Uncategorized

13 hari bert4rung ny4wa selepas melahirkan anak, Norieszah pergi jua…

Klang: Selepas 13 hari bertarung ny4wa, pes4kit C0vid-19, Norieszah Ishak akhirnya meningg4l dunia, Ahad lalu, tanpa sempat menatap wajah anak keempatnya yang selamat dilahirkan pada 21 Julai lalu.

Norieszah, 31, menghembuskan naf4s terakhirnya pada jam 2 pagi di wad Unit Raw4tan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sirih, di sini, kira-kira jam 7 malam, Isnin lalu.

Suaminya, Muhamat Azuwan Jemain, 36, berkata, pemergian Norieszah meninggalkan kes4n mendalam buat dirinya apabila tidak dapat menatap dan menguruskan jen4zah isterinya itu buat kali terakhir.

“Sehingga kini saya masih suk4r untuk menerima hakikat isteri sudah tiada namun cuba reda dengan ketentuan Allah kerana siapa kita untuk mel4wan takdir.

“Tambah menyedihkan apabila hanya dapat melihat jenazahnya dikebumikan dari luar pagar tanah perkuburan kerana tidak dibenarkan turut serta walaupun saya ada kelengkapan pakaian perlindungan diri (PPE).

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana urusan arwah isteri berjalan lancar dan tidak mengambil masa lama kerana sehari selepas kematiannya kira-kira jam 4 petang, saya dipanggil membuat pengecaman mayat sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital ke tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi.

Bercerita lanjut, Muhamat Azuwan berkata, isterinya sedang sarat hamil dan hanya menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keempat mereka.

Dia yang juga pengusaha bengkel berkata, isterinya dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan tetapi dengan tiba-tiba mengadu tidak sihat dan demam pada 19 Julai lalu.

“Mulanya saya bawa isteri ke klinik swasta tetapi doktor merujuknya ke HTAR untuk rawatan lanjut.

“Keesokan harinya, kami ke klinik rawatan ibu dan anak HTAR tetapi diminta pulang dahulu kerana katil penuh, jadi saya belikan isteri ubat di farmasi.

“Pada jam 4 pagi, 21 Julai lalu, isteri mengadu sakit perut sebelum tumpah darah, jadi saya bergegas membawanya ke hospital dan dia selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Zayyan pada jam 6 pagi secara pembedahan,” katanya.

Menurutnya, doktor ada beritahu keadaan isterinya yang kemungkinan positif C0vid-19 tetapi hanya mengesahkannya lima hari kemudian pada 26 Julai lalu selepas diminta memberi penjelasan lanjut berhubung status sebenar.

Katanya, Muhammad Zayyan yang sebelum itu ditahan di wad kerana menunggu keputusan ujian saringan C0vid-19 sudah dibawa pulang pada 28 Julai lalu.

“Arwah masih sedar dan kami ada berhubung termasuk menerusi panggilan video namun pada 30 Julai lalu, doktor beritahu saya ada jangkitan pada paru-paru isteri dan paras oksigennya menurun, jadi perlu jalankan prosedur intubasi untuk tidurkannya.

“Selepas dua hari, arwah kembali sedar dan sempat menghubungi saya memaklumkan mahu pulang ke rumah selepas stabil tetapi dia ditidurkan semula sebelum sedar tiga hari kemudian pada 5 Ogos lalu.

“Itu kali terakhir kami berhubung menerusi panggilan video dan dia ada beritahu tidak tahan kerana s4kit, jadi saya minta arwah berehat.

“Pada 7 Ogos lalu, doktor hubungi saya maklumkan keadaan isteri sudah nazak kerana paru-paru dan buah pinggangnya semakin teruk serta mereka buat panggilan video bagi membolehkan saya bersama keluarga membacakan Yasin untuk arwah sebelum dia menghembuskan n4fas ter4khir pagi esoknya,” katanya.

Muhamat Azuwan berkata, anak sulungnya, Ahmad Nabil, 14, yang bersekolah di pusat tahfiz faham ibunya sudah tiada.

Bagaimanapun, katanya, cabarannya adalah untuk menjelaskan perkara sebenar kepada dua lagi anaknya, Farah Aqila, 6, dan Muhamad Rayyan, 2.

“Anak terutama anak kedua dan ketiga memang ada bertanya berikutan sudah lama tidak nampak kelibat ibu mereka di rumah dan saya cuba jelaskan tetapi mereka tidak faham kerana masih kecil.

“Apa pun saya cuba jalankan amanah dan tunaikan permintaan terakhir arwah sebelum ditidu.rkan kali kedua untuk menjaga anak dengan baik.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah,” katanya.

GAMBAR kenangan mereka sekeluarga. FOTO Ihsan MUHAMAD AZUWAN JEMAIN

Leave a Reply

Your email address will not be published.