Amalan

Ciapan ‘seronok tengok kawan2 main bola’ dibalas TMJ, Sampai Syafiq Ahmad mohon maaf

” Ini kelab bola sepak, bukan sosial welfare. Siapa berlatih bagus dan kerja keras, dia akan main. Siapa tidak, dia tak main.”

Demikian perkongsian InstaStory yang ditulis oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Instagram beliau yang mencuri perhatian orang ramai.

Bukan sahaja dikalangan peminat bola sepak tempatan, malah status Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ itu turut mendapat perhatian warganet selepas tular di media sosial.

Difahamkan TMJ membuat kenyataan balas terdapat penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad.

Syafiq Ahmad sebelum itu dilihat membuat ciapan di Twitt dengan menulis, ” Seronok tengok kawan-kawan main bola”

Susulan itu, TMJ dilihat memberi reaksi balas terhadap ciapan Syafiq Ahmad itu.

” Tak suka? Pintu terbuka. Ini bukan penjara, simple. Tang fans JDT pun tak tahu cerita terikut-ikut sentimen penyokong luar.

” Bayangkan piala ke-8 dan pencapaian kelab tak nampak dan hargai. Nak ajar saya uruskan kelab bola sepak, page-page bola yang kononnya expert pun sama.

” Loan lah player? Kau nak loan ke mana transfer window tutup.

” Oh minit permainan mustahak, pergi lah sertai PJ City. Setiap game dapat main. Dalam JDT siapa kerja keras dalam latihan dan beraksi baik dia akan main.

” Siapa nak cabaran dalam karier dan kejuaraan, sila datang ke JDT. Siapa nak minit permainan, sila sertai kelab lain.

” Tak ada orang paksa, semua pilihan atas tangan pemain. Masa buat keputusan join JDT pun anda dah tahu syarat dan policy kelab.

” Tahun lepas dan tahun sebelum itu kerap dapat main. Tetapi selepas ins1den peristiwa pah1t, kamu bukan pemain yang sama. Kami beri masa, sokongan dan monitor.

” Jikalau tidak puas hati atau setuju, sila jumpa, berbincang. Bukan tweet. Apa-apa pun, pintu sentiasa terbuka.

” Akhir kata, “Seronok tengok kawan-kawan main”. Main apa? Main bola. Nak main bola semua tempat boleh main bola.

” Kalau nak main bola dan bunga api, come to JDT.

Syafiq Ahmad serta merta mohon maaf

Sementara itu menerusi semakan, Syafiq Ahmad dilihat membuat ciapan terbaru memohon maaf terhadap TMJ susulan ciapan awal beliau yang mendapat reaksi kurang senang TMJ.

Syafiq berkata beliau tidak sepatutnya bertndak mengikut emosi dengan menulis ciapan itu.

Susulan daripada permohonan maaf tersebut, Tunku Ismail memberi nasihat kepada Syafiq agar berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara mahupun keputusan.

Terdahulu, Tunku Ismail telah memberi peluang kepada semua pemain untuk menunjukkan prestasi tetapi hanya pemain yang terbaik akan diturunkan untuk beraksi dalam perlawanan. Selain itu, baginda menegaskan agar pemain tersebut berkomunikasi terlebih dahulu dengannya sekiranya tidak berpuas hati atau sebaliknya. Bukan hanya memuat naik status di laman sosial semata-mata.

Pada 6 Disember 2020, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan tkziah kepada Syafiq Ahmad di atas pemergian ahli keluarga dalam kmIangan di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Baginda juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau vdeo berkaitan bagi menjaga snsitiviti dan perasaan Muhammad Syafiq sekeluarga.

” Saya ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad atas pemergian ahli keluarga beliau. Kami sentiasa bersama anda, Syafiq. Semoga roh Allahyrham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

” Saya juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan bagi menjaga snsitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga,” titah Baginda dalam Facebook HRH Crown Prince Of Johor.

Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kmIangan yang meng0.rbankan bayi lelakinya yang berusia 22 hari.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, turut m4ut dalam kmIangan itu ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Sementara itu, isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cdera p4.rah, manakala Muhammad Syafiq dan anak perempuannya dilaporkan mngaIami kecderaan ringan.

Sumber:IG TMJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *