Hiburan

Mufti Perlis beri nasihat isu solat tapi tak tutup aur4t, tapi ada yg buat Baby Shima lega

KESAL apabila amal ibadatnya menjadi bahan eje.kan segelintir pihak, penyanyi Baby Shima segera mendapatkan pandangan ahli agama tentang tanggungjawab untuk menunaikan solat walaupun tidak menutup aurat dalam kehidupan seharian.

Menurut Shima atau Nor Ashima Ramli, 29, dia berasa lega apabila Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sudi memberi pandangan berhubung isu berkenaan dengan cara yang lebih positif.

“Saya bersyukur dan lega sebab dapat banyak ilmu daripada Dr Mohd Asri, saya dapat tahu apa yang saya tak tau.

“Tambahan pula dapat nasihat dan bimbingan daripada orang selayaknya. Apa yang membuatkan saya teruja dengan Dr Mohd Asri ni adalah dia tidak membezakan saya dengan orang lain.

“Walaupun saya tidak menutup aur4t, tak banyak tahu tentang ilmu agama tetapi dia tak pernah memperkecilkan dan mengg.ores h.ati saya dalam nasihatnya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini Shima meluahkan rasa kecewa dengan komen seorang individu di TikTok yang mempersoalkan ibadah solatnya kerana tidak menutup aur4t dengan sempurna.

Susulan itu Shima mendapatkan pandangan daripada Mohd Asri dan dia turut berkongsi paparan skrin mesej di aplikasi WhatsApp jawapan balas mufti berkenaan.

“Solat yang ikhlas tetap bernilai di sisi Allah. Solat perkara terbesar dalam amalan agama selepas syahadah. Kewujudan d0sa lain pada diri seseorang tidak menafikan kepentingan dan kebaikan solat yang dia lakukan.

“Bahkan solat boleh mengh4puskan d0sa yang lain. Dosa antara kita dan Allah, hanya bertaubat kepadaNya. D0sa menz4limi manusia lain, itu yang sukar dih4puskan melainkan dimaafkan oleh mangsa,” demikian penerangan Mohd Asri tentang kemusyk.ilan berkenaan.

Dalam pada itu Shima berkata dia lebih selesa mendapatkan penerangan dan penjelasan berkaitan hal agama daripada individu yang mahir seperti Mohd Asri yang sudah dikenalinya secara rapat sejak setahun yang lalu.

“Cukup-cukuplah memberi toksik kepada yang lain. Walhal belajar agama pun entah daripada mana.

“Kita kena sebar mengikut fakta dan fatwa Seperti yang disampaikan Dr Mohd Asri. Jah4t, bur.uk, aur.at terdedah ke… netizen boleh cakap apa saja, tapi yang menentukan amal kita ialah Allah jua,” katanya lagi.

Berhubung video teguran terbuka kepada mereka yang sering mengec4mnya, Shima berkata dia bertindak demikian sebagai tanda menent4ng sikap suka menilai tanpa usul periksa.

“Sampai bila saya nak berdiam diri daripada dibuli di alam cyber ni? Kali ni shima nak lawan, nak tunjukkan kepada semua yang pandangan ustaz dan ustazah media sosial ni hanya pandai di sebalik keyboard,” katanya.

Mengulas lanjut tentang sikap suka menilai dalam kalangan masyarakat, Shima berkata perkara itu seharusnya dielakkan kerana ia mendatangkan lebih banyak keb.urukan berbanding kebaikan.

“Saya bukan anti ditegur, tapi tegur tu biar bertempat dan beradab serta bukannya tegur secara umum untuk dapatkan perhatian orang lain.

“Saya yakin mereka pun tau apabila mereka komen, saya akan dihentam dan mereka pula akan mendapat like dan pujian.

“Mereka tidak tahu sebenarnya daripada situ mulanya hentaman, hinaan makian yang saya dah terima,” katanya.

Apa Tujuan Anda Bersolat?

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;

“Islam didirikan atas 5 perkara : Mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat 5 waktu, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji (jika berkemampuan).”
HR Bukhari Dan Muslim

Pasti anak kecil anda pernah bertanya;

“Wahai ibu, mengapa kita perlu solat? Bukankah dengan hanya ada iman dalam hati yang meyakini bahawa Allah itu wujud pun sudah memadai?”

Kebanyakan pasti menjawab,

“Kita perlu solat sebab kita orang Islam.”

“Kita wajib solat sebab Allah suruh.”

Ya benar! Jawapan itu tepat. Sangat mudah untuk fahamkan anak-anak. Namun, cuba selidik kembali dalam hati kita. Soalkan pada diri, “mengapa orang Islam perlu solat? Dan mengapa Allah mewajibkan solat keatas hambaNYA.”

Solat Merupakan Tiang Agama
Pernah dengarkan para asatizah mengungkapkan ayat ini,

“Solat merupakan tiang agama. Diibaratkan jika sebuah rumah didirikan tanpa tiang maka sudah pasti akan robohlah rumah tersebut.”

Nah! Begitulah juga dengan solat. Allah mewajibkan solat dengan tujuan kita menjaga agama kita daripada roboh dan menjaga hubungan seorang manusia dengan TuhanNYA.

Lihatlah agama lain. mereka juga solat, namun caranya jauh berbeza dengan kita. Ada sesetengah agama yang hanya solat 1 kali saja seminggu. Ada agama lain yang memerintahkan solat setiap hari rabu. Manakala orang Islam pula diwajibkan solat pada setiap 5 kali sehari.

Betapa bertuahnya kita dilahirkan sebagai seorang Islam. 5 waktu sehari bertemu dan berkomunikasi dengan Tuhan kita. Walau bukan secara bersemuka, namun hanya dengan solat itu mampu menghubung doa kita kepada DIA.

MasyaAllah! Maha Suci Allah! Ingatlah juga besarnya solat itu sehinggakan apabila kita meninggal dunia pun, yang pertama akan disoal oleh malaikat Mungkar dan Nakir adalah berkenaan solat terlebih dahulu.

Solat juga merupakan amalan pertama dihitung apabila kita dihisab oleh Allah. Buktinya, Nabi S.A.W pernah bersabda,

“Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik (diterima) maka beruntung dan berbahagialah dia. Jika solatnya rosak (tidak diterima) maka kecewa dan rugilah dia.”
Hadis Riwayat Tirmizi

Solat Tanda Kita Beriman Kepada Allah

Bayangkanlah, 5 kali sehari kita berhubungan dengan Allah S.W.T. Kita sujud sembah mohon keampunan daripadaNYA. Kita yakin bahawa Allah sentiasa melihat dan mendengar rayuan kita.

Kita berharap, memohon segala keinginan dan impian kita kepadaNYA dan yang paling utama, 5 kali sehari kita memperbaharui syahadah kita.

“Asyhadu Alla ilahaillallah Waasyhadu Anna Muhammadan Rasulullah”
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Tahukah anda, kita kadangkala termasuk dalam kalangan orang yang kufur? Kufur nikmat terutamanya. Tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah tentukan malah mempersoalkan setiap takdir yang Allah tetapkan.

Oleh sebab itu, Allah mensyariatkan bacaan kalimah syahadah dalam solat ketika duduk tahiyat awal dan akhir. Kerana Allah Maha mengetahui setiap perilaku hambaNYA yang kadangkala ti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *