Uncategorized

Di Katakan ‘Tak Move On’ Kerana Ugut Video Lama , Sekali Fara Salleh Kongsi Bukti Ni

Nama pelawak, Shuk Sahar kembali menjadi sebutan selepas seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh telah memuat naik video menampakkan seorang lelaki tidak berbaju mirip pelawak tersebut di media sosialnya.

“Sudah2 guna masa silam orang untuk beri ugutan”

Selain video, pelbagai pendedahan telah dibuat wanita tersebut sehingga isteri kepada Shuk Sahar mengeluarkan beberapa luahan di media sosialnya serta mahu hal ini diselesaikan di balai polis.

“Semua pun tahu video tu video lama”

Dalam perkongsian tersebut, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera telah mengajukan soalan kepada suaminya berkaitan video tersebut.

Jadi selebriti berkenaan memaklumkan yang video itu merupakan video lama dan memberi amaran supaya berhenti menjadikan masa silam orang lain sebagai satu bentuk ugutan.

Mereka juga dilihat seakan tidak ada masalah dengan ugutan-ugutan yang berlegar-legar di media sosial melibatkan mereka berdua.

Wanita yang dimaksudkan juga seakan terus-terusan menyerang pasangan tersebut dan masih lagi memuat naik pelbagai pendedahan di media sosial miliknya.

Status IG Fara Salleh yang di tujukan pada isteri syuk mengenai talak 3

Makilah sepuas puasnya. Cakaplah. Aku cuma penat sangat. Aku buka semua ni hari ni sebab bila ada apa apa jadi mesti aku dipersalahkan. Dia cari dia call lepas tu aku juga dipersalahkan kata ganggu rumahtangga orang. Aku dah lari jauh dah.

Telah move on namun masih di ganggu Syuk

Aku dah buat life aku. Tapi mesti aku juga salah. Aku tolak merayu tak nak dah semua ni aku tak sanggup tapi bila dia balik kantoi aku juga salah. Orang kata aku gila tak move on itu ini. Aku blah aku gerak, kau datang balik siap kata nak kahwin, siap call orang tua aku. Siap janji siap cakap kat ayah aku nak jumpa utk kahwin. Lepas tu si isteri post lagi macam macam sedangkan si suami fitnah aku sebab nak selamatkan diri sendiri. Aku dah cakap banyak kali aku minta maaf aku tak nak dah tak bole hadap bnde ni. Aku tak nak. Aku nak happy macam orang lain normal life. Kau kata sabar kejap je.

Play victi.m

Dalam masa sama aku masih jadi mangsa aku dipaksa tutup mulut, aku diugut untuk diam diri. Phone aku dirampas, di delete semua text. Playing victim kata aku paksa itu ini. Last ayat aku malam tadi was “tolonglah shuk, aku ada cita cita ada masa depan.” Allah je tau macam mana and apa dia cakap on the phone mahupun berdepan.

Maruah aku memang hancur habis dah sebab mulut keluarga kau. Hina aku selama ni. Sudahla. Ni bukan meroyan. Tapi sebab pengkhianatan. Kau tau apa kau dah buat shuk. Kau tau apa kau dah cakap. Even isteri kau tak tau apa apa kejadian sebenar. Stoplah gunakan aku, burukkan aku untuk jaga nama kau. Kau ada anak 2 orang perempuan. Semoga Allah membalas segalanya perbuatan kau selama ni pada anak anak kau. Lillahitaala. Mungkin kau bole menipu netizen dengan burukkan aku. Sebab kau artis. Tapi kau takkan dapat tutup kat mata tuhan. Makilah sepuas kamu, hinalah.

Fara Salleh juga berkongsi tangkap layar bukti terima panggilan dari syuk


sumber : Ig fara salleh

Shuk Sahar nak l4wan! Tak tahan tudu.han bekas kekasih, lantik peguam untuk bela diri – “Segala dakwaan adalah tidak benar”

K0NFLIK cinta segi Shuk Sahar seakan-akan tidak berpenghujung apabila kini bekas kekasihnya, Fara Salleh mendedahkan satu salinan laporan polis berhubung dakwaan kes cabul melibatkan pelawak itu.

Enggan membiarkan dakwaan serius itu terus menjadi bualan ramai, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar mula bertindak mengikut undang-undang.

Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang dikenali sebagai Sera membuat laporan polis terhadap Fara di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Peguam yang mewakili pasangan itu iaitu Haziq Aizuddin Subhi berkata kes itu sudah dipindahkan ke Balai Polis Pudu untuk siasatan lanjut.

“Malam tadi saya bertemu Sera dan Shuk di Balai Polis Setapak untuk membuat laporan polis terhadap Fara Salleh yang melemparkan beberapa tuduhan terhadap Shuk.

Shuk dan isteri sudah membuat laporan polis pada malam, Ahad.

“Kes tersebut kini dibawa untuk siasatan di Balai Polis Pudu. Mereka membuat laporan berikutan tuduhan dan ugutan daripada Fara. Segala dakwaan terhadap Shuk adalah tidak benar.

“Mereka juga dalam pertimbangan untuk memfailkan saman fitnah memandangkan apa yang dilakukan Fara itu telah mencemarkan imej Shuk dan ia juga satu penganiayaan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.Sebelum ini, Fara menerusi Instagram miliknya memuat naik salinan laporan polis seorang wanita yang mendakwa pernah manjadi mngsa c4bul oleh Shuk.

Malah, Fara turut berkongsi perbualannya dengan individu tersebut yang mendakwa dic4bul pada Februari lalu di sebuah hotel di Bukit Bintang.

Kami sudah mengumpul bukti dan menyimpan semua paparan skrin perkongsian Fara.
Fara juga didakwa memuat naik sebuah video yang memperlihatkan seorang lelaki dipercayai Shuk tidak berpakaian berada di sebuah bilik hotel namun perkongsian itu sudah dipadamkan.

Dalam pada itu, Haziq memberitahu Shuk juga akan membuat laporan terhadap akaun Instagram Fara di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jelas Haziq lagi, pihaknya juga sudah mengumpul bukti dan paparan skrin kesemua perkongsian Fara yang menuduh serta fitnah anak guamnya.

Fara berkongsi paparan skrin mesej daripada individu yang mendakwa hampir dicabul oleh Shuk.

“Hari ini atau mungkin esok, Shuk akan membuat laporan lanjut di SKMM terhadap akaun Instagram Fara Salleh. Sebab Fara ada memuat naik nombor telefon peribadi Shuk di Instagram.

“Disebabkan perkongsian tersebut, Shuk diganggu dengan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali sepanjang malam tadi sehingga dia terpaksa menutup telefonnya.

“Kami juga sudah mengumpul bukti dan menyimpan semua paparan skrin perkongsian Fara yang melemparkan tuduhan dan dakwaan terhadap Shuk,” ujarnya.

Untuk rekod Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *