Uncategorized

Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat duk4cita

Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat duk4cita dengan kenyataan di Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang dimasyhurkan oleh baginda sepanjang Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenankan oleh baginda

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dengan pengumuman pembatalan darurat di parlimen.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin pada kenyataan hari ini.

“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat pada 26 Julai, 2021 lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh darurat walhal belum lagi diperkenan baginda,” katanya.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa mat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui tedahulu dengan Takiyuddin Hassan selalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Idrus Harun, peguam negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di parlimen bagi tujuan dirungkaikan telah tidak dilaksanakan.

“Seri Paduka Baginda menegaskan kenyataan menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat

“Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuatkuasa pada 21 Julai 2021 yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya kenyataan itu.

Semua Ordinan Darurat dibatalkan, Anwar persoal pengumuman Takiyuddin

Terdahulu Pengumuman pembatalan Ordinan Darurat yang dibuat Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan adalah tidak sah sekiranya belum dipersembah atau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Anwar juga mendakwa tindakan itu boleh mencetuskan krisis Perlembagaan kerana Kerajaan dan Perdana Menteri seharusnya mempersembahkan dan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara berkenaan terlebih dahulu.

“Saya bayangkan awal tadi, kita ditahap krisis perlembagaan sekarang ini. Saudara tahu tentang kenyataan-kenyataan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Saya tidak pasti sama ada, pertama hal yang diumumkan oleh menteri telah dipersembahkan atau diperkenankan kerana tidak disebut.

“Dalam membawa usul darurat, kita persembah, saya diberitahu perdana menteri, menteri-menteri, peguam negara, berapa orang datang mempersembahkan kepada Tuanku, meyakinkan Tuanku.

“Apakah pembatalan ini dibuat dengan mempersembahkan dan mendapat perkenan (Yang di-Pertuan Agong)? Saya belum pasti. Saya minta penjelasan kerana kalau ini belum berlaku pengumuman tidak boleh dibuat dengan satu bentuk penghinaan kepada Raja-Raja Melayu khususnya Agong,” katanya.
Sebelum itu, Takiyuddin memaklumkan kepada Dewan Rakyat, kerajaan membatalkan enam Ordinan Darurat bermula 21 Julai lalu.

Takiyuddin juga mengumumkan, kerajaan tidak akan menasihati Al-Sultan Abdullah untuk meneruskan Proklamasi Darurat selepas ia tamat pada 1 Ogos depan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *