Uncategorized

“Bukan susu badan sendiri” Syatilla Melvin jelaskan siapa sebenarnya yg mahu jadi ibu susuan Ayash Affan

SELEPAS pendedahan pelawak Shuib Sepahtu tentang hasrat Syatilla Melvin menawarkan diri menjadi ibu susuan kepada anak pramatangnya, aktres itu tampil menjelaskan kekeliruan yang terjadi mengenai perkara itu.

Ujar Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, tawaran itu bukanlah daripada susu badannya namun milik seorang rakan yang baru selesai berpantang.

Bagi mengelak kekeliruan tentang berita dia mahu menjadi ibu susuan kepada anak Allahyarham Siti Sarah iaitu Ayash Affan yang berusia enam hari, Syatilla berkongsi mesej perbualannya.

“Ini antara perbualan saya dengan Shuib semasa arwah Kak Sarah masih bertarung di ICU.

“Mungkin ada sedikit kekeliruan sesetengah pihak, InsyaAllah lepas ini dah boleh clear dah,” katanya.

Perkongsian Syatilla di Instagram.

Menerusi entri di Instagram, isteri kepada Shaheizy Sam itu memuat naik tangkapan skrin perbualannya dengan Shuib di aplikasi WhatsApp pada Ahad lalu.

“Tilla WhatsApp ni tujuannya nak tolong anak Shuib kalau perlukan susu badan. Bayi pramatang sangat-sangat perlukan susu badan.

“Kawan baik Tilla baru lepas pantang dan Alhamdulillah banyak susu badan dibuat stok.

Mungkin ada sedikit kekeliruan sesetengah pihak, InsyaAllah lepas ini dah boleh clear dah.

“Shuib reply Tilla kalau Shuib boleh consider,” kata Syatilla.

Menerusi laporan mStar pada Khamis, Shuib mendedahkan dia banyak menerima tawaran daripada rakan selebriti wanita termasuk Syatilla Melvin yang mahu menjadi ibu susuan kepada anak keempatnya itu.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 37, berkata demikian pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Allahyarham Siti Sarah pada Rabu malam.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 petang pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Ustaz saran Shuib pilih wanita akhlak baik jadi ibu susuan Ayash Affan

“Carilah mana-mana wanita (Islam) pun asalkan akhlaknya baik,” demikian nasihat penceramah bebas Haslin Baharim kepada Shuib berhubung ‘khasiat’ ibu susuan untuk bayinya.

Haslin berkata demikian selepas ahli perniagaan, pelawak juga pelakon itu menyatakan kebimbangannya untuk menguruskan dan menyediakan keperluan makanan untuk Ayash Affan yang dilahirkan allahyarham Siti Sarah pada 6 Ogos lalu.

Haslin turut berpesan agar Shuib memilih wanita yang bersedia lebih awal untuk memberi susu kepada Ayash Affan sekurang-kurang lima kali kenyang sebagai syarat sah mengiktiraf wanita itu sebagai ibu susuan bayinya.

“Jika boleh, minta perkenan daripada suami wanita itu juga.

“Pastikan bayi diberi susu sekurang-kurangnya lima kali kenyang dan tak ada khilaf, maka termeterailah secara automatik dia sebagai ibu susuan,” katanya selepas selesai majlis bacaan Yassin dan tahlil buat allahyarham Siti Sarah malam tadi.

Haslin dan Shuib
Menurutnya, Shuib juga harus menitikberatkan soal mahram antara tiga lagi adik-beradik Ayash Affan dengan wanita yang bakal menjadi ibu susuan bayinya itu nanti.

Shuib berkata, dia digalakkan oleh doktor untuk mempertimbangkan pemberian susu badan dari wanita lain bagi membantu tumbesaran bayinya itu.

Meskipun belum membuat sebarang keputusan, pemilik nama penuh Shahmira Muhamad, itu mengakui ramai wanita sudah menyatakan kesanggupan mereka untuk menjadi ibu susuan Ayash Affan buat ketika ini.

Kata Shuib, 36, tidak terkecuali yang menawarkan susu badan adalah rakan selebriti Syatilla Melvin iaitu isteri kepada pelakon Shaheizy Sam.

“Bercakap fasal persediaan untuk menguruskan Ayash Affan pun saya dah termenung berfikir. Sekarang dia diberi susu formula.

“Namun doktor beritahu sekiranya ada susu ibu boleh dibawa ke hospital. Tapi saya pula fikir, siapa nak bagi? Bagi saya tu memang soalan cepumas.

“Ramai orang tawarkan diri termasuk Syatilla pun ada. Apabila fikir semula, kena juga tahu orang tu minum apa jika dia jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dulu,” katanya.

Soal pengurusan anak ternyata membuatkan Shuib, terus terkenangkan arwah isterinya yang meninggal akibat Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada 9 Ogos lalu.

“Arwah pernah kata, dia serahkan soal jaga Ayash Affan nanti pada saya sebab dah tak mahu bersengkang mata bagi susu atau tukar pampers seperti jaga tiga anak yang lain sebelum ni.

“Saya tak sangka, dia memang serah ‘bulat-bulat’ pada saya untuk jaga seorang diri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *