan orang ramai selepas kes harian mendadak naik sehingga mencecah angka 8,868.

Susulan pengumuman kes terbaharu itu juga, Kementerian Kesihatan bertindak menutup ruang komen di laman media sosialnya seperti Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalang orang ramai untuk meluahkan keluhan masing-masing di laman sosial Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Rasa-rasanya Malaysia negara paling pelik di dunia, makin lama rakyat dikurung, makin tinggi pula angka kes positif,” kata Charlie Jikson.

“Adakah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kali ini gagal juga Tan Sri? Saya amat bimbang dengan situasi di Selangor. Hospital-hospital semakin hari, semakin teruk. Saya tahu Tan Sri juga tertekan, tetapi kita perlukan jalan penyelesaian lain,” luah Reez Kamarul.

Sementara itu, ramai juga dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa bimbang dengan keadaan di Kuala Lumpur dan Selangor yang dilihat mencatatkan kenaikan semula kes Covid-19.

“Rekod baharu di Selangor. Kerajaan sepatutnya utamakan vaksinasi di Selangor dan Kuala Lumpur jika mereka mahu membenarkan kilang-kilang beroperasi,” kata Mimi Rozana.

“Kes di Selangor menakutkan, tak mustahil selepas ini penduduk perlu pakai pakaian perlindungan PPE. Hendak keluar dapatkan vaksin pun takut,” kata Nurul Janna.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kluster komuniti, tempat kerja kekal terbanyak

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan pertambahan 18 kluster Covid-19 melibatkan sembilan kluster komuniti, enam kluster tempat kerja, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pendidikan tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster komuniti melibatkan dua di Sarawak, Lorong Tiga Kampung Siol Kandis di Kuching dan Samarahan (69), Sungai Bedil Besar di Kuching (31); dua di Sabah, Pintasan Kota Belud di Kota Belud (18), Siasai Dundau di Kota Belud (35) manakala dua di Johor, Jalan Bukit 17 di Johor Bahru (16); Jalan Pulasan 18 di Johor Bahru (14).

Katanya, Taman Dovenby melibatkan Kuala Kangsar, Kinta, Larut, Matang, Selama, Perak dan Gombak, Selangor (34), Jalan Panchang di Sabak Bernam, Selangor (14) dan Jalan Nik Yusuf di Pasir Mas, Kelantan (14).

“Kluster tempat kerja pula, Negeri Sembilan catat dua kluster, Tasik Utama 2 di Seremban dan Port Dickson (27), Industri Lengkok Emas Nilai di Seremban dan Port Dickson (68); Melaka juga dua kluster, Industri Jalan TMP Lapan di Melaka Tengah (22); Jalan Tun Razak Peringgit di Melaka Tengah (29). Jalan Metro Perdana melibatkan Kepong, Titiwangsa, Kuala Lumpur dan Gombak, Petaling, dan Kuala Selangor, Selangor (19) dan Pasar Orkid Sentosa di Hulu Selangor (20).

“Dua kluster kumpulan berisiko tinggi pula, Jalan Limau Kampung Pasir di Johor Bahru, Johor (8) dan Jalan Parit Machang di Kuala Selangor, Selangor (45) manakala Kluster pendidikan tinggi, Sejantung di Hulu Selangor, Selangor (96),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia turut merekodkan penurunan sedikit kes positif namun masih melebihi 7,000 iaitu 7,097 kes berbanding semalam, 7,654 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 4,863 kes.

Katanya, sebanyak 91 kes kematian dicatatkan dengan 948 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 441 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 74,344 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 3,119 kes diikuti Kuala Lumpur (1,005), Negeri Sembilan (788), Melaka (358), Sarawak (289), Pahang (258), Sabah (244) dan Johor (224).

“Empat negeri lagi di bawah 200 kes iaitu Kedah (198), Perak (187), Pulau Pinang (140) dan Kelantan (123) manakala baki negeri dan dua wilayah merekodkan kes di bawah 100 iaitu Labuan (93),Terengganu (43), Putrajaya (26) dan Perlis hanya dua kes,” katanya.

Mengulas mengenai 91 kematian, beliau berkata, Selangor kekal tertinggi iaitu 47 kes, 16 kes di Negeri Sembilan, 10 kes di Kuala Lumpur, masing-masing empat kes di Johor dan Melaka, tiga kes di Sarawak, dua kes di Perak, serta masing-masing satu kes di Kelantan, Terengganu, Pahang, Labuan dan Kedah

“Seramai 52 lelaki termasuk lima warga asing dan 39 wanita termasuk tujuh warga asing berusia antara 25 hingga 98 tahun dengan melibatkan 53 warga emas, 15 kes tiada penyakit dan 10 kes meninggal dunia di rumah.

“Antara penyakit yang dikesan dalam kalangan pesakit iaitu kencing manis, darah tinggi, obesiti, dislipidemia, buah pinggang, paru-paru, kanser, strok, tuberkulosis, asma, Bullous Phemphigoid, hati, darah dan tiroid,” katanya. – UTUSAN

Sumber : Kosmo Online via awatttsyeikhh.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *