Uncategorized

Niat nak t0long berubat, sekali Wea Selamos, Tok Singa dihadapkan ke mahkamah

Pengamal perubatan tradisional dikenali sebagai Wea Selamos dan Tok Singa bersama dua lagi rakan mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini pada Isnin atas tuduhan memu.kul seorang bomoh pada 5 Ogos lalu.

Wea Selamos atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Izwan Midin, 33, dan Tok Singa atau nama sebenar, Muhammad Firdaus Mohd Adnan, 33, didakwa di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.

Dua lagi rakan mereka juga pengamal perubatan tradisional ialah Idrees Ishak, 42, dan Mohd Eric Mohd Ramli, 35.

Kesemua mereka selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja mendatangkan kecede.raan ke atas Ahmad Shahrill ‘Ariff Zainol, 39, di sebuah rumah tumpangan di Jalan Taqwa, Kampung Huda, Jalan Sultan Yahya Petra, di sini pada jam 4 pagi, 5 Ogos lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Kesek.saan yang memperuntukkan huku.man pen.jara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kes.alahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Shahril Ramli manakala kesemua OKS diwakili peguam, Mohd Azrul Hasyimi Mohamad.

Sebelumnya, Shahril memohon tarikh sebutan semula untuk serahan dokumen dan mencadangkan jaminan RM5,000 ke atas setiap OKS.

Mohd Azrul Hasyimi bagaimanapun merayu bagi pihak semua anak guamnya supaya jumlah itu dikurangkan dengan alasan mereka memberi kerjasama baik termasuk Tok Singa dan Idrees yang baru tiba dari Pulau Pinang untuk datang ke mahkamah tersebut.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua mereka diikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Oktober ini.

Kesemua mereka dibebaskan selepas menjelaskan jaminan itu.

Pada awal Ogos lalu, tular beberapa siri siaran langsung di media sosial Facebook memaparkan kejadian membabitkan sebuah keluarga mendakwa terkena perbuatan sihir.

Sekumpulan pengamal perubatan yang cuba membantu mereka dikatakan secara kebetulan membongkar perbuatan seorang bomoh lain yang kononnya datang membantu keluarga itu tetapi dipercayai melakukan perbuatan si.hir terhadap orang lain pula.

Pengamal perubatan cedera dipu.kul b0moh, ustaz

Terdahulu Seorang pengamal perubatan tradisional cede.ra selepas dipercayai dipuk.ul empat lelaki yang mendakwa mereka bom0h dan ustaz di sebuah inap desa di Kubang Kerian, Kota Bharu dalam kejadian pada Rabu lalu.

Kejadian pada pukul 11.45 malam itu disyaki berpun.ca daripada perselisihan faham antara mangsa yang berusia 39 tahun dengan kumpulan lelaki itu ketika membantu merawat seorang wanita disihir yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kesemua suspek berusia 32 hingga 42 tahun itu ditahan selepas dipercayai me.mukul mngsa sehingga mengalami leb4m di mata kiri selain c4lar pada muka akibat dipu.kul dengan batang plastik serta penyangkut baju.

“Berdasarkan siasatan, mangsa datang ke Kelantan untuk berbincang mengenai urusan raw4tan tradisional bersama empat suspek dan dua lagi lelaki yang merupakan rakan mereka.

“Empat daripada enam suspek yang dikenali sebagai Tok Singa,Tok Hijau, Wan Selamos dan Idris dipercayai tidak berpuas hati selepas mendakwa mngsa menjalankan kaedah rawatan yang sala.h untuk merawat seorang wanita di inap desa itu,” katanya selepas merasmikan Program Bulan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2021 di Sekolah Kebangsaan Pak Mandol di sini hari ini.

Menurut Shafien, akibat perselisihan faham itu, empat suspek dipercayai telah memu.kul mngsa sehingga dia perlu menjalani raw4tan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Katanya, sehubungan dengan itu, polis sudah mengambil keterangan semua suspek yang datang secara sukarela ke balai polis untuk membantu si4satan pada Jumaat lalu.

Kesemua suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseks4an kerana mendatangkan ced.era dengan menggunakan senj4ta.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *