Uncategorized

Tun M Dedah Ada 4 Atau Lebih Calon Yg Berpotensi Menjadi Perdana Menteri

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa terdapat sekurangnya-kurangnya empat atau lebih yang berpotensi menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.

Katanya, antara calon yang disebut oleh orang ramai adalah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Ada tiga hingga empat calon dan boleh jadi lebih. Ramai yang melihat saya mesra kepada Azmin, dia salah satu calonnya. Saya juga rasa ada calon Perdana Menteri yang bukan datang daripada ahli politik terkemuka.

“Mereka berada di luar daripada kumpulan ahli politik dan orang baharu. Mereka yang tunjuk minat dalam politik dan saya tidak boleh namakan kerana tidak adil buat mereka.

“Ada juga menamakan Mukhriz iaitu anak saya. Tetapi saya tidak percaya dengan memilih seorang dan mereka kena bersaing untuk mendapat jawatan ini. Apa pun pemimpin Pejuang perlu bekerja keras,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah program bertajuk ‘What’s Going On Malaysia’ yang dikendalikan oleh pelawak, Harith Iskander pada malam Rabu.

Menjawab persoalan untuk beliau menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga, Dr Mahathir berkata, perkara itu tidak mungkin akan berlaku disebabkan umurnya yang telah mencecah 96 tahun.

Ramai sedia maklum Azmin dari dulu merupakan anak didik Tun M

Bukan Tun M, tapi ahli Pejuang mahu Mukhriz jadi Perdana Menteri – Khairuddin

KUALA LUMPUR: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan antara calon Perdana Menteri adalah anaknya, Datuk Seri Mukhriz merupakan kehendak ahli parti Pejuang dan bukan atas kapasiti peribadi.

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, isu yang diperkatakan bekas Perdana Menteri itu bukan mengenai soal anaknya sebagai pengganti jawatan berkenaan.

“Kami pernah bersuara bahawa sama ada Dr Mahathir setuju atau tidak, selepas ini ahli-ahli Pejuang akan melonjakkan presiden parti sebagai calon berpotensi bagi menjawat jawatan ketua nombor satu negara.

“Ini bukan soal ahli keluarga atau isu anak-pinak. Seandainya generasi kedua itu mempunyai pakej serta kualiti yang mencukupi maka sebagai pemimpin mahupun ahli Pejuang, kami akan tetap memasarkan Muhkriz untuk berada di barisan tokoh-tokoh pemimpin berpotensi di masa akan datang.

“Mukhriz mempunyai ciri-ciri tersebut. Jadi apa masalahnya sekiranya ayahanda beliau bercakap mengenai perkara tersebut bagi pihak ahli Pejuang?” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, terdapat tiga atau empat calon atau mungkin lebih yang berpotensi menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.

Antara calon tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali dan Mukhriz.

Pengerusi Pejuang itu bagaimanapun menegaskan tidak percaya dengan memilih hanya seorang kerana calon-calon itu perlu bersaing untuk mendapat jawatan nombor satu dalam

kerajaan.Dalam pada itu kata Khairuddin, keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempunyai isteri dan anak dalam hirarki politik semasa negara.

“Kita tidak pernah mempertikaikan kebolehan serta kelayakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahupun Nurul Izzah untuk berada di persada politik di samping suami mahupun bapanya.

“Malahan, Dr Mahathir pernah melantik Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Bagi saya mereka layak dan boleh menyumbangkan kebaikan kepada pembangunan negara, jadi apa salahnya?” soal Khairuddin lagi.

Khairuddin turut berkata, anak-anak pemimpin DAP seperti mendiang Karpal Singh serta ahli keluarga Lim Kit Siang turut berada salam situasi sama.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *