Uncategorized

Duga4n makin hebat, terima banyak ugvtan. Caprice dedah apa yg berlaku kpd beliau kini

SABAN hari penyanyi rap Caprice pasti akan berkongsi perkembangan misi kemanusiaan ke Gaza yang masih belum kesampaian.

Namun kali ini ruangan Instagram Caprice atau Ariz Ramli, 33, sedikit berbeza apabila nada perkongsiannya seperti sedang dihimpit masalah serius.

Paling mengejutkan apabila Caprice memaklumkan dia menerima banyak ugutan.

“Misi kita ni makin lama jadi terlalu dalam, sampai kita terima banyak ugutan… sampai seorang ahli organisasi gelap tiba-tiba muncul dekat hotel Caprice.

“Sampai IG Caprice akan kena delete… tapi kita tetap akan teruskan. Caprice doa hari-hari untuk (Allah) tunjuk jalan dan kurangkan beban ni,” katanya menerusi muat naik terbaharu di Instagram pada Isnin.

Perkongsian Caprice di Instagram miliknya.

Menerusi salah satu daripada lima siri posting di Instagram itu Caprice turut berkongsi paparan skrin mesej amaran daripada penyedia platform berkenaan kerana didakwa melanggar garis panduan komuniti.

Amaran itu muncul dipercayai selepas dia membuat beberapa posting membabitkan satu protes di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Misi kita ni makin lama jadi terlalu dalam, sampai kita terima banyak ugutan

Jika ia berterusan, Caprice bakal kehilangan lebih 1.7 juta pengikut.

Dalam pada itu Caprice sekali lagi memohon maaf jika apa yang dilakukannya sejak terlibat secara langsung dalam misi ke Palestin menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

“Caprice minta maaf kepada rakyat Malaysia… kepada sesiapa terasa dengan apa yang berlaku. Apabila kita sudah sampai sini, Caprice nak bantu rakyat Palestin dan cuba cari jalan untuk visi jangka panjang Road To Al Aqsa 2040.

Caprice maklumkan terima banyak ugutan.

“Tapi tiba-tiba kita terlibat dengan objektif luar daripada misi asal Caprice. Tapi demi rakyat Palestin, kita sanggup bersuara dan lawan organisasi yang menggunakan isu Palestin untuk cuci duit.

“Saya akan teruskan misi ini dan berusaha untuk selesaikan sebanyak mungkin sebelum kembali kepada keluarga, pekerja, rakan-rakan dan orang yang saya rindukan. Ini mungkin posting terakhir… for a long time,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *