Uncategorized

Media Beritahu ‘Bapa Ay4m’ Adalah Peserta Tempat Kedua Maharaja Lawak Mega

SEORANG pelawak yang popular menerusi rancangan Maharaja Lawak direman empat hari bagi membantu siasatan polis atas dakwaan kes pemerdagangan manusia di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Peserta berkenaan pernah mendapat gelaran naib juara dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega yang disertainya secara berkumpulan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan kira-kira jam 10 pagi, Ahad lalu.

Dalam insiden tersebut, polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mang.sa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi s3ks.

“Mangsa telah mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan huku.man pen.jara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda,” kata Amran.

Hasil pemeriksaan pihak polis merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kon.dom, sejumlah wang dan empat buah telefon bimbit.

Suspek juga dikenakan kompaun atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara)

2021.

Suspek direman bermula Ahad hingga Khamis di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jen4yah.

Berikut senarai Naib Johan maharaja lawak

2011- boboi (Afdlin, nabil, harun)

2012- jambu ( Yus , tauke)

2013- shiro ( ajak, shahrol)

2014 – sepahtu ( jep , shuib)

2016 – joras ( joey, Rahim, shuk)

2017 – shiro ( ajak, shahrol)

2018- bocey ( achey, abam, fad)

2019 – zero- (atu, syaiful, syarif)

Nama dipetik netizen, Tauke Jambu nafi ditangkap polis kes ‘ba.pa aya.m’

Pelawak Tauke mena.fikan dirinya adalah individu yang dit.ahan polis selepas disyaki terb.abit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan ek.sploitasi s.eks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Ahad lalu.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria menegaskan, dia tiada kaitan dengan pena.ngkapan yang dibuat.

“Saya tidak terb.abit dalam apa-apa keg.iatan seperti itu. Gi.lalah siapa yang petik nama saya itu.

“Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

“Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian,” katanya.

Menurut Tauke, biarpun namanya antara yang ‘dipetik’ netizen namun dia tidak m.arah sebaliknya menganggap ia sesuatu yang lucu.

“Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini. Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini.

“Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya mempunyai kaitan dengan j.enayah terbabit, sebaliknya berada disisinya ketika ini.

Kredit : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *