Uncategorized

Bagi alasan mahu memeriksa mesin daftar tunai, rupanya ada niat lain buat juruwang ini tergamam

Kuala Selangor: Berpura-pura menghubungi majikan mngsa dengan alasan mahu memeriksa mesin daftar tunai (cash register) sebelum melarikan wang.

Itu taktik digunakan seorang lelaki bagi memperdaya seorang juruwang sebuah restoran di Bandar Puncak Alam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, dalam kejadian 6 petang itu, mangsa berusia 18 tahun bertugas di kaunter bayaran sebelum didatangi sus.pek.

Katanya, dalam masa sama suspek bercakap menggunakan telefon bimbit dan memberitahu mngsa kononnya dia sedang menghubungi majikannya untuk memeriksa mesin daftar tunai.

“Suspek kemudian dipercayai mengambil duit (dalam mesin daftar tunai) dengan alasan ‘mahu cepat’ sambil bercakap menggunakan telefon.

“Suspek melakukan perkara itu dalam tempoh empat minit sebelum bergegas keluar dari restoran itu,” katanya tadi.

Menurut Ramli, tidak lama selepas itu, mangsa tersedar dan terus bertanya majikannya jika suspek lelaki itu ada menghubunginya.

Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki memperdaya juruwang di sebuah restoran di Bandar Puncak Alam, semalam. FOTO IHSAN PEMBACA

“Bagaimanapun, majikan mangsa menafikan lelaki terbabit menghubunginya. Anggaran kerugian adalah RM 900. Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disi4sat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Dalam pada itu, Ramli berkata, ketika kejadian suspek memakai pelitup muka selain mangsa mendakwa tidak dapat mengenal pasti wajah lelaki itu.

Katanya, siasatan mendapati suspek juga tidak mengimbas kod MySejahtera.

“Saya ingin mengingatkan semua pemilik premis di daerah Kuala Selangor supaya mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera.

“Sesiapa yang ingin berurusan (di premis), tidak kira juruteknik atau sesiapa sahaja, wajib menggunakan aplikasi ini,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung kejadian di restoran terbabit.

Dua video dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di premis berkenaan mendapat perhatian netizen dengan rata-ratanya menyel4r dan mengec4m tindakan suspek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *