Uncategorized

Dgr Muhyiddin nk letak jaw4tan Mila Jirin sampai men4ngis, tapi ini yg Faizal Tahir cakap sampai ramai k3cam

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masuk ke pejabatnya pagi ini dengan ada yang menganggap ia sebagai tindakan terakhirnya sebelum meletakkan jawatan hari ini

Dia sedang mempengerusikan mesyuarat kabinet khas di pejabatnya di Putrajaya dan dijadualkan akan ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatannya dijangka berlaku tidak lama kemudian. Ikuti Malaysiakini untuk kemas kini secara langsung.

1.20 tengah hari: Anggota kabinet telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu diumumkan menteri Umno Khairy Jamaluddin di media sosial sebentar tadi.

“Terima kasih atas peluang untuk, sekali lagi, berkhidmat untuk negara.

Semoga Allah merahmati Malaysia,” tulis Khairy.

Bagaimanapun, setakat ini, masih belum ada sebarang makluman daripada Istana Negara atau ketua setiausaha kerajaan.

‘Pertahan’ PM, Faizal Tahir dikec4m netizen

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Faizal Tahir dikec4m hebat oleh netizen berhubung ciapannya yang menegur seorang individu dipercayai bercakap neg4tif terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penyanyi lagu Negaraku dan Digarhayu itu, berkata, jika tiada perkataan yang manis untuk disuarakan sebaiknya mendiamkan diri saja adalah lebih baik.

“Ini bukan seperti mana didikan Baginda Muhammad SAW kita. Ini juga bukan karakter seorang yang beragama Islam. Hanya pengecut saja yang tidak mendedahkan diri mereka sementara melempar batu,” ciapnya.

Menjengah ruangan komen, majoriti pelayar di Twitter tidak berpuas hati dengan kenyataan penyanyi itu.

Kata pengguna Twitter, Faizal seolah-olah tidak melihat realiti kem4tian dan cara kerajaan mengendalikan negara di kala “dijajah” wa4bak berb4haya.

Semalam, angka kes jangkitan positif Covid-19 merekodkan sebanyak 20,546 dan 282 kes kem4tian.

Ramai ‘pan4s hati’ Mila Jirin menangis Muhyiddin nak letak jawatan, siap tud.uh dibayar – “Saya mensyukuri bantuan, bukan extre.me politik”

RINTIHAN Mila Jirin berhubung desas-desus Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan menerusi sebuah video yang dimuat naik pada Ahad menerima pelbagai reaksi netizen.

Menerusi perkongsian memperlihatkan dia menangis sebak dengan situasi politik yang tidak menentu ini, ada juga segelintir netizen yang menuduhnya dibayar untuk bertindak demikian.

Bagaimanapun Mila yang dihubungi mStar memberitahu, tindakannya itu tiada kaitan dengan unsur politik, malah hanya berkongsi rasa sedih dengan pengikut di Instagram.

“Saya hanya ucapkan terima kasih kepada PM atas bantuan yang saya terima (subsidi upah untuk para pekerja) dan hanya berkongsi rasa dengan sahabat saya di IG tentang rasa sayu dan sedih.

“Tak ada apa apa unsur politik. Kerana saya bukan la extreme politik.

“Lebih kepada sebagai manusia dengan manusia. Berterima Kasih dan kenang jasa itu sahaja,” ujarnya.

Perkongsian Mila di Instagram miliknya.

Sementara itu, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 33, juga memberitahu dia tidak berasa marah kepada individu yang menuduhnya dibayar.

Kata Mila, tidak semua netizen faham tentang bantuan subsidi upah yang diterima daripada kerajaan.

“Saya tak marah… mungkin ada yang tak tau tentang bantuan subsidi upah yang saya terima.

“Saya juga ada jelaskan bagaimana kiraan subsidi upah dan juga bagaimana proses permohonan subsidi upah itu.

Lebih kepada sebagai manusia dengan manusia..berterima Kasih dan kenang jasa itu sahaja

“Bantuan subsidi upah itubukan diterima oleh saya sahaja malalah ratusan ribu majikan lain juga menerima manfaat yang sama untuk menampung para pekerja.

“Bantuan itu memberi manfaat kepada jutaan pekerja termasuklah para pekerja di Bizmilla,” ujarnya.

Untuk rekod, Program Subsidi Upah (PSU) berfungsi membantu perniagaan terutama dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menanggung gaji pekerja dan memperkemas aliran tunai syarikat selepas terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

Mila mengusahakan perniagaan perancang perkahwinan Bizmilla.

Selepas beberapa siri PSU diumumkan sejak tahun lalu, Muhyiddin ketika membentangkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada 28 Jun lalu turut mengumumkan peruntukan RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan 2.5 juta pekerja bagi PSU 4.0.

Kerajaan akan menampung hingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan mulai 1 Ogos ini dan tiada lagi had gaji bawah RM4,000 ditetapkan.

Sejak PSU diperkenalkan, kerajaan sudah pun membelanjakan lebih RM15 bilion bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *