Uncategorized

“Biar semua tahu kem4tian tak mengakhiri cinta… “Shuib kongsi lagu terakhir nyanyian Siti Sarah

KUALA LUMPUR: Lima hari selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin, pelawak dan pelakon, Shuib memuat naik video nyanyian terakhir penyanyi bersuara emas itu yang dirakam 28 Julai lalu.

Dalam video berdurasi 3 minit dan 16 saat itu, Allahyarham yang lengkap bertelekung menyanyikan lagu Tanpa Kekasihku (nyanyian asal Agnes Monica) dengan penuh perasaan dan menusuk kalbu.

“Lagu terakhir nyanyian bidadariku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib sebagai caption video tersebut.

“Assalammualaikum semua,,Sengaja sy kongsikan video ni sbb sy takut video ni hilang dr simpanan sy.Jadi sy abadikan didalam Channel ini.Ini lagu terakhir nyanyian Arwah pd 28 Julai 2021.Arwah yg beria2 mintak sy record dia menyanyi,ternyata semasa sy record video ini,sy merasakan “satu perasaan yg sgt2 lain” cara pandangannya,cara nyanyiannya,cara arwah luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat2 Istimewa…Bila di amati bait lirik,Ternyata ada “Sesuatu” arwah cuba sampaikan…InsyaAllah arwah kini tenang di syurga,,,TERUSKAN LAH MENDOAKAN ARWAH,JIKA RINDU,SEDEKAHKAN ALFATIHAH YA,,Semoga kita dpt kebaikan dunia dan akhirat  Amin” tulis Shuib

Lagu yang berkisahkan hasrat seorang pencinta yang mahu bertemu kekasihnya yang sudah pergi ke negeri abadi itu seolah-olah menggambarkan isi hati Shuib yang merindukan isteri tercintanya.

Dalam video tersebut juga, kedengaran suara anak-anak pasangan bahagia itu sedang berseronok dan bergurau.

“The kids is just having so much fun (anak-anak sedang berseronok),” kata Allahyarham sambil tersenyum manis.

Video yang dimuat naik sekitar 2 pagi tadi menerima pelbagai komen mengharukan daripada peminat yang turut merindukan bintang seni itu.

“Pemergian yang memberi kesan bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia. Pemergian Allahyarham lengkap dengan seribu satu makna.

“Penuh dengan pengajaran, motivasi, kesedaran dan kasih sayang. Semoga Syurga Firdaus tempat mu nanti Kak Siti Sarah Raissuddin. InsyaAllah Allahyarham boleh menghiburkan kita lagi di Syurga kelak,” komen Ajoi Zainal.

Terdahulu Hasrat penyanyi dan komposer Naim Daniel mendengar rakaman penuh lagu dicipta untuk penyanyi Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia pada Isnin lalu tidak kesampaian.

Naim, 24, atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata, Allahyarham juga sempat menjalani latihan lagu itu berdasarkan demo yang diberikan.

“Sehari selepas pemergian Allahyarham, saya ada menghubungi abang Shuib dan kami berborak panjang termasuklah menyentuh mengenai lagu ini.

Namun, memahami apa yang baharu berlaku, saya fikir ini bukan waktu sesuai. Jadi, biarlah abang Shuib tentukan sama ada lagu itu diteruskan prosesnya atau tinggal menjadi kenangan saja.

“Lagu ini saya hasilkan tahun lalu. Malah, arwah juga sempat buat latihan dengan Allahyarham Lok U. Ini kerana arwah meminta izin untuk menggunakan khidmat sahabatnya itu selaku penggubah muzik. Video latihan mereka ada lagi saya simpan. Malah, arwah juga merancang menghantar lagu itu ke Indonesia bagi proses akhir,” katanya.

Naim berkata, Allahyarham Siti Sarah adalah artis pertama yang meminta lagu daripadanya.

“Selepas menang Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun lalu, arwah ada menghubungi saya menerusi mesej di Instagram. Dia bertanyakan sama ada saya boleh buatkan lagu untuk dia.

“Arwah cakap, lagu balada saya lain daripada lain, jadi dia mahu sesuatu yang baharu juga untuk dia. Dia memberi kepercayaan penuh pada saya. Kalau nak tahu, arwah adalah penyanyi pertama yang minta lagu daripada saya. Dan saya fikir, kenapa tidak untuk bekerjasama dengan arwah ketika itu.

“Selepas tiga hari kami berhubung, saya terus siapkan lagu itu sebab arwah nak lagu ‘power ballad’ yang mungkin boleh dibawa sehingga masuk ke AJL. Sebelum itu arwah juga ada kongsikan melodi lagu sebagai rujukan untuk lagu yang bakal dirakamkan itu,” katanya.

NAIM masih menyimpan video nyanyian Siti Sarah ketika berlatih.

Dalam masa sama, Naim berkongsi, lagu yang mengisahkan mengenai kehilangan itu sepatutnya dilancarkan tahun ini.

“Ikut perbincangan kami nak lagu ini dilancarkan tahun ini. Ia sebelum abang Shuib mengumumkan berita kehamilan arwah. Tapi, disebabkan arwah hamil, jadi abang Shuib minta projek ini ditangguhkan dulu.

“Sebenarnya, lagu ini ini berkisar mengenai kehilangan. Ia adalah ciptaan sepenuhnya oleh saya cuma gubahan muzik saja ingin menggunakan khidmat arwah Lok U ketika itu,” katanya.

Ditanya sekiranya siapakah penyanyi yang difikirkan sesuai untuk menyanyikan lagu itu sekiranya ia mendapat keizinan Shuib untuk dilancarkan, Naim mengakui masih tidak nampak hala tuju lagu itu.

“Jujurnya, saya tak nampak masa depan lagi lagu ini. Biarlah semuanya kembali tenang dulu. Saya tidak mahu perkara ini disalah tafsir pula. Biarlah soal lagu ini menjadi yang terakhir difikirkan oleh mereka. Biarlah ia menjadi kenangan untuk kami,” katanya.

TANGKAP layar perbualan di DM antara Allahyarham Siti Sarah dan Naim.
Terdahulu, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi pada Isnin lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Arwah dimasukkan ke ICU hospital itu selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu iaitu hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada jam 5 petang.

Jezanah penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada Isnin lalu.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang masih berada di HCTM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *