Hiburan

Doktor Baru Je Call Shuib Maklum Keadaan Siti Sarah Agak Tenat

KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin berada dalam keadaan tidak baik, ketika ini.

Perkara itu dikongsi Shuib sebelum majlis bacaan Yassin dan doa selamat yang dihadiri hampir 1,000 ahli keluarga, rakan dan dan peminat untuk Siti Sarah secara virtual dimulakan, malam ini.

Dalam nada suara cukup sebak, Shuib berkata, dia menerima panggilan doktor sebelum majlis bacaan Yassin bermula.

“Sebelum majlis ini, doktor menghubungi saya memaklumkan keadaan isteri sangat tidak baik, ketika ini.

“Paras bacaan oksigen menurun 40 peratus, malah Sarah juga sudah ditiarapkan,” katanya tanpa dapat meneruskan kata-kata.

Hanya mampu meminta ustaz berdoa dan meneruskan bacaan Yassin, Shuib kelihatan bagai hilang kata-kata.

Shuib memohon agar memaafkan isteri, Siti Sarah jika pernah menyakitkan hati mana-mana pihak.

Turut serta, pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan rakan selebriti seperti Anuar Zain, Sherry Alhadad dan Bob Yusof.

Terdahulu, sudah 48 jam, penyanyi lagu Semakin itu belum sedarkan diri dan masih bertarung nyawa akibat COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, semalam.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.

Selain Siti Sarah dan suami, Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Shuib Mohon ToIong Hentikan

” Saya mohon padam posting berkenaan voice note itu”

Demikian perkongsian terbaru pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu yang meminta pihak terbabit dari terus menyalahgunakan info yang boleh mengelirukan orang ramai.

Menurut Shuib, voice note isterinya, penyanyi Siti Sarah yang tular bukanlah yang terkini sebaliknya yang beberapa hari sebelum ini.

” Assalamualaikum semua. Berkenaan voice note yang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat 6hb Ogos.

” Jadi saya mohon tolong hentikan kongsi (share), tolong padam posting tersebut di mana -mana platform media sosial.

Sarah masih ditidurkan

Malah kata Shuib, keadaan Siti Sarah juga masih ditidurkan meskipun semalam beliau memaklumkan terdapat tanda-tanda positif.

” Keadaan terkini Sarah masih lagi ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan diberi kesembuhan kembali.

” Saya juga mendoakan pada semua dilindungi, diberkati serta dirahmati Allah swt..” tulisnya di InstaStory Instagram.

Sama-sama kita doakan Siti Sarah kembali pulih

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *