Entertainment

Menangis baca berita orang bvnuh diri, ini tindakan terkini Ustaz Ebit Lew

Terdahulu PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew meluahkan rasa syukurnya kerana dapat membuka Rumah Kasih Umat di Gaza yang akan menempatkan penduduk-penduduk termasuk kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal dan orang tersayang.

Menurutnya, dia menyewa dua rumah untuk dijadikan rumah kebajikan yang setakat ini menempatkan 10 anak yatim, selain menjadi tempat tinggal orang susah serta tempat bagi mengadakan kelas juga aktiviti kanak-kanak.

“Menangis melihat anak-anak ini. Kecil lagi setiap hari hidup dengan peperangan, saya tidur malam disini terfikir risau juga.

“Inikan pula anak-anak ini sepanjang hidup melalui hidup diuji begini,” tulisnya di media sosial.

Selamat Pulang Ke Tanah Air

Semalam Ustaz Ebit ada berkongsi di media sosial yang beliau dan pasukannya telah selamat pulang dengan penerbangan menggunakan Turkish Airlines dan perlu di kuarantin terlebih dahulu

“Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji milik Allah. Terima kasih ya Allah.
Terima kasih semua yang selalu mendoakan yer. Allah sahaja yang membalasnya. Jika ada kebaikan atas yang kami buat berkat doa semua.
Kami sedang menjalani kuarantin di tempat yang ditentukan kkm. Terima kasih DS Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra serta Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.
Terima kasih Turkish Airlines sponsor penerbangan kami. Terima kasih Turkish Airlines selesa sangat dan layanan terbaik. Semoga berkat dan bertambah maju-ebitlew”

“Menangis baca berita orang bvnuh diri”

Walapun mmasih dalam tempoh kuarantin, ia tidak menghalang Ustaz Ebit Lew untuk terus membantu rakyat Mallaysia yang terjejas sejak PKP di laksanakan

“Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bu.nuh diri. Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini. Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu.”
Lokasi & No Telefon

1.Kota Kinabalu,Sabah 01121820646

2.Seberang Perai Utara,Penang 0184636181

3.Semporna,Sabah 01159023120

4.Bintulu,Sarawak 0164035460

5.Senawang,Negeri Sembilan 0173164974

6.Bandar Kuantan,Pahang 01161096263

7.Kudat,Sabah 0169771243

8.Pasir Mas,Kelantan 0179478716

9.Sungai Petani,Kedah 01127226330
10.Ipoh,Perak 01151523766

11.Kunak,Sabah 0166033149

12. Kuala Terengganu 01120507611

13.Kuala Lumpur,Selangor 0176296906

Rata-rata netizan sangat berterima kasih dan terus mendoakan Ustaz Ebit Lew

“Saya dari dulu teringin nak mintak pertolongan ustaz ebit…tp belum izin Allah lagi…tp syukur kepada Allah,,lepas saya angkat bendera putih Allah hadirkan hamba2 Allah untuk hadir membantu saya dan suami dalam masalah kami alami lebih 2 tahun….saya sampai ni bersyukur sgt2 buat semuanya…saya doakan ustaz ebit dimurahkan rezeki berpanjangan dan semua jua dimurahkan rezeki berpanjangan dunia n akhirat Aamiin….Disini saya mintak semua doakan jua hamba2 Allah yang hadir bantu kami moga mereka semua dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu in Shaa Allah Aamiin…moga masalah kami alami selama nie pun akan dapat diselesaikan secepat mungkin alhamdulillah.”

Kerajaan digesa tangani kes bun.uh diri: PUM

SHAH ALAM – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa kerajaan bertindak segera usaha membantu menangani tekanan mental rakyat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan kejadian bu.nuh diri seperti yang kerap tular di media sosial.

Yang Dipertua PUM, Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir bekata, pelbagai faktor menyebabkan individu itu bertindak membu.nuh diri untuk keluar daripada masalah mereka.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mewujudkan kerjasama dengan pelbagai agensi selain menguar-uarkan di media platform sesuai untuk mereka membuat aduan.

“Kementerian berkenaan perlu menggerakkan skuad prihatin rakyat atau skuad penyayang bagi memberikan nasihat kepada yang memerlukan sebagai langkah pencegahan dan pemulihan serta pemberian skim bantuan yang sewajarnya.

“Mempercepatkan vaksinasi kepada golongan agamawan seperti imam dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid supaya dapat dibuka segera kepada orang awam. Ia sebagai usaha bagi mengawal gejala kebimbangan dan kemurungan yang berlaku dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada masa sama, PUM turut menawarkan bantuan kepada kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan beban tekanan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia ketika ini dan berharap tindakan segera dapat diambil.

Ustaz Ebit Terima Anugerah Duta Muhibbah Palestin, Ramai Bangga! – “Mereka Sambut & Layan Dengan Baik, Terharu Rasa.”

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mengakui berasa amat terharu selepas dikurniakan anugerah sebagi Duta Muhibbah Palestin oleh pihak kerajaan negara berkenaan.

Dalam perjumpaan tersebut, kedua-dua belah pihak turut membincangkan mengenai program kerjasama yang bakal dijalinkan pada masa akan datang.

“Terharu sebak syukur rasa bila dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah Palestin / Palestine Goodwill Ambassador. Saya cuma buat sedikit usaha berbanding ramai orang.

“Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestin, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia.

“Mereka menyambut dan melayan dengan sangat baik. Terharu rasa. Allahuakbar. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapapun. Cuma niat nak menolong sahaja. Kami berbincang untuk program-program di Palestin di masa akan datang,” tulisnya.

Pada masa sama, Ustaz Ebit turut memaklumkan dia bersama pihak Kementerian Luar Palestin turut telah bersetuju untuk menganjurkan pameran sebagai memperingati para keluarga serta pejuang yang telah terkorbam sepanjang pergolakan yang berlaku di negara tersebut.

“Saya bersetuju bekerjasama dengan kementerian luar projek – cultural Exhibition of heroism and Sacrifice. Demi maslahat anak muda remaja disana. Identiti dan tanah mereka diambil. Berapa banyak telah terkorban.

“Ada berapa banyak keluarga dah tiada keturunan mereka. Semuanya syahid. Berapa banyak bangunan diletupkan. Anak kecil terkorban. Jadi ini bina satu tempat untuk mengingat jati diri mereka dan yang mereka yang telah terkorban

“Semoga menjadi asbab kebaikan. Terima kasih kerajaan Palestine. Terima kasih kementerian Luar Palestine dan semua rakyat Palestine. Terasa bagai semua keluarga,” katanya lagi.

Dikesempatan itu juga, Ustaz Ebit turut menitipkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah pun menyokong misinya itu selama ini.

“Terima kasih doa semua rakyat Malaysia. Terima kasih DS @hishammuddinhussein dan Wisma Putra. Terima kasih Kedutaan Besar Malaysia Mesir. Terima kasih PM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Menjunjung kasih Tuanku @hrhcrownprinceofjohor yang bersama misi ini dan selalu mendoakan.

“Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Menjunjung kasih Tuanku, kerana membantu dan mendoakan dari mula misi. Menjunjung kasih Tuanku. Daulat Tuanku,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga selain turut mendoakan semoga segala urusan Ustaz Ebit sepanjang menjalankan misinya itu akan sentiasa dipermudahkan.

“Bangga dengan Ustaz. Terus melakukan kebaikan Ustaz Ebit. Jadi inspirasi untuk kita semua. Kita doakan ustaz sentiasa.

“Tahniah Ustaz. Ustaz sememangnya layak. Lebih daripada layak untuk anugerah tersebut. Terima kasih atas segalanya ustaz. Segala kebaikkan Ustaz selamana ini tidak terhitung dengan jari. Terima kasih kerana terus menerus menjadi inspirasi kebaikkan kepada ramai orang.

“MasyaAllah you really deserve that Ustaz. May Allah bless you endlessly. Amin,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Ustaz Ebit Liew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *