Uncategorized

Selepas teguran dari Istana Negara, tak sangka ini tindakan Takiyuddin

Tanda pagar #KerajaanDerhaka sohor di Twitter setelah Istana Negara menegur kerajaan Perikatan Nasional dalam mengendalikan pembatalan ordinan darurat.

Setakat 6 petang, hampir 40,000 ciapan di Twitter dibuat menggunakan tanda pagar itu.

Teguran terhadap kerajaan itu telah memicu pertemuan di kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur.

Pada masa sama, di Parlimen, persidangan ditangguhkan berualng-kali, dengan ahli parlimen mengkritik kerajaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat mengenai ordinan darurat.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin sementara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa presiden Bersatu itu berundur sebagai perdana menteri.

Takiyuddin didakwa tawar diri letak j4watan

Dalam perkembangan terkini Datuk Seri Takiyuddin Hassan didakwa menawarkan diri untuk melepaskannya jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Menurut laporan Suara TV, ia susulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita terhadap pengumuman pembatalan Ordinan Darurat oleh Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai lalu, sedangkan Seri Paduka Baginda belum memperkenankannya.

Berdasarkan sumber dalaman Pas, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas memaklumkan hasrat tersebut kepada presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, beliau diminta merujuk keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terlebih dahulu.

Sementara itu, sidang khas Dewan Rakyat pada Khamis ditangguhkan sehingga jam 5.15 petang kerana semua ahli Parlimen diarahkan membuat ujian calit berikutan dua kes positif Covid-19 dilaporkan berlaku di Parlimen.

Kediaman rasmi Muhyiddin sejak 1 tengah hari Khamis juga menjadi tumpuan petugas media.

Beberapa kenderaan membawa menteri dan Peguam Negara memasuki pekarangan kediaman Muhyiddin kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *