Amalan

Sebak ketika ‘live’, Prof. Muhaya kongsi momen istimewa ketika bersama Siti Sarah

PETALING JAYA – Pakar mata, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad tidak terkecuali berkongsi kedukaan atas pemergian Siti Sarah Raisuddin dan turut mendoakan Allahyarham secara ‘live’ menerusi plaform Instagram beliau, hari ini.

Menurutnya, beliau mempunyai beberapa momen yang istimewa dengan pelantun lagu Kesetiaan itu selain menyifatkan arwah mempunyai sifat merendah diri dan antara individu yang setia menyokong dirinya.

“Bonda pernah masa buat umrah tiba-tiba teringat pada Siti Sarah dan bonda hantar mesej kepadanya. Masya-Allah. Masa bonda viral dulu dia ada hantar mesej panjang untuk bonda.

“Bonda jumpa satu video pembantu rumah bonda minta dia nyanyi lagu Semakin. Dia berjalan masuk ke dapur siap pegang dan pandang wajah pembantu bonda dengan senyum, hormat sambil menyanyi,” katanya dalam hantaran tersebut.

Beliau berkata, kematian merupakan rehat kepada orang mukmin dan antara ‘pencen’ atau bekalan mereka yang telah meninggal dunia untuk dibawa pulang ke negeri abadi ialah anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu bermanfaat.

Pada penghujung ‘live’ yang berdurasi 14 minit 39 saat itu beliau turut membacakan doa dengan nada sebak dan memohon urusan keluarga Siti Sarah terutamanya suami dan anak-anaknya dipermudahkan.

“Hari ini, hari ini terakhir tahun 1442 Hijrah. Semoga taman syurga buat Allahyarhamah Siti Sarah yang kita kasihi kerana Allah,” katanya.

“Kita ramai apa kata kita doakan kesejahteraan, ketenangan Shuib dan anak-anak. Kita bagi sokongan kepada Shuib dengan doa supaya diberi ketabahan dan kekuatan,” ujarnya.

Shuib ajar arwah isteri mengucap sebelum tutup mata

Pelawak popular, Shuib Sepahtu, 37, mengakui sering berseloroh dan menganggap arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, sebagai bidadari syurga dalam hidupnya sepanjang 10 tahun melayari bahtera perkahwinan.

Walaupun pada awal perkahwinan dan sebelum dikurniakan cahaya mata pertama, impian menjadikan wanita istimewa itu agak samar, namun, Shuib tetap tidak berganjak menggelarkan bidadari syurga buat arwah isterinya.

“Kini, satu persatu Allah tunjukkan kebaikan arwah isteri. Selain doa tidak putus-putus sejak arwah dalam keadaan kritikal sehingga caranya dijemput Ilahi akibat COVID-19 dan selepas melahirkan anak keempat, saya nampak ia bagaikan ada kebenaran di sebalik gelaran yang saya berikan.

“Saya yakin dan pasti arwah pasti mencium bau syurga, insya-Allah. Saya berdoa Allah meletakkan arwah isteri di tempat yang paling baik.

“Sedih, saya adalah orang paling bersedih atas kehilangan kekuatan hidup saya. Namun, saya reda dengan ketentuan takdir.

Bidadari syurga saya sudah tiada.”Saya bersyukur sempat mengajar arwah mengucap kalimah syahadah sebelum tutup mata,” katanya kepada BH Online.

Mengenai pemilihan nama anak keempat, Shuib memaklumkan nama Ayash itu pilihan arwah.

“Arwah beriya-iya mahu nama Ayash Affan. Saya cakap nama ini tidak sesedap seperti pilihan nama anak pertama, Uwais Alqarni yang dipilihnya.

“Ikutkan, kami bergilir memberi nama anak. Jadi, nama anak kedua, Dzahira Talita Zahra pilihan saya. Kemudiannya, anak ketiga, Ariq Matin arwah pula yang tentukan.

“Sepatutnya, nama anak keempat giliran saya. Namun, arwah berkeras mahu letak nama pangkal pertama, Ayash. Namun, nama Affan adalah pilihan saya. Lalu, digabungkan nama menjadi Ayash Affan,” katanya.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad berkata, dia agak kekok dengan gabungan nama anak keempat yang dilahirkan pada Jumaat lalu.

“Sampai satu tahap saya nak tukar nama lain. Namun, saya tak jadi menukarkannya kerana gabungan nama menjadi memori yang ditinggalkan arwah.

“Ayash masih dalam inkubator. Walaupun proses kelahirannya sangat sukar, tetapi semangat yang ada pada nama pilihan arwah sangat bermakna.

“Nama Ayash diberi sempena salah seorang pejuang Hamas di Wilayah Gaza yang mati syahid.

“Ayash juga hadiah terakhir paling bermakna untuk saya daripada arwah. Saya akan kenang detik ini, sekali gus menjaga dan membesarkan empat cahaya mata dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib menyifatkan arwah menjadi tulang belakang hidupnya.

“Orang nampak saya pandai bisnes dan memasarkan, mungkin pada mata kasar saya disangka hebat. Tetapi, sebenarnya arwah menjadi perancangnya.

“Saya pernah terdetik, jika tidak berkahwin dengan arwah, apalah nasib saya. Arwah, bawa tuah kepada saya.

“Arwah sangat luar biasa dan banyak buka mata soal bersedekah dan berbuat baik tanpa harap balasan. Jika dalam tangan ada duit sedikitpun, bersedekahlah,” katanya.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), akibat COVID-19, jam 5.13 pagi ini.

Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, di sini, kira-kira jam 1.20 tengah hari ini.

Perjalanan hidup arwah dgn Shuib ni bermula dari Shuib tu baru merangkak2 membina karier.

Kita semua nampak yg masa tu,Shuib ni baru dlm industri,nama pun tak gah lagi, hidup pun tak mewah lagi
tapi masa ni, arwah dah terima Shuib seadanya diri Shuib

Kita semua nampak yg Shuib berusaha bersungguh2 utk membina karier utk arwah dan anak2 jadi selesa

Shuib jadi pelakon, Shuib jadi penyampai radio, Shuib jadi usahawan

Arwah kekal disisi Shuib dlm apapun bidang yg Shuib ceburi
arwah setia menemani Shuib ke sana sini utk setiap acara, program, rakaman dan sebagainya walaupun dlm keadaan mengandung

Yg paling terbaik adalah arwah berhijrah sedikit demi sedikit utk jadi lebih baik dari sebelumnya

Hari ni, berpuluh ribu rakyat Malaysia mendoakan arwah

Hari ni, berpuluh ribu rakyat Malaysia menonton majlis pengebumian arwah

Semoga arwah diberikan ganjaran syurga oleh Allah s.w.t…

Kredit : Firdaus Sakirin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *