Uncategorized

Aznil Haji Nawawi tampil beri nasihat padu kepada warganet

Selebriti popular, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan sapaan Pak Nil mengenang kisah sensasi yang pernah membabitkan penyanyi arwah Siti Sarah Raissuddin sebelum ini.

Perkara itu dikongsikan Aznil menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik di Insta Stories miliknya.

Difahamkan, sebelum ini ada segelintir warganet yang seolah-olah memberikan kata-kata neg4tif kepada arwah dan suaminya, berhubung perkara tersebut.

Lalu, Aznil menasihati semha untuk sentiasa menjaga pertuturan dan tidak bercakap buruk kepada orang lain seterusnya mengharapkan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.

“Yang pernah kut.uk dan fitn4h sarah masa kes macau scam aritu sekarang faham tak erti satu kemaafan? Dan faham tak erti kelewatan meminta maaf?

“Tu sebab jangan bercakap dari mula-mula. Diam lebih baik. Hanya Sarah yang boleh maafkan kamu. Sekarang orang yang nak memaafkan kamu sudah tiada? Allah tak boleh maafkan kamu.

“Oleh itu, berhenti lakukan pada orang lain selepas ini,” tulisnya.

Foto: Instagram Aznil Haji Nawawi

Shuib tiada selera makan, masih terpanggil nama ‘maid’ bantu urus anak-anak

Pelawak Shuib mengakui mengalami banyak kejanggalan selepas kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia Isnin lalu.

Bagaimanapun menurutnya, dia sangat bersyukur dengan pertolongan Allah yang memudahkan banyak perkara dalam hidupnya sekarang.

“Kalau nak disenaraikan kawan-kawan yang tawarkan hantar makanan, memang tak terkira antaranya Sharnaaz Ahmad dan Alif Satar.

“Sehinggakan mereka kata bagi isyarat saja nak makan, makanan akan sampai, terasa nak makan apa, makanan pasti sampai.

“Namun, dah seminggu selera makan saya tiada sebab hidung belum berapa okay dan tak dapat cium bau,” katanya selepas majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk arwah Siti Sarah yang berlangsung secara virtual, semalam.

Shuib juga berkata, dia boleh menguruskan kehidupannya sekarang, namun apabila menyentuh berkenaan anak-anak itu yang jadikannya agak keliru.

“Bab anak-anak ini yang buat saya macam pelik sikit. Kadang-kadang mulut pun masih terpanggil nama pembantu rumah.

“Tadi (semalam) tengah cari jubah dan baju anak-anak, saya terpanggil namanya sedangkan dia (pembantu rumah) dah meninggal dunia. Sebab, saya dah biasa bergantung dengan bantuannya sebelum ini.

“Bab anak-anak susah sikit, tapi saya ada juga berbual dengan Ajai. Katanya, dia pernah duda dan dia nasihatkan saya sediakan modul sendiri untuk anak-anak,” katanya.

Dalam masa sama, Shuib mengakui perubahan sikap anak-anaknya sekarang.

“Alhamdulillah, mereka ikut cakap. Sebelum ini saya penat jerit-jerit. Sekarang sekali cakap sahaja, semua akan ikut. Kalau tidak, nak suruh mandi pun berjam-jam.

“Sekarang, saya cakap pada mereka (anak) saya banyak benda nak fikir dan banyak benda nak buat. Jadi, tolong jangan bagi saya stress (tekanan). Alhamdulillah mereka bagi yang terbaik.

“Berkenaan penjagaan mereka selepas ini, saya lega kerana adik ipar dan mentua tinggal berdekatan. Jadi, tiada masalah bab ini apabila saya kembali bekerja nanti,” katanya yang akan menyediakan modul buat anak-anak secepat mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *