Uncategorized

“Seolah-olah dia mengejar..”-Nadir Al-Nuri kongsi mesej terakhir Siti Sarah

TERKEJUT dengan berita pemergian Siti Sarah, rakyat Malaysia yang menetap di Gaza iaitu Nadir Al-Nuri berkongsi kebaikan yang dibuat penyanyi itu ketika hayatnya pada sambutan Aidiladha lalu.

Menurut Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, isteri kepada pelawak Shuib itu menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) Instagram mengenai hajatnya mengorbankan seekor lembu untuk umat Islam di negara bergolak itu.

“Tersentap sekejap baca berita pemergian Siti Sarah. Saya dihubungi Siti Sarah sebelum Raya Haji lepas untuk dia ikuti program korban di Gaza.

“Masa itu saya terkejut dia maklumkan untuk korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit.

“Bukan satu bahagian sahaja, seolah-olah dia sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir,” ujarnya.

Nadir berkongsi mesej dihantar Siti Sarah

“Pasal nak post ni, saya kalau boleh nak diam2 ja” -Siti Sarah

Menerusi muat naik di Instagram dan Facebook, Nadir turut berkongsi paparan skrin perbualan antara dia dan Siti Sarah yang pada awalnya turut meminta sedekahnya itu tidak didedahkan kepada umum.

“Fasal nak post ni saya kalau boleh nak diam-diam. Tapi betul juga mungkin salah satu tanggungjawab saya sebagai orang Islam untuk war-warkan tentang korban di sana.

Rupa-rupanya Allah takdirkan nyawa beliau diambil dalam keadaan memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka.

“Saya izinkan… kita doa sama-sama moga Allah permudahkan urusan saudara kita di sana dan juga Allah permudahkan urusan awak dunia dan akhirat,” tulis Sarah dalam mesej perbualannya itu.

Siti Sarah meninggalkan empat cahaya mata.

Siti Sarah, 37, menghemb.uskan naf4s terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungan berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

Penyanyi lagu Semakin itu dimasukkan ke hospital pada pagi 4 Ogos lalu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

Sementara itu tambah Nadir, Allahyarham juga seorang yang sangat prihatin tentang nasib umat Islam dan sering bertanya perkembangan di Gaza.

“Dia kerap berhubung bertanyakan tentang keadaan saudara kita di Palestin.

“Rupa-rupanya Allah takdirkan nyawa beliau diambil dalam keadaan memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka.

“Malah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini,” tulisnya di Instagram.

Nadir juga menyifatkan Sarah seorang yang beruntung apabila mendapat syahid dunia serta didoakan ratusan keluarga syuhada akhirat.

Biodata Siti Sarah

Lahir pada 15 September 1984, Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001.

Beliau juga berjaya menggondol anugerah “Artis Baru Terbaik”, “Album Pop Terbaik” dan “Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)”.

Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk “Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)”, iaitu dalam kategori “Artis Baru Wanita Terbaik”.

Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.

Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu.

Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik.

Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan.

Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts ( WCOPA ) degan mnyumbang 3 emas kepada Malaysia. Selain artis ketika itu Bob AF jugamenyumbang 5 emas buat negara.

Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad (Shuib) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Pada tahun 2016, nama Siti Sarah Raissuddin mula meniti kembali di bibir peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3.

Siti Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga.

Siti Sarah Raissuddin juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai layu di tasik Madu (Fauziah Latif) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak).

Diakhir pertandingan tersebut, Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *