Uncategorized

Kerajaan Bertukar, Caprice Bagitahu Bila Dia Nak Balik Malaysia

Dah dua bulan, Caprice masih lagi gagal untuk memasuki Gaza.

Nampaknya penyanyi rap tu akhirnya memberi bayangan akan kembali ke Malaysia.

Namun katanya dia perlu menyelesaikan beberapa tugasan berkaitan misi jangka panjang Road To Al Aqsa 2040.jangka panjang Road To Al Aqsa 2040.

Selesaikan kerja dulu baru balik

“Saya ben.ci apabila kata-kata saya menjadi kenyataan, korang nak kirim apa-apa tak dari sini?”

“See you soon Malaysia, nak selesaikan kerja-kerja saya dulu baru saya balik,” tulisnya di Instagram.

Caprice dipercayai menyatakan demikian selepas ditanya netizen adakah dia akan mengotakan janjinya untuk balik Malaysia jika berlaku perubahan kepimpinan kerajaan.

Sementara itu dia juga memaklumkan dalam proses menyiapkan lagu kolaborasi dengan artis di negara tersebut.

“InsyaAllah saya bersama artis-artis area ini akan lancarkan lagu mungkin 11 hari lagi.”

Takpelah Ariz, jangan kecewa ya tak dapat masuk Gaza. Cepat balik ramai yang merinduimu

Caprice pilih Anwar Ibrahim bakal PM

Sejak semalam negara digemparkan mengenai Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikhabarkan telah meletakkan jawatan.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Caprice meramalkan Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal menjadi Perdana Menteri ke-9 menggantikan Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, dalam satu video, Caprice berkata ia hanyalah ramalannya dan pilihannya. Dalam pada itu, Caprice turut memilih Anwar Ibrahim sebagai individu yang layak menjadi pemimpin negara.

“Ramai tanya Caprice kenapa pilih Datuk Seri Hishammuddin. Guys, ini adalah apa yang kita pilih. Ini hanyalah berdasarkan ramalan saya. Berdasarkan agenda dunia, yang paling sesuai adalah DS Hishammuddin atau Anwar Ibrahim.

“Kalau kita kaji siapa yang dia baru-baru jumpa, siapa belakang dia, apa dia buat baru-baru ini, dan kalau kita lihat akaun media sosial DS Hishammuddin, sudah cukup cantik sebagai akaun media sosial seorang Perdana Menteri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *