Uncategorized

4 tahun tak sentuh gaji, guna duit suami. Ini jumlah duit yg wanita ini berjaya simpan

Seorang wanita menjadi perhatian netizen kerana berkongsi mengenai jumlah wang gajinya selama empat tahun yang jarang ‘disentuh’ kerana sering menggunakan duit belanja pemberian suaminya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita tersebut mengakui amat jarang menggunakan wang gaji tersebut sehingga menjadikan jumlahnya meningkat kepada 161.5 juta rupiah (RM47,000).

Menurut wanita tersebut, dia secara tiba-tiba berasa ingin memeriksa jumlah wang simpanan gajinya itu menerusi aplikasi perbankan mudah alih.

Dia bagaimanapun terkejut apabila melihat jumlah wang simpanannya itu mencecah 161.5 juta rupiah (RM47,000).

“Saya teruja untuk memeriksa wang simpanan menerusi perbankan mudah alih bagi gaji yang tidak pernah diambil selama empat tahun ini. Ternyata, inilah hasilnya,” katanya dalam keterangan pada video tersebut.

Tambah wanita itu, dia mengakui wang gajinya itu berjaya dikumpul kerana sering diberi wang belanja oleh suaminya.

“Selama ini, saya sering diberi duit belanja oleh suami. Jadi, duit gaji sendiri saya jarang ambil,” ujarnya.

Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan ramai yang memuji sikap suami wanita berkenaan yang melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

“Itu tandanya suami anda berjaya memenuhi keperluan dan nafkah anda dengan baik. Jadi, wang hasil gaji sendiri dapat disimpan,” komen seorang pengguna.

“Nampaknya, bukannya saya tidak mempunyai wang, cuma belum ada yang memberi nafkah,” kata seorang lagi. – AGENSI

Wanita itu terkejut apabila mendapati wang gajinya yang terkumpul berjumlah 161.5 juta rupiah (RM47,000). – Pexels

Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini:

makan minum isteri.

Duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan…jadi rm250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami ) Duit belanja dapur.

peralatan mandian

ubat ubatan / medical

pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.

rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.

~petikan kuliah Ustaz Fawwaz~

Kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *