Uncategorized

Risteena pernah dapat hadiah kek lipas, sekali dia balas dend4m kat Ruhainies

Aktres Risteena ‘membalas dendam’ terhadap adiknya, Ruhainies dengan menghadiahkan sebiji kek berbentuk lipas sempena ulang tahun kelahiran ke-29 baru-baru ini.

Risteena bertindak sedemikian selepas adiknya yang juga pelakon itu berjaya melakukan ‘prank’ dengan menempah kek berbentuk sama ketika hari jadinya pada tahun lalu.

Menerusi laman Instagram, aktres berusia 32 tahun itu memuat naik sebuah video memaparkan aksi kejutan yang dilakukan oleh mereka sekeluarga buat Ruhainies.

“Ruhainies kena prank birthday cake lipas jugak kali ni. Sebenarnya dia pun takut gila dengan lipas tapi ada hati nak takutkan orang tahun lepas buat cake lipas. So sekarang kita balas dendam!,” tulisnya.
Video rakaman berdurasi hampir seminit itu kelihatan Ruhainies ditutup matanya, sebelum duduk di hadapan kek tersebut dalam keadaan tertanya-tanya.

Selepas membuka ikatan mata, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu menjerit ketakutan apabila kek lipas ‘gergasi’ itu selain dihiasi lipas palsu bersaiz kecil.

Rata-rata warganet terhibur namun berkongsi rasa ‘geli’ kerana tidak sanggup merasa kek berbentuk ‘makhluk’ itu walaupun lazat untuk dinikmati.

Sedap mana pun, tak rela makan!

Kembang tekak…

Kek ni lagi geli daripada Risteena punya!

Berikut sedikit info dan Biodata mengenai Ruhainies

1. Nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas.

2. Kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang pada 27 Julai 1992.

3. Berusia 27 tahun.

4. Kediamannya di Kuala Lumpur.

5. Anak kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin (bapa) dan Che Bunga Salleh (ibu).

6. Anak ketiga daripada lima beradik.

7. Adik kepada pelakon Risteena Munim.

8. Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Pengurusan Pelancongan.

9. Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014.

10. Mula mendapat perhatian menerusi drama ‘Hello, Mr. Perfect!’ sebagai watak Alya Adriana dan Nurul Ain.

11. Antara lain, beliau pernah membintangi drama Si Montel, Menantu Ting Tong, Bagaikan Kelip-Kelip, Jejak Karmila, Menantu Bilal dan Cinta Lemon Madu.

12. Juga telefilem Sopeah Jin, Karlisa, Pujaan Malaya, Bedah Motor, Luna Elvira, Cikgu Dina Pakai Prada, Jatuh Cinta Buta, Katakan Tidak Pada Cinta, Cik Misi, Oops Terlajak Nikah dan Matilahnak.

13. Bakal muncul dalam filem Musyrik arahan sutradara Arjin Uppal.

Fakta Menarik

Wajahnya dikatakan mirip pelakon Nora Danish.

Suka belajar memasak. Berkebolehan menyediakan juadah ayam masak merah, sup sayur, udang kunyit, sotong masak kunyit, sotong goreng tepung, nasi goreng dan banyak lagi.

Mengakui sukar menangis kecuali ketika menonton filem hindustan!

Antara tabiat buruknya ialah cepat moody, cepat marah, merajuk walaupun tidak berlanjutan lama. Juga tidak suka orang yang bercakap kasar.

Pantang jika lelaki tidak tahu menjaga kebersihan serta tidak berpakaian kemas. Juga bencikan lelaki yang curang terhadap teman wanitanya.

Tidak pandai meluahkan kata-kata cinta terhadap yang tercinta, kecuali hanya mampu memberi isyarat dengan harapan si dia menyedarinya.

Sumber: Instagram Risteena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *