Hiburan

Komposer Ajai imbau detik perkenalan sehingga mengangkat nama arwah dlm dunia seni

Merat.api pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, komposer Ajai mengimbau detik perkenalan mereka yang membawa kepada terhasilnya projek kolaborasi lagu Kesetiaan yang mengangkat nama arwah dalam dunia seni pada 2002.

Ajai atau nama sebenar, Mohd Faizal Maas, berkata dia mengenali Siti Sarah dalam pertandingan nyanyian.

“Bakatnya dikesan ketika saya menjadi juri pertandingan nyanyian anjuran sebuah majalah. Saya yang memperkenalkan arwah kepada syarikat rakaman, NAR Records.

“Sepatutnya, lagu Kesetiaan dinyanyikan artis lain. Namun, disebabkan beberapa masalah, saya terpaksa menyimpan lagu itu.

“Tidak sangka, apabila karya itu diserahkan kepadanya, lagu itu popular. Bercakap mengenai lagu itu, banyak kenangan manis kami kongsi bersama.

“Paling manis apabila album solo pertama arwah yang saya terbitkan bersama beberapa komposer lain diangkat sebagai Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2003,” katanya kepada BH Online.

Ajai turut menyifatkan hubungannya dengan arwah seperti sebuah keluarga.

“Kami memang akrab. Arwah menganggap saya seperti abang sendiri. Malah, ketika dia mula-mula bercinta, arwah bawa saya jumpa Shuib untuk diperkenalkan,” katanya.

Ajai juga tidak menyangka lagu duet nyanyian arwah dan Shuib Sepahtu berjudul Semakin Benci Semakin Cinta menjadi buah tangan terakhirnya buat Siti Sarah.

“Seperti ditakdirkan, perjalanan karier arwah bermula dengan lagu ciptaan saya iaitu Kesetiaan. Penutupnya adalah lagu duet Semakin Benci Semakin Cinta yang dilancarkan, dua bulan lalu.

“Masih terbayang-bayang sifat periang arwah di studio. Boleh dikatakan setiap kali arwah mahu merakamkan lagu, dia pasti meminta saya menjaga vokalnya.

“Tidak sangka, segala-galanya berlaku sekelip mata. Saya abadikan situasi ini sebagai suatu kenangan terindah buat saya,” katanya.

Ajai menghasilkan lagu duet, Semakin Benci Semakin Cinta khas buat Allahyarham Siti Sarah dan suaminya, Shuib selepas sembilan tahun tidak berduet.
Ajai berharap Shuib dan empat anaknya tabah berdepan dugaan ini.

Tambahnya, berdasarkan komunikasi setiap pagi bersama pelawak dan usahawan itu, Shuib sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

“Sejak Siti Sarah dik0makan, selepas subuh, saya akan menghubungi Shuib untuk mengetahui perkembangan terkini isterinya itu.

“Walaupun Shuib yakin Siti Sarah akan pulih dan kembali ke pangkuan keluarga, namun, berdasarkan keadaan isterinya yang semakin kritikal, Shuib reda dengan apa sahaja yang berlaku.

“Saya percaya, Shuib boleh terima segala ketentuan ini,” katanya.

“‎عونَ
‎اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Usai sudah majlis kebumi Allahyarhamah Siti Sarah. Sy hanya mampu memanjatkan doa serta Al-fatihah mengiringi pemergian beliau.

Sy mengenali beliau seawal kerjaya seninya. Peluang memberikan karya2 ciptaan sy pdnya merupakan satu penghargaan. Bekerja dgn seorg insan seni yg mempunyai kurniaan bakat yg sgt indah drpd Allah.

Adik, kita mula dgn Kesetiaan, begitu lah sifat kamu adik. Setianya kamu sebagai seorg isteri, ibu, anak dan sahabat.

Budi pekerti adik sgt indah.

Yg terakhir bersama adik, utk lagu duet bersama Suami kamu.. @shuibsepahtu

Rupanya itulah kenangan tawa terakhir kita. Sebesar mana kasih syg kami padamu adik, besar lg kasih Allah SWT yg menjemputmu hari ini.

Hilang kata, hilang rasa, hilang sebutir permata. Moga syurga buatmu adik.

Damailah kau di bumi abadi.

Buat ib, kau kena kuat. Jgn sia2 kan apa yg telah kau bina bersamanya. Demi anak2 ib.

Al-fatihah

Kalau Shuib tak boleh menyanyi, saya tak akan buat… – Ajai

Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai menyatakan pelakon dan pelawak popular, Shuib Sepahtu, berkebolehan sebagai penyanyi.

Menerusi perkongsian di entri Instagram Ajai, dia juga memberitahu warganet bahawa pelawak itu memiliki bakat semula jadi sebagai seorang penyanyi.

“Kalau dia tak boleh menyanyi, saya tidak akan membuat lagu dan merakam suara dia. Tetapi hakikatnya, si Shuib Sepahtu ini memang boleh menyanyi serta ada nada tersendiri.

“Seterusnya, dia juga mempunyai bakat semula jadi. Tahniah untuk kamu berdua, Shuib dan Siti Sarah,” katanya.

Sebelum ini, komposer terkenal itu telah mencipta lagu single terbaharu berjudul Semakin Benci Semakin Cinta yang dinyanyikan oleh penyanyi Siti Sarah dan suaminya, Shuib.

Dalam pada itu, Ajai berharap lagu baharu tersebut dapat diterima dan disambut baik para peminat.

Selepas lebih 48 jam bertarung nyawa, Siti Sarah, 36 menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi tadi.

Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan Shuibu di Instagram (IG).

Terdahulu Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *