Uncategorized

Tular Foto Dhabitah Sabri Pegang Pencuci Muka Selepas Terjun, Netizen Terkejvt

Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri mencuri perhatian wargamaya apabila dipercayai menggunakan pembersih muka lelaki semasa melakukan terjunan di sebuah acara sukan.
Menerusi laman sosial Twitter, tular dua keping foto Dhabitah memegang pembersih muka Garnier Men, sebotol air minuman sukan Gatorade yang dikongsi oleh seorang pengguna.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya berpendapat pembersih muka tersebut digunakan untuk membilas wajah sebaik sahaja terjunan dilakukan.

Selain itu, ada juga yang membuat pendedahan mereka menggunakan pembersih muka yang sama kerana suka dengan kesan berangin.

“Aku lelaki pun sampai 8 skincare sekali pakai, dia pakai Garnier Men,” usik seorang wargamaya.

“Relaks je, hahahaha. Mungkin sebab kulit tak makan dengan makeup lagi kot. Jarang tengok dia bermakeup,” kata seorang wargamaya.

“Don’t ask me WHYYYYY i suddenly tukar to that cleanser,” komen seorang wargamaya.

“Facewash tu berangin kan. Naik la saham brand tu nanti,” ujar seorang wargamaya.

“Aku pernah baca yang actually pencuci muka lelaki efektif dekat perempuan. Hahaha taktau lah setakat mana kesahihan nye. Mungkin boleh cuba,” cadang seorang wargamaya.

“Tapikan Garnier Men tu sumpah best pakai sebab sejuk pastu muka rasa cam auto licin skskksks,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian pengguna tersebut telah menerima hampir 2,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Pada acara akhir tiga meter papan anjal individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo semalam, Dhabitah mempamerkan aksi membanggakan dengan mengutip 326.15 mata untuk memberi tentangan sengit sepanjang lima pusingan.

Untuk mencuba pencuci muka seperti Dhabitah, anda boleh klik di sini.

Jurulatih Jawab Kemu.sykilan Netizen Tentang Penjurian Markah Dhabitah Dan USA

Jurulatih skuad terjun negara, Christian Brooker, menganggap kalah dan menang sebagai sebahagian daripada adat pertandingan selepas kesemua penerjun memberikan aksi terbaik mereka, khususnya di peringkat final.

Menurut Brooke, dia tidak melihat sebarang unsur berat sebelah daripada aspek penjurian dalam final acara terjun 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Tokyo.

“Saya langsung tidak memberikan tumpuan kepada juri, saya tidak akan melakukannya dalam kejohanan kerana ia di luar kawalan saya,” katanya seperti yang dilapor Nadi Arena.

“Saya hanya boleh katakan yang dia (Nur Dhabitah) telah melakukan lima terjunannya dengan amat baik.

“Terjunan pertamanya agak goyah, terjunan keduanya lebih baik dan terjunan ketiganya baik. Saya amat-amat gembira dengan dua terjunan terakhirnya kerana ia terjunan terbaiknya dalam kejohanan ini.

“Ketiga pemenang pingat hari ini memang layak memenanginya, Dhabitah melakukan terjunan dengan amat baik dan amat konsisten.

“Penerjun Amerika itu mungkin sedikit lebih bagus daripadanya dan layak memenangi pingat gangsa,” katanya.

Dalam saingan di Pusat Akuatik Tokyo itu, penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, 22, menamatkan saingan di tangga keempat dengan 326.15 mata keseluruhan dan hanya dipisahkan 17.6 mata dengan pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

Bagaimanapun kurang bersetuju dengan keputusan tersebut dan beranggapan bahawa Dhabitah selayaknya menduduki tangga ketiga saingan.

Dalam aksi final itu, Jaguh China, Shi Tingmao, menepati ramalan selaku pemenang pingat emas dengan 383.50 mata manakala rakan senegaranya, Wang Han (348.75 mata), memenangi pingat perak.

Kredit foto: Twitter @akak_pening

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *