Amalan

Lama senyap, Caprice Tampil Ramal Siapa Bakal Jadi PM

Sejak semalam negara digemparkan mengenai Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikhabarkan akan meletakkan jawatan.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Caprice meramalkan Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal menjadi Perdana Menteri ke-9 menggantikan Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, dalam satu video, Caprice berkata ia hanyalah ramalannya dan pilihannya. Dalam pada itu, Caprice turut memilih Anwar Ibrahim sebagai individu yang layak menjadi pemimpin negara.

“Ramai tanya Caprice kenapa pilih Datuk Seri Hishammuddin. Guys, ini adalah apa yang kita pilih. Ini hanyalah berdasarkan ramalan saya. Berdasarkan agenda dunia, yang paling sesuai adalah DS Hishammuddin atau Anwar Ibrahim.

“Kalau kita kaji siapa yang dia baru-baru jumpa, siapa belakang dia, apa dia buat baru-baru ini, dan kalau kita lihat akaun media sosial DS Hishammuddin, sudah cukup cantik sebagai akaun media sosial seorang Perdana Menteri,” katanya.

Tengah hari tadi, Tan Sri Muhyiddin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Difahamkan pada jam 1 petang tadi Muhyiddin sudah pun keluar dari Istana Negara.

Perutusan terakhir Muhyiddin dijangka jam 3 petang

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masuk ke pejabatnya pagi ini dengan ada yang menganggap ia sebagai tindakan terakhirnya sebelum meletakkan jawatan hari ini

Dia sedang mempengerusikan mesyuarat kabinet khas di pejabatnya di Putrajaya dan dijadualkan akan ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatannya dijangka berlaku tidak lama kemudian. Ikuti Malaysiakini untuk kemas kini secara langsung.

Lagi pemimpin PN ucap selamat tinggal

1.53 petang: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berkata perletakkan jawatan kabinet sebagai “tanggungjawab bersama” dan bukannya “kesalahan bersama”.

“Pengunduran atas ‘collective responsibility’ bukan ‘collective guilt’.

“ Terimakasih atas segalanya, yang pahit menjadi ubat, yang manis menjadi pengubat. Negara selamat semua terubat.#StaySafeAndFocus,” katanya.

1:45 tengah hari: Menteri Kanan Luar Negeri, Hishammuddin Hussein juga mengucapkan selamat tinggal di laman Twitter.

“Adalah suatu kebanggan dan keistimewaan untuk berkhidmat kepada negara tercinta dan rakyatnya. Semoga Allah SWT merahmati kita semua,” katanya.

Peutusan Muhyiddin dijangka jam 3 petang

1.45 tengah hari: Muhyiddin dijangka akan membuat perutusan terakhirnya melalui siaran langsung di televisyen pada jam 3 petang hari ini, kata sumber.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *