Entertainment

4 jam beri keter4ngan kepada p0lis, Rozita Che Wan jelaskan apa yg berlaku

SUSULAN laporan berhubung kenyataan berbaur fitn4h terhadap pengacara Azwan Ali, aktres Rozita Che Wan dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta bersama suami Zain Saidin dan pengurusnya Afeeq Abdul Wahab memasuki IPD kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum beredar sekitar pukul 4 petang Selasa.

Rozita ketika ditemui di luar perkarangan IPD memberitahu dia hadir hanya untuk memberi keterangan kepada pihak polis berhubung laporan yang dibuat Azwan atau Diva AA pada 13 Ogos lalu.

Che Ta bersama suaminya Zain Saidin tampil memberi keterangan.

“Saya datang hari ini untuk bagi statement berkaitan laporan yang dibuat oleh Azwan Ali.

“Saya tidak ada buat laporan (polis) hanya bagi keterangan. Saya datang bersama suami dan pengurus sebab kami yang terlibat.

“Tapi keterangan dari segi apa saya tak boleh nak beritahu” ujar Rozita kepada mStar pada Selasa.

Berkongsi lanjut tentang permulaan kemelut antara mereka, Rozita mengakui dia memb4las hin4an yang dilemparkan Azwan di Instagram berikutan terlalu m4rah.

Saya jawab status dia sebab dia menghin4 saya.

Namun dia mem4dam status di Instagram itu selepas sejam dimuat naik bagi mengelakkan keadaan menjadi ke.ruh.

“Saya jawab status dia sebab dia menghi.na saya. Sebagai perempuan of course la rasa terhi.na dengan perkataan yang dia gunakan mel4mpau dan mem4lukan.

“Lepas sejam saya post, saya de.lete balik sebab saya tengah m4rah time tu. lepas itu saya fikir balik saya taknak berg4duh,” katanya.

Azwan membuat laporan polis terhadap Rozita pada Jumaat lalu.

“Tak Kan Nak Terus Bagi, Kita Ikut Undang Undang”

Isteri Zain Saidin ini juga mengaku biar berselisih faham di media sosial, dia dan Azwan Ali tidak pernah bergaduh.

Biarpun berharap kemelut yang terjadi dapat diselesaikan secara baik, Che Ta bagaimanapun menerima sekiranya Azwan Ali mahu meneruskan s4man terhadapnya.

“Okay saya follow. Tapi takkan nak terus bagi.

“Kita ada undang-undang, jadi kita teruskan cara undang-undang”, katanya.

Ditanya adakah dia akan mengeluarkan saman pula kepada Azwan Ali, Che Ta mengatakan dia akan mengikut proses undang undang juga.

“We will see. Follow saja proses,” katanya ringkas.

Semalam, Diva AA membuat laporan polis terhadap seorang selebriti wanita sekaligus mahu mengemukakan saman berjumlah RM5 juta kerana didakwa telah memfitn4hnya.

Diva AA berkata, tindakan tersebut diambil kerana selebriti tersebut telah mengaitkan kemewahan dirinya dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali.

Terdahulu, kontroversi tercetus apabila Diva AA menegur cara berpakaian seorang selebriti wanita di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima suntikan vaksin.

Selebriti wanita itu kemudiannya bertindak membalas ciapan Diva AA di Instagram kerana terkejut dengan perkataan ‘b*rit mak hang’ yang ditulis pengacara sensasi berkenaan.

Pada Jumaat lalu Azwan membuat laporan polis terhadap Rozita dengan mendakwa aktres berkenaan memfitn4hnya apabila menu.duh dia mengambil r4suah.

Sebelum itu Azwan terlebih dahulu berkongsi foto Rozita ketika mengambil suntik4n v4ksin dengan kapsyen yang dianggap keterl4luan.

Menerusi laporan i pada 10 Ogos lalu, Azwan bercadang untuk mengemukakan sam4n berjumlah RM5 juta kepada selebriti wanita terbabit kerana didakwa telah memfitn4hnya.

Ujar Diva AA, dia bertindak mengemukakan sam4n tersebut selepas selebriti itu mengaitkan kemewahan yang dimilikinya dengan seorang menteri yang juga abang kandungnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *