Uncategorized

Pemilik rumah pula tampil ded4h perbualan dgn pakcik tua mist3ri, baru tahu cerita sebenar

Seorang penduduk di Taman Cengal Jaya di sini, masih tidak dapat melupakan kejadian misteri dikunjungi seorang lelaki warga emas berkain pelekat dan bertongkat pada pukul 6 pagi kelmarin.

K. Tiyagarajan, 64, atau mesra dipanggil Peter berkata, lebih mengejutkan, lelaki itu yang ma­­suk ke kawasan rumahnya de­ngan memanjat pagar mampu mendiamkan dua ekor anjing peliharaannya jenis Rottweiler.

Menurut peniaga alat ganti kenderaan itu, selepas berjaya masuk, lelaki berusia dalam lingkungan 60-an tersebut dilihat berlegar-legar di kawasan rumah.

“Sebelum itu, saya dengar bunyi salakan anjing, saya sangka musang masuk sebab rumah saya terletak bersebelahan kebun kelapa sawit.

“Biasanya anjing ini menyalak lama, tetapi kea­daan itu tidak berlaku semalam (kelmarin) lalu saya intai melalui tingkap bilik di tingkat bawah yang terletak bersebelahan kandang haiwan tersebut,” katanya di sini semalam.

Peter melihat anjing peliharaannya jenis Rottweiler yang dikatakan diam selepas dikunjungi seorang lelaki misteri kelmarin.

SELEPAS DIAMKAN ANJING, PAKCIK ITU MEMANGGIL 2 ORANG ANAK PETER

Peter terkejut apabila lelaki misteri itu turut mengintai lalu menjerit memanggil dua anak lelakinya yang tidur di tingkat atas.

Jelasnya, dia nampak dengan jelas wajah warga emas itu yang didakwa berlainan daripada orang biasa, manakala anjingnya pula hanya diam memerhatikan mereka tanpa menyalak.

“Saya bertanya kepada lelaki itu mengenai tujuannya dan minta dia beredar segera sebelum saya menghubungi polis.

“Dia beritahu mencari kakak kandungnya yang tinggal di sini dan mempunyai ilmu untuk men­diamkan anjing,” katanya.

Mendengar pengakuan itu, Peter dan isterinya, M. Mageswari, 74, semakin takut dan meminta anak mereka merakam gelagat lelaki tersebut.

Ceritanya, warga emas itu bukan penjenayah kerana bara­ngannya tidak dilarikan.

Peter menunjukkan kesan kotoran pada dinding pagar rumahnya.

“Dia sempat bertanya adakah urusan (merakam gambar) sudah selesai. Kemudian dia panjat pagar dan pergi ke kereta jenis Proton Iswara berwarna merah sebelum beredar,” katanya. Peter membuat laporan di Ba­lai polis Sungai Petani.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Serbuan dilakukan di rumah lelaki itu di sebuah taman perumahan 4 kilometer dari lokasi kejadian semalam.

“Semakan mendapati dia yang tinggal bersama isteri dikatakan tidak waras dan tiada tindakan diambil terhadapnya,” katanya.

Dalam kejadian yang tular sejak semalam, seorang penduduk taman perumahan memaklumkan jirannya hampir dipukau selepas menyedari lelaki tua bertongkat masuk ke kawasan kediamannya.

Sebelum kehadiran lelaki itu, jirannya menyedari sebuah Proton Iswara berwarna merah berlegar di kawasan itu pada jam 5.20 pagi.

Apa yang menjadi misteri ialah pagar rumah itu dikunci automatik dan timbul persoalan bagaimana lelaki terbabit boleh masuk ke perkarangan kediaman tanpa ada kesan kopak pada pagar.

Justeru penduduk meluahkan kebimbangan dan memaklumkan kejadian kepada polis.

Penduduk turut mendakwa kawasan kediaman mereka kerap terputus bekalan elektrik serta alat penggera tiba-tiba berbunyi pada jam 4 atau 5 pagi hampir setiap hari.

TERDAHULU Dari rakaman cctv, seawal jam 5.20 pagi, ada proton iswara warna merah plate no PDA 2005 berlegar2 kawasan perumahan kejiranan saya. Kemudian, ada seorang lelaki tua bertongkat masuk kawasan rumah jiran depan. Betul2 depan rumah kami.

Jiran depan rumah ini Indian, dan diorang ada bela anjing banyak dan seekor anjing hitam yg besar untuk jaga rumah, org tua ni boleh buka sangkar dan main dgn anjing hitam besar tu. Anjing-anjing tu semua tak menyalak pun.

Biasa anjing kalau bau orang tak dikenali, akan menyalak. Jiran ni tersedar sebab dia memang bangun awal masak. Isteri jiran terkejut ada lelaki tercegat dicelah2 pandangan cermin dapur.
Bila lelaki tua tu sedar ada org nampak dia, dia tak lari pun.

Dia siap tenung.Kawasan perumahan ni semua rumah mmg autogate.Tapi wallahu’alam macam mana dia boleh dapat masuk tanpa kopak atau pecahkan gate.

Sumber : Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *