Uncategorized

Pelajar dapat surat tuntutan fitn4h RM1 juta dari Cikgu sendiri, ini reaksi bapa

Pelajar sekolah menengah, Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini pernah tular selepas mendedahkan tindakan seorang guru menjadikan jena.yah rog.ol sebagai satu gurauan memaklumkan menerima surat tuntutan mahkamah daripada guru sekolah lamanya.

Ain Husniza melalui hantaran di Twitternya petang tadi memberitahu, di dalam surat itu dia diberikan tempoh tujuh hari untuk semua tuntutan pernyataan-pernyataan fit.nah selain turut dituntut untuk membayar ganti rugi sehingga RM1,000,000.

“Hari ini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas pernyataan-pernyataan fitnah, dalam surat ini saya diberi tujuh hari untuk semua tuntutan ini antaranya membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi.

“Minta semua doakan urusan Ain dipermudahkan,” ciapnya.

Sementara itu, bapa kepada pelajar berkenaan, Saiful Nizam Ab. Wahab mengesahkan menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema dan Yung, bagaimanapun pihaknya menegaskan tidak akan memberi sebarang komen berkenaan surat tersebut.

“Kami tidak akan memberi komen setakat ini. Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam tentang hak kami dan tindakan selanjutnya.

“Notis tuntutan datang dari cikgu PJPK sekolah lama Ain Husniza,” ciapnya di Twitter petang tadi.

April lalu, pelajar Tingkatan 5 terbabit menyiarkan video di Tiktok dengan mendakwa guru yang mengajar kelasnya di sebuah sekolah di Selangor telah bergurau tentang r0gol sebelum tampil membuat laporan polis.

Isu terus berlarutan apabila dia mendakwa menerima ugutan rogol daripada rakan sekelasnya, selain diberikan surat amaran berikutan tidak hadir ke sekolah.

Sumber : Kosmo Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *