Uncategorized

Tak Cukup Calon PM dari BN, Asyraf bagitahu ada lagi syarat kena ikut

Ketua Pemuda Umno telah Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan calon perdana menteri untuk BN untuk tidak membuat sebarang perjanjian mengekalkan struktur kabinet kerajaan PN.

Sebaliknya, kata Asyraf, calon itu harus taat kepada titah Yang di-Pertuan Agong untuk mewujudkan sebuah kabinet yang mampu menterjemahkan permuafakatan dan perpaduan semua parti-parti politik dalam tempoh untuk menangani Covid-19.

“Dalam mesyuarat Majlis Kerta Tertinggi (MKT) malam tadi, saya menegaskan bahawa siapapun yang dinamakan sebagai calon perdana menteri daripada BN/Umno, tidak boleh mengikat dirinya dengan apa jua bentuk perjanjian untuk mengekalkan struktur kabinet kerajaan PN yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Tentunya ada sebab dengan penuh hikmah kenapa Tuanku Yang di-Pertuan Agong menitahkan ‘Undi Percaya’ atau ‘Vote of Confidence’ dilakukan di Parlimen untuk mengabsahkan kedudukan Perdana Menteri, setelah dinamakan kelak oleh baginda,” tambah Asyraf.

Umno dikatakan mencapai kata sepakat untuk menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber Umno, persetujuan itu dicapai hasil pertemuan ahli-ahli parlimen parti itu di Kuala Lumpur, semalam.

Dua hari lalu, Asyraf mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan yang dipimpin perdana menteri interim yang yang tidak kontroversi.

Dia tidak menamakan individu tertentu yang akan memenuhi kriteria tersebut tetapi menyorot bahawa mana-mana perdana menteri sementara harus mempunyai mandat yang terbatas berkaitan dengan pemulihan negara.

Dengan sokongan semua 42 ahli parlimen Umno dan BN, Ismail Sabri kemungkinan akan menjadi perdana menteri seterusnya dengan 115 ahli parlimen jika tiada sebarang perubahan pada saat-saat terakhir.

Muhyiddin mengundurkan diri pada hari Isnin setelah kehilangan majoriti.

Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong memerintahkan semua ahli parlimen mengemukakan pilihan perdana menteri mereka, sebelum jam 4 petang hari ini, untuk mengisi kekosongan itu.

Dalam ucapan peletakan jawatannya di televisyen, Muhyiddin menekankan bahawa dia tidak akan bekerja dengan “kleptokrat”.

Hari ini The Star melaporkan bahawa Raja-Raja Melayu akan bersidang pada hari Jumaat, kemungkinan besar untuk membincangkan keputusan 220 anggota parlimen dalam memilih perdana menteri .

Muhyiddin sebelumnya menegaskan dia tidak akan bekerjasama dengan “kleptokrat”.

Difahamkan, dia merujuk kepada beberapa pemimpin Umno termasuk Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak, yang terlibat dalam kes rasuah, dan berperanan memimpin 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin

Rakyat diha.sut untuk percaya pemimpin Umno rakus kuasa – Zahid

Selepas kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata masih terdapat perasaan tidak puas hati sesetengah pihak terhadap Umno.

Kumpulan tersebut, katanya, menghasut rakyat agar mempercayai bahawa Umno yang bersalah, dan menganggap pemimpinnya sebagai “rakus kuasa.”

Menurut Ahmad Zahid, sepatutnya isu sekarang dilihat dari sudut “kegagalan” kerajaan PN menangani pandemik Covid-19 yang kini mengorbankan lebih 13,000 orang.

Katanya pihak yang berang dengan kejatuhan PN sedang memainkan propaganda emosi bagi menggambarkan mereka sebagai mangsa kepada Umno dengan tujuan mengelirukan orang ramai.

Tambah ahli parlimen Bagan Datuk itu, ada dua cara digunakan pihak terbabit selain menggambarkan presidennya rakus kuasa.

“Pertama, memperdaya fikiran rakyat konon patut berasa sedih kerana pemimpin mereka terpaksa meletak jawatan.

“Caranya dengan ‘mewayangkan’ pemimpin mereka hampir berjaya menyelamatkan rakyat dan negara daripada pandemik dan kini tidak dapat meneruskannya kerana kehilangan kuasa dan kini negara dalam bahaya.

“Sedangkan negara sememangnya telah pun dalam bahaya apabila jumlah yang dijangkiti setiap hari kini melebihi jumlah yang sembuh,” katanya dalam kenyataan di media sosial malam ini.

Kedua, kata Ahmad Zahid menghasut fikiran rakyat supaya menyalahkan pimpinan Umno dan presidennya konon rakus kuasa.

“Walhal hakikat sebenar, pemimpin mereka meletak jawatan selepas kegagalan membendung penularan Covid-19.

“Kegagalan itu yang menyebabkan majoriti parti politik dan ahli parlimen hilang kepercayaan, bukan kerana 1MDB, kes mahkamah atau ada pihak mahu merebut kuasa seperti yang dituduh berulang kali dalam perutusan,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, dakwaan tersebut dibuat disebabkan PN terlampau geram dan marah apabila pemimpin mereka kehilangan jawatan dan kedudukan.

“Seperti saya katakan semalam kini masa untuk kita semua perlu memandang ke hadapan selepas pihak yang gagal telah pun diundurkan.

“Namun realitinya kita semua tahu penyokong dan pendukung pihak yang kehilangan kuasa masih tidak puas hati, maka mereka sedang memperhebatkan dakyah ke atas Umno terutama presiden,” katanya.

Tanpa menyebut nama, Ahmad Zahid berkata, sekiranya pemimpin sebelum ini berjaya mentadbir negara dan menguruskan pandemik Covid-19 dengan baik, tiada alasan untuk mana-mana pihak mendesak PN dan pemimpinnya berundur.

“Nasihat saya kepada yang bermati-matian menghasut, menghina, mencerca, memfitnah saya, kepimpinan parti dan Umno, saya memaafkan semuanya dengan iringan doa semoga Allah mengampunkan segala dosa dan kekhilafan kita.

“Rahmat dan reda Allah jualah yang kita harapkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.