Uncategorized

Ramai Peminat Lelaki K3cewa, Hati Nur Dhabitah Sudah Dimiliki

Kuala Lumpur: Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang memikat hati ramai rakyat Malaysia kerana sering menguntum senyuman ketika bertanding pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, mengakui dia sudah mempunyai kekasih hati.

Dalam satu temuramah dengan stesen radio tempatan, penerjun berusia 22 tahun berasal dari Kuala Lumpur itu menjawab pertanyaan sama ada senyuman yang sering diukirnya sudah dimiliki.

Walaupun mulanya dia teragak-agak untuk menjawab soalan itu, Dhabitah menjelaskan: “OKlah saya cakap terus terang, single but not available (bujang tapi sudah berpunya).”

Dhabitah terlepas peluang meraih pingat gangsa pada temasya Olimpik keduanya apabila menduduki tangga keempat pada pertandingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita.

Dia menghuni tangga kelima acara 3m papan anjal seirama pada temasya Olimpik Rio 2016 selain tangga kesembilan dalam acara 10m platform.

Memetik laporan Nona tahun lalu, Dhabitah atau mesra dipanggil Bita ada berkongsi foto di laman Instagram ketika sambutan hari Iahirnya di samping teman lelaki yang juga pemain bola sepak Kuala Lumpur City FC iaitu Azhar Apandi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika mereka masih menjalin hvbungan cinta atau sebaliknya kerana tiada gambar bersama di Instagram masing-masing.

Terdahulu, Dhabitah menamatkan kempen Sukan Olimpik dalam pusingan akhir acara 3 m papan anjal individu apabila berjaya menduduki tempat keempat daripada 12 peserta yang lain.

“Menangis bukan kerana tak menang…” – Dhabitah bangga pencapaian diri, akui pernah hilang keyakinan

“SAYA menangis bukan kerana tak menang tapi berbangga dengan diri kerana sebelum ini agak susah hingga saya hilang keyakinan diri dan tidak yakin mampu beraksi di Olimpik”

Demikian kata atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri, mengulas mengenai tangisannya di Tokyo Aquatics Centre selepas selesai aksi final acara tiga meter papan anjal individu wanita pada Ahad.

Dhabitah, 22, berkata tangisan berkenaan secara keseluruhannya adalah bagi menggambarkan rasa bangga dengan pencapaian diri sendiri terutamanya di sebalik pengorbanan yang dilaluinya untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Kita sudah tidak hidup seperti dahulu dengan tak boleh luang masa bersama keluarga atau keluar berjumpa rakan. Hanya duduk dalam gelembung sukan dan berlatih saja,” katanya lagi.

Pada aksi final berkenaan, Dhabitah terlepas pingat gangsa apabila menduduki tangga keempat.

Dhabitah memperoleh 326.15 mata, hanya dibezakan 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa yang dimenangi penerjun Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

Pingat emas dimenangi penerjun China, Shi Tingmao manakala rakan senegaranya, Wang Han meraih perak dengan masing-masing mengumpul 383.50 dan 348.75 mata

 

‘Senyumlah Nur Dhabitah’ – PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasssin mengucapkan tahniah kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang mempamerkan aksi terbaiknya dalam pusingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu Olimpik Tokyo 2020 hari ini.

Muhyiddin berkata, aksi dan tentangan yang dipamerkan Dhabitah dalam final itu adalah amat mengagumkan.

“Biar pun tanpa pingat, kelibat dan aksi anak muda berusia 22 tahun ini nyata menghiburkan bersama semangat yang tidak mudah mengalah.

“Layak ke final dan berada di tempat keempat daripada 12 peserta dalam temasya sukan tersohor, Olimpik Tokyo 2020 juga adalah satu kejayaan yang perlu anda banggakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam ini.

Beliau berkata, jangan sedih. Perjalanan anda masih jauh.

“Masih banyak kejayaan yang boleh dilakar termasuk pada edisi Olimpik akan datang.

“Senyumlah Nur Dhabitah,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan tangisan penerjun muda negara, Dhabitah sebaik tamat dalam pusingan akhir acara 3 m papan anjal individu, hari ini sudah cukup menggambarkan keperitan dan cabaran yang dilaluinya hingga mampu mencatatkan keputusan terbaik di Olimpik, Tokyo.

Dhabitah dilaporkan berkata, dia menangis bukan kerana gagal membawa pulang pingat namun lebih mengenangkan kesusahan yang dilalui apabila terpaksa berkorban demi memastikan kehadirannya di pentas Olimpik berbaloi.

BIODATA

Nur Dhabitah Sabri. Tarikh Lahir: 12 Julai 1999. Sekolah: Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Kuala Lumpur.

2013

2 Emas menerusi acara 1 meter dan 3 meter Papan Anjal di Kejohanan bawah umur kali ke-47, Pusat Akuatik Negeri, Paroi, Negeri Sembilan. Tempat ke-14 menerusi acara 10 meter Platform di Grand Prix Terjun FINA di Ft. Launderlale, Amerika Syarikat (USA) ( 9 hingga 12 Mei).

2 Emas menerusi acara 10 meter Platform dan Synchro di Kejohanan Menyelam Piala Asia, Singapura – 13 hingga 15 September. 1 Emas menerusi acara 10 meter Syncro di Sukan SEA, Myanmar (18 hingga 22 Disember).


2012

2 Emas menerusi acara 1 meter dan 3 meter Papan Anjal di Majlis Sukan-sukan Malaysia (MSSM), Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah ( 13 hingga 16 Mac). 3 Emas dan 1 Perak di Kejohanan Menyelam Jemputan, Macau (12 hingga 15 April), Kumpulan C (Perempuan) Emas 1 meter Papan Anjal.

Kumpulan A, B (Perempuan), Emas Terjun Platform Seirama, Kumpulan A, B (Perempuan), Emas Terjun Platform Seirama, Kumpulan C (Perempuan), Perak menerusi acara 5 meter Platform.

2009

Anugerah Tunas Harapan, Kementerian Pelajaran (30 Oktober)

2010

Anugerah Atlet Kedua termuda Negara pada Anugerah Pencapaian Muda, Smart Kids (9 April) Atlet terbaik Kategori Perempuan Sekolah Rendah dalam Acara Terjun Papan Anjal di Anugerah Kecemerlangan Sukan, Wilayah Persekutuan Putrajaya (13April).

2011

Emas menerusi acara 3meter Papan Anjal MSSM sebagai Jemputan ke Majlis Juara-juara, Majlis Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) (22 Oktober).

2012

Penerima Elaun Atlet Wilayah Persekutuan untuk Sukan Malaysia (SUKMA), Pahang.

Kredit : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *