Uncategorized

Tvlar lelaki dakwa terima suntikan ‘isi angin’, ini reaksi Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri

Semalam, tular satu laporan polis oleh seorang lelaki yang mendakwa disuntik dengan picagari kosong ketika hadir mendapatkan suntikan vaksin di sebuah hospital.

Polis Kuala Langat turut mengesahkan menerima laporan berkenaan pada 6.21 petang semalam dan sudah menyiasat laporan berkenaan.

Agak mustahil kes picagari kosong – JKNS

Shah Alam: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, agak mustahil untuk berlakunya penyuntikan tanpa vaksin kepada mana-mana penerima seperti yang ditularkan.

Beliau berkata, ia memandangkan pemberian vaksin Covid-19 sentiasa dijalankan mengikut kaedah terbaik yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurutnya, penambahbaikan sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa pada tahap optimum.

“Beberapa perkara ditekankan semasa proses pemberian vaksin dilaksanakan iaitu pemberi vaksin atau vaccinator yang terbabit dipastikan terdiri daripada kakitangan yang bertauliah dan terlatih serta dilantik secara rasmi oleh JKNS.

“Sekurang – kurangnya dua kakitangan terbabit dalam tugasan pemberian vaksin di setiap stesen iaitu seorang kakitangan adalah vaccinator ,manakala seorang lagi sebagai penyedia vaksin serta sebagai saksi semasa pemberian vaksin dilakukan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, penyedia vaksin akan membuat persiapan dan menyedut vaksin ke dalam picagari khas mengikut sukatan yang ditentukan dan menyerahkannya kepada vaccinator atau meletakkannya di dalam wadah khas yang berdekatan.

Katanya, penyedia vaksin bertanggungjawab memastikan tiada picagari kosong yang belum berisi vaksin berada di atas troli vaccinator.

Jelasnya, sebelum vaksin disuntik, vaccinator bertanggungjawab memastikan jenis vaksin yang akan diberi kepada penerima vaksin berdasarkan penandaan yang dibuat semasa proses pendaftaran.

“Prosedur suntikan vaksin perlu dilakukan mengikut kaedah piawai suntikan intramuscular dan selepas selesai suntikan diberikan, picagari kosong akan dibuang ke dalam sharp bin (bekas alatan tajam) yang terletak berdekatan dengan vaccinator.

“Dengan pematuhan terhadap langkah – langkah di atas, adalah agak mustahil untuk berlakunya penyuntikan tanpa vaksin kepada mana – mana penerima.

“Pusat pemberian vaksin sentiasa berusaha memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM dan penyelarasan di peringkat hospital secara holistik sudah diambil serta pemantauan berterusan dilakukan di peringkat pengurusan tertinggi hospital,” katanya.

Menurut laporan polis yang tular di laman media sosial, individu berkenaan mendakwa dia menerima suntikan itu pukul 11.30 pagi dan turut membuat rakaman video sepanjang proses berkenaan.

Katanya, sebaik selesai, dia menonton kembali rakaman video berkenaan dan mendapati pihak berkenaan tidak menekan jarum untuk memasukkan vaksin ke dalam badan.

“Saya melihat semula video yang dirakam di telefon bimbit dan mengetahui bahawa suntikan itu adalah kosong iaitu yang tidak mempunyai apa-apa vaksin,” katanya.

Bagi mendapatkan kepastian, individu berkenaan pergi semula kepada pihak terbabit dan bertanyakan lebih lanjut sambil menunjukkan rakaman video berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mereka mendakwa telah memberikan suntikan vaksin membuatkan dia kemudian mendapatkan pandangan kedua daripada rakannya yang bekerja sebagai doktor.

“Saya kembali semula kepada pihak berkenaan dan memberitahu bahawa suntkan yang diberikan adalah kosong.

“Selepas itu mereka memarahi saya kerana merakam video tersebut lalu memberikan suntikan sekali lagi dan meminta saya memadamkan video berkenaan sebelum menerima vaksin,” ujarnya.

Dia memeriksa video yang diambilnya dan mendapati jarum suntikan itu tidak mengandungi cecair, menyebabkan dia mengadu kepada pegawai perubatan di situ sebanyak dua kali, namun dia ditemui secara senyap-senyap selepas menunjukkan rakaman video tersebut kepada mereka.

“Setelah mereka menontonnya beberapa kali, mereka diam. Mereka kemudian tanya saya, ‘Jadi apa yang kamu mahukan sekarang?’”

Ng berkata, pegawai perubatan itu bersetuju memberinya suntikan kali kedua, tetapi memberikan dua “syarat tambahan” yang harus diikuti iaitu tidak mengambil gambar atau video suntikan kedua, dan juga perlu memadam video yang dirakam.

“Ada selang waktu tertentu antara dos […] Apabila pihak hospital benarkan saya untuk mengambil suntikan kedua, apakah itu bermaksud saya tidak disuntik apa-apa bagi suntikan pertama?” soalnya.

Dia secara diam-diam menyimpan fail video asal sebagai bukti dan menghapus semua rakaman lain, termasuk yang ada di album fotonya, ‘recycle bin’ dan mesej WhatsApp.

Ng berharap siasatan menyeluruh akan dilakukan berhubung perkara itu.

“Jika tidak ada bukti, perkara ini tak dapat dibawa kepada umum, dan tetap tidak dapat diselesaikan, dan masalah seperti ini akan terus terjadi.

“Walaupun Selangor telah memvaksin banyak penduduk, kita tidak tahu berapa ramai yang sebenarnya telah divaksinasi,” tambahnya.

Ng memutuskan untuk membuat laporan polis di balai polis Kapar di Klang setelah dia mendapat panggilan dari hospital yang meminta alamat rumahnya.

Dia berkata ahli keluarganya yang lain tidak menerima panggilan seperti itu setelah menerima vaksin mereka.

Terdahulu, Ng dipanggil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat. Dia ditemani peguam dan menghabiskan masa dua setengah jam untuk memberikan keterangan.

Laporan Polis Telah Dibuat


Video berdurasi 17 saat itu tular di media sosial menggunakan nama Simon Ng sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Salleh ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

VIDEO:

 

Sumber : Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *