Amalan

“Sarah berada di tempat yang lebih baik” Ini kebaikan arwah yang ramai tak tahu

” 5:13 minit pagi 9 Ogos 2021, bidadari Syurga saya telah pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al Fatihah. Siti Sarah Binti Raissuddin..”

Itu kata-kata Shuib yang dimuatnaik di Instagram pagi ini memaklumkan pemrgian isteri tercinta.

Berita sayu diterima pagi ini apabila penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggI dnia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.

Perkara itu dikongsi syarikat pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas.

” Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggI dnia jam 5.13 pagi HUKM.

” Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hspital beberapa hari yang lalu,” katanya.

Rata-rata rakan artis dan influncer mula menceritakan kebaikan arwah. Dr hisham juga mengucapkan takziah kepada keluarga arwah

Sarah berada di tempat yang lebih baik

“Saya masih sedang tidur, tiba-tiba isteri saya kejutkan, “Bang, Sarah dah meninggal…”

Terkejut dalam keadaan mamai-mamai, saya lihat isteri saya menangis.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un…. Sarah mana, Sayang?” soal saya. Agak blur juga saya.

“Sarah Shuib….” jawab bidadari saya.

Allahu… Saya tak follow Sarah atau Shuib di media sosial, tetapi terima kasih kepada Page, portal berita dan kawan-kawan Facebook saya yang selalu update perkembangan mereka. Dapat tahu jangkitan bermula dengan pembantu rumah mereka, kemudian Sarah yang hamil 8 bulan, Shuib dan 3 anak mereka juga disahkan dijangkiti Covid19 juga.

Sarah kemudiannya dikejarkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas, ditidurkan, menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan, kekal ditidurkan dan paras oksigen naik turun…. Sehinggalah pagi ini diberitakan pemergiannya.

Saya nak kongsi saya baca pelbagai cerita berkaitan Sarah ini, mulai diceritakan oleh orang.

Keluarga bercerita Sarah bantu keluarga sejak kecil/remaja. Sanggup bangun 5 pagi bukakan kedai kemudian ke sekolah.

Ustaz Nadir Al Nuri kongsi cerita Sarah beli 1 ekor lembu untuk dikorbankan di Ga2a baru-baru ini.

Dan saya yakin akan ada pelbagai cerita lagi akan diceritakan. Subhanallah beginilah perkara baik dalam kemasyarakatan, hanya benda-benda baik sahaja yang diceritakan apabila mendengar kematian arwah. Kekalkanlah sebegini…

Jangan pernah cerita keburu.kan si m4ti secara publik. Tolong ye.

Dan salah satu perkara penting juga adalah betapa hakikat kehidupan untuk faham bahawa bagaimana kita bermula itu tidaklah sepenting bagaimana kita berakhir.

Sarah adalah wanita yang telah berhijrah, dan seluruh Malaysia ini menjadi saksi perubahannya ke arah lebih baik. Sarah sekarang dikenali sebagai wanita bertudung yang berusaha jaga auratnya, seorang isteri yang baik, seorang ibu yang baik, seorang usahawan yang baik, pelbagai lagi, tiada orang hebahkan pun kisah-kisah lampaunya.

Subhanallah ini husnulkhotimah… Pengakhiran yang baik… Yang SEMUA orang dambakan. Saat akhir Sarah dijangkiti wabak, sakit, ditidurkan dan m.ati, semuanya dihujani doa-doa baik oleh ramaiiiii orang. Subhanallah, satu kem.atian yang dicemburui.

Saya muhasabah diri betapa rahmat Allah adalah luas, pintu taubat senantiasa terbuka luas untuk sesiapa sahaja yang mahu jadi hamba-hambaNya yang berusaha menjadi yang dekat denganNya…. Pendosa, pemaksiat atau orang yang soleh/ah, semua orang ada peluang pulang kepada Allah dalam keadaan terbaik VERSI SENDIRI.

Sarah berada di tempat yang lebih baik, saya harap Raissuddin sebagai ayah bersama ibu Sarah dan keluarga, dan Shuib sebagai suami bersama anak-anak diberi ketabahan oleh Allah SWT meneruskan hidup dengan redha dan baik. Aameen.

kredit: FB Syahr Musafir II Isnin 09/08/2021

“Nekad pakai tudung”-Amin Idris

Berita sedih di pagi yang hening… Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali… Innalillah buat Shuib Sepahtu yang telah kehilangan isterinya &Siti Sarah Raisuddin jam 5:13 pagi tadi… Takziah juga kepada semua rakyat Malaysia yang telah kehilangan insan tersayang kerana ancaman Covid19…
.
Buat Sarah, terima kasih kerana persahabatan kita. Saya masih ingat perbualan kita semasa Sarah nekad nak pakai tudung suatu tika dahulu dan juga kita bekerjasama untuk program motivasi. We all gonna miss your laugh, your joy, your smile…

“Siti Sarah seorang yang baik” – Vicha terharu arwah buatkan busana Muslimah khas

Pelawak terkenal, Vicha menzahirkan ucapan terima kasih kepada Allahyarham Siti Sarah yang telah menempah khas busana Muslimah buat dirinya.

Dalam perkongsian panjang lebar di Instagram Vicha memberitahu, selepas memakai busana buatan penyanyi Semakin itu dia kini lebih yakin dan selesa berhijab.

“Walaupun kita tidak serapat apa tapi saya tahu kakak orang yang sangat baik. Kakak buat baju @lovetahq yang sangat cantik dan saya hanya komen dekat Instagram kakak bertanya ada saiz besar? Kakak terus mesej saya untuk ditempah khas.

“Ya Allah akhirnya saya dapat juga merasa pakai baju kakak yang cantik dan kalau boleh jujur di sini selepas pakai baju kakak, saya tengok cermin rasa percaya diri dan nyaman menggunakan hijab.

“Sebelum ini selalu tidak pernah yakin bila guna hijab sebab rasa bulat tapi Subhanallah tidak tahu kenapa ada tergerak hati untuk gunakan hijab pada saat saya pakai baju kakak,” luah Vicha jujur.

Dalam luahan Vicha pada lewat malam tadi, penyanyi Kesetiaan itu seorang yang ceria dan sepinya tanpa perkongsian entri oleh Sarah membuatkan Vicha terasa kosong.

“Sebelum ini setiap perkongsian kakak lalu saja di IG, saya pasti tekan like kerana suka kandungan yang selalu ceria. Sudah beberapa hari ini saya selalu tunggu tapi tiada.

“Malam ini saya skrol IG kakak satu per satu, lihat video tiba-tiba saya menangis tidak tahu kenapa. Kita semua rindu suara kakak, kita semua sayang kakak,” coretnya.

Untuk rekod, Sarah meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa akibat Covid-19 sekitar pukul 5.13 pagi ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Wartawan pertama kali beli kaset Siti Sarah

PADA tahun 2002, saya berada di kompleks Kotaraya Kuala Lumpur. Bukan untuk shopping, tetapi di kedai menjual kaset/ CD kegemaran saya.

Taukeh kedai tu jadi pelik kerana saya membeli sekeping kaset seorang penyanyi baru, yang tak terkenal sangat pun ketika itu.

Dia tanya, wahhhh…first time u beli kaset penyanyi perempuan meh!

Saya senyum. Actually saya pun tak tahu kenapa saya beli kaset penyanyi tersebut. Yang pasti suara gemersiknya mendendangkan lagu ‘Kesetiaan’ yang saya dengar di radio sebelum itu benar-benar membuatkan perasaan saya terbuai hingga membuatkan saya membeli kaset penyanyi yang saya tak pernah kenal siapa gerangannya.

Selain ‘Kesetiaan’, rupanya ada sebuah lagu lagi yang telah membuatkan saya jatuh cinta dengan suaranya..Ku Teruskan, lagu ala-ala penyanyi kulit hitam Amerika.

Dan Subuh tadi saya mendapat berita dia pergi buat selama-lamanya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham

Al-Fatihah Siti Sarah Raisuddin.

(15 Sept 1984- 9 Ogos 2021)

Dr Hisham turut mengucapkan takziah kepada keluarga Shuib

Pemergian penyanyi Siti Sarah Raissudin selepas bertarung dengan COVID-19 turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam kemas kini di media sosial, berkongsi ucapan takziah buat keluarga Allahyarham, serta mereka yang lain yang turut kehilangan anggota keluarga akibat wabak itu.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin & kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terk0rban oleh c0vid19.
Al-fatehah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *