Uncategorized

Caprice Bagitahu Hishammuddin Bakal Jadi PM , Sekali Ini Yg Terjadi Di Facebook Ahli Parlimen Sembrong

Sejak semalam negara digemparkan mengenai Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikhabarkan akan meletakkan jawatan.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Caprice meramalkan Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal menjadi Perdana Menteri ke-9 menggantikan Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, dalam satu video, Caprice berkata ia hanyalah ramalannya dan pilihannya. Dalam pada itu, Caprice turut memilih Anwar Ibrahim sebagai individu yang layak menjadi pemimpin negara.

“Ramai tanya Caprice kenapa pilih Datuk Seri Hishammuddin. Guys, ini adalah apa yang kita pilih. Ini hanyalah berdasarkan ramalan saya. Berdasarkan agenda dunia, yang paling sesuai adalah DS Hishammuddin atau Anwar Ibrahim.

“Kalau kita kaji siapa yang dia baru-baru jumpa, siapa belakang dia, apa dia buat baru-baru ini, dan kalau kita lihat akaun media sosial DS Hishammuddin, sudah cukup cantik sebagai akaun media sosial seorang Perdana Menteri,” katanya.

Tengah hari tadi, Tan Sri Muhyiddin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Difahamkan pada jam 1 petang tadi Muhyiddin sudah pun keluar dari Istana Negara.

Hishammuddin tukar ‘bio’ di Facebook kepada Ahli Parlimen Sembrong

KUALA LUMPUR: Di sebalik pengesahan rasmi mengenai kedudukan barisan Jemaah Kabinet, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencuri tumpuan selepas mengemas kini ‘bio’ di laman Facebooknya kepada ‘Ahli Parlimen Sembrong’.

Hishammuddin yang memegang jawatan sebagai Menteri Kanan Keselamatan di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) turut menulis jawatan beliau sekarang adalah sebagai Bendahari

Semakan Astro AWANI mendapati rata-rata warganet menzahirkan penghargaan kepada Hishammuddin, selain menyifatkan beliau sebagai antara menteri yang berkhidmat dengan baik untuk negara.

Kemas kini yang dibuat kira-kira 2.30 petang itu dipercayai sekali gus mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatan.

Hishammuddin sebelum ini memegang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri sebelum dilantik mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Terdahulu, Ahli Parlimen Rembau yang memegang jawatan sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, mengesahkan bahawa kesemua barisan Jemaah Kabinet menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Istana Negara dalam satu kenyataan terbaharu memaklumkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan melantik Muhyiddin sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *