Amalan

Selepas Pegawai Azmin Ali Gesa Berundur. Ini Yg Berlaku Kpd Dr Hisham Ketika Sidang Media

Semalam, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan angka kes yang mencecah sehingga lima angka dengan jumlah kes positif harian sebanyak 11,079 k.es dicatatkan semalam.

Setelah sekian lama juga, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham telah pun membuat sidang media untuk mengumumkan kes positif harian tertinggi dicatatkan ini.

“Bergetar suara DG”
Selain ternanti-nanti untuk melihat kembali Dr Hisham membuat pengumuman kes C0vld-19 di Malaysia, netizen turut perasan kesedihan dari raut wajah dan suara Dr Hisham di sidang media semalam.

VIDEO :

 

Kalau korang tengok video dekat atas ni, korang boleh dengar suara Dr Hisham seakan bergetar bila buat pengumuman k.es Covid-19 semalam. Mungkin disebabkan oleh k.es yang dah meningkat sehingga ke 5 angka. Susah kot jadi orang yang sampaikan berita buruk…

“Memang sedihlah, Malaysia dah hampir menang”

Rata-rata netizen yang melihat video ini atau menonton sendiri secara langsung sidang media oleh Dr Hisham semalam turut merasa sebak tambah lagi bila melihat wajah Dr Hisham yang kelihatan sedih disebalik pelitup muka dan face shield yang dipakainya.

Pun begitu, Dr Hisham ada mengatakan yang kes positif C.ovid-19 boleh menunjukkan penurunan ketara dalam masa dua minggu sekiranya kadar v.aksin sekarang terus berada di momentum yang sama di Selangor dan Kuala Lumpur.

Pegawai Azmin Ali Cakap Dr Hisham Sudah G4gal, Gesa Berundur

Setiausaha akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali hari ini menggesa Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengundurkan diri.

Menulis di laman Twitternya, Adlin M Zabri berkata dia tidak setuju dengan “penutupan menyeluruh” dan menuduh Noor Hisham gagal melakukan perancangan sewajarnya.

“Pengarah Kesihatan. Anda jelas gagal melakukan perancangan yang tepat dan semua penutupan penuh ini menunjukkan bahawa anda tidak mampu menangani (wabak Covid-19).

“Tumpukan bidang pembedahan saja atau lagi baik berhenti,” kata Adlin.

Adlin menulis ini ketika berkongsi artikel berita mengenai netizen yang mengkritik Noor Hisham mengenai pengendalian pusat penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Melawati.

Melalui ciapan lain di Twitter pada awal hari ini, Adlin secara sinis menyarankan sektor perkilangan harus disalahkan atas wabak di pusat vaksinasi IDCC.

Pada 10 Julai lalu, Adlin menyiarkan klip video memaparkan Ketua Teknikal Covid-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Maria Van Kerkhove yang bercakap mengenai cara untuk membendung penyebaran Covid-19.

Hantarannya itu disertakan dengan pesan: “Pengarah Kesihatan … Harap (anda) mendengar ini”.

Putrajaya telah memutuskan untuk menutup lebih banyak kilang bermula 3 Julai dan seterusnya untuk membendung penyebaran Covid-19.

Beberapa jam selepas pengumuman itu, Azmin – yang kementeriannya memimpin sektor pembuatan – menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

“DG Dan Frontliners Banyak Berkorban, Tapi Still Tak Give Up” – Netizen Mohon Jangan Kec4m DG Hisham

Netizen menyatakan rasa kurang senang apabila ada pihak yang meletakkan kesalahan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham selepas kes harian naik mendadak.

Perkara itu juga menyebabkan nama atau kata kunci DG Hisham menjadi trending di media sosial.

Melihat topik hangat tersebut, rata-rata netizen memihak kepada DG Hisham dan juga petugas barisan hadapan.

Menerusi beberapa ciapan di Twitter, netizen membidas dakwaan tersebut dan menyatakan mereka tidak patut menyalahkan DG Hisham kerana petugas barisan hadapan ini masih lagi bertungkus-lumus berjuang memerangi COVID-19.

Malah netizen juga melabelkan kritikan yang diberikan itu sebagai mengarut dan tidak berasas.
Selain itu sesi sidang media yang berlangsung semalam juga menjadi perhatian apabila suara DG Hisham kedengaran sebak sewaktu menyampaikan laporan kes harian COVID-19.

Kes harian pada Selasa, 13 Julai 2021 dilaporkan mencecah jumlah 11,079 kes sekaligus menjadi yang tertinggi di Malaysia.

COVID-19: Malaysia Catat Kes Harian Tertinggi 11,618, Netizen Meng4muk Suruh Tutup Kilang!

Ingatkan semalam dah catat angka paling tinggi, rupanya hari ini jumlah kes COVID-18 meningkat kepada 11,618 kes.

Menerusi laman sosial Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan negeri Selangor terus merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 5,051 kes baharu.

Ia disusuli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1,749 kes, Negeri Sembilan (1,537 kes), Melaka (526 kes), Kedah (504 kes) dan Pahang (400 kes).

Negeri Perlis yang tidak merekodkan sebarang kes semalam, mencatatkan tiga kes baharu di negeri terbabit.

Di laman sosial yang sama, netizen meluahkan rasa kecewa dimana rata-ratanya mahu kilang di tutup.

“Tutup kilang kat selangor pun dah cukup bermakna, kesian KKM kena tutup comment,” komen seorang wargamaya.

“Kalau PKPD sambung + kilang banyak buka memang tua dalam rumah je la,” luah seorang wargamaya.

“Tak tahulah nak cakap, diorang suruh stay at home tapi diorang suruh pergi kerja sebab kilang buka,” tulis seorang wargamaya.
“Kes nak turun seratus pun susah. Aku penat dah wei. Duduk rumah terkurung. Dear @AzminAli, kita cuba la tutup kilang sebulan. Tengok kes turun ka dak,” ujar seorang wargamaya.

“Malaysia breaking records everyday. Buka lagi kilang-kilang semua,” kata seorang wargamaya.
“WOI HABIS SAMPAI BILA KENA DUDUK RUMAH NI? KALAU TAK TUTUP KILANG, DUDUK RUMAH SAMPAI KIAMAT PUN KES TETAP BANYAK LA,” marah seorang wargamaya lagi.

Kredit:MK

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *