Uncategorized

Zahid Umum tarik sok0ngan,ini parti ini yg akan jadi ‘ king maker’ menentukan n4sib Muhyiddin

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri jika ura-ura bahawa Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) bergabung dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) menjadi kenyataan.

Berdasarkan kepada analisis pemerhati politik gabungan ahli Parlimen tiga parti itu bersama dengan pecahan ahli Parlimen UMNO yang tidak menyokong tindakan Presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mampu mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan.

Menurut mereka, berdasarkan kedudukan terkini kerusi Parlimen Pakatan Nasional (PN) masih ada 103 kerusi iaitu Bersatu (31), Pas (18), Star (1), PBS (1), serpihan UMNO (26), MCA (2), MIC (1), PBRS (1), GPS 18 dan bebas (4).

Gabungan ini kurang lapan kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah iaitu 111 kerusi daripada 222.

Pakatan Harapan (PH) pula hanya ada 92 kerusi iaitu PKR (35), DAP (42), Amanah (11), PSB (2), Muda (1) dan bebas (1). Mereka memerlukan 19 kerusi untuk dapat majoriti mudah,

UMNO yang masih bersama Ahmad Zahid pula dikatakan hanya ada 12 kerusi.

Sementara gabungan Bersatu, Warisan dan UPKO mempunyai 13 kerusi.

Berdasarkan kepada angka-angka ini, kem Tun Dr. Mahathir Mohamad dikatakan bakal menjadi penentu dalam membentuk kerajaan.

Jika PN bergabung dengan kem Dr. Mahathir, maka mereka akan mempunyai 116 kerusi untuk membolehkan membentuk kerajaan,.

Jika PH bergabung dengan UMNO yang bersama Ahmad Zahid mereka hanya ada 104 kerusi gagal mempunyai majoriti mudah.

Jika PH mahu membentuk kerajaan mereka bukan sahaja perlu bergabung dengan UMNO (Ahmad Zahid) tetapi juga dengan kem Tun Mahathir.

Berdasarkan analisa ini kem Dr. Mahathir jelas menjadi penentu kepada percaturan untuk membentuk semula kerajaan selepas PN hilang majoriti ekoran tindakan Ahmad Zahid bersama 11 ahli Parlimen UMNO menghentikan sokongan kepada kerajaan.

Apa Yang Berlaku Kini, Tun M Dah Jangka

“It is 10 month late!” kata Dr Dzulkefly, bekas Menteri Kesihatan kepada Adham Baba dalam sidang khas Parlimen Menteri Kesihatan baru-baru ini kerana tak ikut nasihat pakar kesihatan, sekarang baru nak buat.

Begitu juga dengan krisis politik negara kita.

Tun Mahathir telah memberi amaran kepada Tan Sri Muhyiddin, ‘UMNO supports is so fickle’ itu sebijik ayat Tun. Akhirnya, almost setiap bulan Muhyiddin (atau Mahiaddin) menerima ugutan dari UMNO dan akhirnya hari ini mereka secara rasmi 11 orang atau lebih keluar dari kerajaan & tidak lagi menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Tun Mahathir was right.

Dalam mesyuarat BERSATU terakhir Tun Mahathir, Tun Mahathir merayu supaya jangan tarik dari kerajaan Pakatan Harapan, kita perlu fokus kepada krisis kesihatan dan ekonomi akibat COVID19 walaupun masa tu tidak terlalu teruk seperti hari ini. Tun M kata, rakyat akan hukum kita kalau kita terus berpolitik.

Tun Mahathir was right again.

Ketika kali terakhir Mahiaddin bertemu Tun Mahathir di Pejabat PM, Mahiaddin cakap nak jadi PM. Tun Mahathir persoal, “Are you okay terima Najib dan Zahid”. Dia jawab “Saya setuju. Politik dulu, prinsip kemudian”. Tun M dalam nada kecewa, ‘Kalau nak ikut lah’. Sepanjang setahun 6 bulan, mereka sentiasa menerima ugutan.

Tun Mahathir was right again and again.

Dalam pertemuan terakhir Tun Mahathir dengan pemimpin-pemimpin di Perdana Putra, sama ada kerajaan mahupun pembangkang, Tun Mahathir memberi idea kerajaan perpaduan.

Sayangnya, mereka menolak. Termasuk Kit Siang dan beberapa orang lagi. Mereka kata Tun Mahathir nak jadi diktator.

Dalam antara ucapan terakhir Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, beliau sudah menjangkakan apa yang berlaku hari ini. Beliau mencadangkan kerajaan perpaduan. Letak politik kat tepi.

Krisis kesihatan ini akan berlanjutan lama. Lepas pilihanraya buat lah haluan masing-masing.

Namun masa tu semua dah menggelupur dengan kuasa.
Again and again, Tun Mahathir was right.

Seorang demi seorang pemimpin yang dulu nya menolak kerajaan perpaduan yang dicadangkan Tun Mahathir, mencadangkan kerajaan interim, kerajaan campuran, kerajaan moratorium politik – kesemuanya menggunakan konsep yang sama kerajaan perpaduan.

Sudah terlambat? Ya. But better late than never.

Tun Mahathir masih konsisten, beliau mencadangkan lagi sekali, badan professional bagi menangani krisis, siap bagi list nama kali ni. Masih tak dengar cakap Tun?

Cukuplah. Ini bukan soal kuasa, tapi soal rakyat.

Hari ini, kerajaan ini secara moralnya telah tumbang. Apa solusi kita hari ini?

Kepada Mahiaddin dan rakan-rakan dalam BERSATU, bak kata seorang peguam,

“Bila naikmu dengan mengkhianati, jatuhmu juga dengan dikhin.ati”

kredit: Adam Mukhriz

Pejuang enggan ulas perkembangan politik semasa

SHAH ALAM – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengambil pendirian tidak membuat sebarang ulasan berhubung perkembangan politik semasa.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, parti itu merafak sembah menjunjung kasih di atas titah Yang di-Pertuan Agong agar fokus perlu diberikan kepada krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda rakyat sejak lebih 17 bulan akibat pandemik Covid-19.

“Pejuang mengambil pendirian tidak mengulas mengenai perkembangan mutakhir yang dicetuskan oleh pelbagai pemimpin parti politik,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata, hasrat parti itu ialah mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara supaya dapat menggembleng tenaga pakar bagi memberi tumpuan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Terdahulu satu kenyataan palsu telah disebarkan di media sosial kononnya parti itu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *