Uncategorized

P0lis sampai minta bantuan Interpol, sekali Caprice mula rasa pelik

PELIK! Penyanyi rap Caprice hairan mengapa pihak polis terpaksa menggunakan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menjejakinya yang kini berada di Mesir.

Menurut Caprice atau Ariz Ramli, 33, dia tidak menerima sebarang panggilan atau mesej daripada pihak polis di Malaysia berhubung siasatan terhadap laporan yang dibuat personaliti dakwah, Ebit Lew pada 21 Julai lalu.

“Pelik, my number is public… tak ada siapa contact pun.

“Kedutaan Malaysia pun tak beritahu apa-apa,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Caprice mengulas laporan mStar tentang kenyataan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah yang memberitahu pihaknya gagal menghubunginya untuk diambil keterangan secara dalam talian.

Kata Ashari, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan Interpol selepas Caprice dikatakan tidak membalas mesej yang dihantar pihaknya.

Selain Caprice polis turut mengesan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berhubung siasatan bagi kes yang sama.

Semestinya saya sedia, siapa je tak nak kerjasama dengan pihak polis.

Tambah Caprice, dia sangat terkejut selepas membaca kenyataan polis kerana yakin pihak berkuasa mempunyai kepakaran untuk menghubunginya.

“Saya sangat yakin OCPD ada akses kepada kedutaan atau WhatsApp.

“Tapi ini menjadi kes pertama dalam sejarah apabila Interpol digunakan untuk kes fitnah antara dua influencer.

“Saya rasa ada kes-kes lagi berat di dunia dan di Malaysia yang perlu Interpol, FBI dan polis,” katanya lagi.

Caprice pernah berjanji untuk membuat pendedahan tentang situasi di Palestin namun terpaksa membatalkan hasrat itu.

Dalam pada itu Caprice yang kini sedang melengkapkan misi jangka panjang Road To Al Aqsa 2040 berkata dia sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya dihubungi.

“Semestinya saya sedia, siapa je tak nak kerjasama dengan pihak polis,” katanya.

Sementara itu bagi menjawab tentang dakwaan memfitnah Ebit Lew, Caprice menafikannya.

“Alhamdulillah selama saya hidup tak pernah fitnah sesiapa kerana dalam Islam perbuatan itu lebih teruk daripada membunuh seseorang,” katanya.

Pada 21 Julai lalu, Ebit Lew membuat laporan polis mendakwa dia difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.

Lepas bertih jagung, Caprice tayang gambar tupai pula

Selepas memuat naik hantaran berupa emoji bertih jagung (popcorn) yang seolah-olah saru gambaran sedang menyaksikan sebuah naratif wayang yang ‘diselongkar’. aktivis kemanusiaan, Carprice hari ini berkongsi satu hantaran terbaharu berupa seekor tupai yang sedang melompat.

Perkongsian pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu sekali gus mengundang banyak terjemahan netizen apabila rata-rata mengaitkan gambar haiwan tersebut dengan pepatah Melayu yang berbunyi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Menjengah dalam ruangan komen, perbuatan Caprice turut dilihat mencetuskan rasa kurang senang segelintir netizen yang menyifatkan dirinya sengaja cuba memecahbelahkan masyarakat.

“Ko (kau) ini penyatu ummah ke pemecah belah ummah?” soal seorang pengguna Instagram.

“Jangan memusuhi sesama sendirilah. Dendam pun jangan,” kata seorang lagi netizen.

Semalam, Caprice berkongsi satu hantaran status dalam InstaStorynya berupa bertih jagung sehingga menimbulkan tanda tanya ramai.

Untuk informasi, hubungan antara pemuzik itu bersama pendakwah terkenal, Ebit Lew telah mencetuskan perbalahan ekoran satu permasalahan yang timbul berkaitan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Dalam perkembangan lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah melakukan kerja-kerja penggeledahan bagi mencari bahan bukti di rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew di Setia Alam, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan pasukan penyiasat daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) akan membuat kerja-kerja penggeledahan di kediaman Ebit dalam usaha mencari bahan bukti termasuk telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan.

“Penggeledahan untuk mendapatkan bahan bukti merupakan antara prosedur yang perlu dilakukan pihak polis dalam melengkapkan kertas siasatan.

“Namun begitu, saya tidak dapat pastikan bila pegawai penyiasat kes akan ke rumah beliau (Ebit) sama ada hari ini (semalam) atau esok (hari ini), itu kena tanya mereka sendiri,” ujarnya ringkas sebentar tadi.

Terdahulu, Ebit Lew hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai saksi untuk membantu siasatan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengannya seperti mana yang tular menerusi video, baru-baru ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *