Amalan

Bekas ketua menteri Sabah dedah niat sebenar UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin

WAWANCARA | Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal mendakwa tindakan Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri hanyalah untuk mendapatkan lebih banyak kuasa untuk partinya.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, ahli Parlimen Semporna itu bcrkata ini kerana Umno boleh menarik sokongannya dari kerajaan Perikatan Nasional (PN), namun itu tidak berlaku.

“Apa yang sebenarnya mereka mahukan? Mereka mahu menjadi kerajaan, mereka mahu memimpin.

“Mereka mahu berada dalam pentadbiran, tetapi (bukan hanya itu), mereka mahu menjadi perdana menteri.

“Sekarang kita juga telah mendengar bahawa ada rancangan dalam Umno, setelah mereka mendapatkan jawatan timbalan perdana menteri, kini mereka mahu jawatan perdana menteri pula,” kata bekas ketua menteri Sabah itu dalam wawancara pada, Isnin.

Shafie, yang juga bekas naib presiden Umno berkata demikian mengulas keputusan Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini bahawa parti itu menarik sokongan terhadap perdana menteri, Muhyiddin kerana gagal menangani pandemik Covid-19.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Julai lalu mengumumkan bahawa parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan menuntutnya meletakkan jawatan serta-merta.

Beberapa jam sebelum sokongan Umno itu ditarik balik, Muhyiddin menaikkan pangkat Ismail Sabri Yaakob, yang merupakan naib presiden Umno daripada menteri kanan kepada timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, Umno tidak bertindak keluar dari PN sebaliknya mendesak Muhyiddin mengundurkan diri dan memberi jalan untuk perdana menteri interim.

Mengulas lanjut, Shafie mendakwa apa yang dilakukan Umno itu adalah bukan untuk rakyat, dan ia juga bertentangan dengan kehendak Majlis Tertinggi Umno.

“Sekiranya mereka faham, perhimpunan agung Umno telah menyuarakan penolakannya terhadap PN.

“Tetapi, mereka gagal kerana tidak mahu kehilangan kedudukan, peruntukan dan projek,” katanya.

Umno, khususnya presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi begitu lantang dalam menentang pentadbiran Muhyiddin terutama kerana keengganan mereka untuk menghormati titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah agar kerajaan membuka semula Parlimen.


Zahid Hamidi
Oleh demikian, Shafie menyelar kerajaan PN,

“Jadi sekarang, orang yang tidak menghormati Raja-raja Melayu adalah kerajaan hari ini, yang mendakwa bahawa mereka adalah kerajaan Melayu, kerajaan Islam.

“Inilah sebabnya mengapa kita tidak boleh menilai orang hanya dengan apa yang mereka katakan.

“Kita harus menilai mereka dengan apa yang sebenarnya mereka lakukan. Kerana itu adalah kebenaran,” katanya.

Sebelum ini kecoh di parlimen selepas kerajaan berkata ordinat darurat telah dibatalkan pada 21 Julai.

Istana kemudian mengeluarkan kenyataan media menyatakan perasaan amat dukacita Agong.

Menurut istana, baginda tidak pernah memberi perkenan kerana mahukan ia dirungkai di parlimen.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum ini mempertahankan tindakan mereka sebagai teratur dan selaras dengan undang-undang serta perlembagaan.

PMO antaranya berhujah, mengikut Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan, Agong perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.

sumber: mkni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *