Uncategorized

Wartawan terpaksa kongsi satu berita buat Datuk Azizulhasni terus sujud syukur

Pemenang pingat Perak acara keirin di sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang menyampaikan dan menerima khabar yang meng.ejutkan sebaik merangkul kilaun yang sangat didambakan tersebut.

Sambil menangis, Azizulhasni membuka ra.hsia bahawa ayahnya, mengalami midl st.roke dan telah dimasukkan ke h.ospital saat dirinya berangkat ke Jepun untuk mengharumkan nama negara.

“Sewaktu berlumba saya teringat anak, isteri, mak dan ayah di kampung.

“Ayah saya berada di h.ospital. Ayah sa.kit, kena mild st.roke. Tapi adik beradik minta saya fokus dengan perlumbaan ini.

“Tak mudah buat saya. Saya perlu fikir negara,” luah atlet yang digelar The Pocket Rocket Man ini.

Biarpun sempat menyampaikan khabar d.uka, Azizulhasni telah dikejutkan dengan berita gembira apabila wartawan Astro Arena, Bazly Azmi yang diamanahkan menyimpan r.ahsia besar daripada isteri pelumba itu memaklumkan beliau bakal bergelar seorang ayah.

Isteri Azizulhasni, Athiah Ilyana yang berada di Melbourne, Australia, kini hamil anak ketiga mereka.

“Saya simpan ini, Tya hamil anak ketiga,” ujar Bazly.

Mendengarkan khabar gembira itu, Azizulhasni secara spontan dilihat melakukan sujud syukur.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah. Saya tak sabar nak pulang bertemu anak anak dan isteri. Hari hari anak anak tanya bila saya nak balik,” kata Azizul yang sudah dikurniakan dua anak perempuan iaitu Amna Maryam, 8 dan Amna Khadeeja, 5.

Terdahulu, Azizulhasni yang berulang kali meminta maaf kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia kerana tidak dapat membawa pulang pingat emas dalam acara kegemarannya itu.

“Saya asyik teringat anak anak, isteri, mak dan ayah. Saya tinggalkan mak ayah dari saya umur 15 tahun di kampung seorang diri untuk negara.

“Saya harap mereka tak kecewa dengan result saya hari ini, untuk rakyat Malyasia dan sukan negara,” katanya.

Untuk rekod, Azizulhasni telah memenangi pingat gangsa dalam acara sama di temasya Olimpik Rio yang lalu.

VIDEO DISAAT AZIZUL TERIMA BERITA ISTERI MENGANDUNG

“Saya terpaksa berkongsi satu berita gembira yang saya simpan dah  dah lama, isteri mengandung, anak ketiga”

Kenapa Lelaki Menangis

Nak cakap tahniah, rasanya tak cukup sekadar tu. Sebab lelaki ini bukan menangis sebab dapat atau tak dapat pingat saja, tetapi menangis kerana mengenang pengorbanan dan perjuangannya untuk capai apa yang Allah anugerahkan hari ini. Sebut ibu, ayah, isteri, anak-anak, adik-beradik, beserta air mata. Fuhhhhhhhh, saya boleh rasa dia punya perit tu…

Bukan apa, lelaki kalau sampai tahap dia menangis depan kamera masuk TV disebabkan selama ini dia kuat berjuang dan berkorban, maksudnya dia dah sampai limit dia kali itu, maka dia boleh buat orang lelaki lain pun turut mengeluarkan air mata. Boleh faham, kan?

Perak, bukan sekadar pingat perak. Tahniah Dato Azizulhasni Awang, keluarga, pasukan dan negara Malaysia. Bukan sekadar bangga, tetapi bersyukur.

Pingat emas? Tak dapat hari ini tak bermaksud tak boleh dapat esok lusa… FB Syahr Musafir II Ahad 08/08/2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *