Amalan

Baru je buka Langkawi untuk pelancongan, sudahnya 5 kes positif c0vid dikesan. Ini reaksi Dr Noor Hisham

Lima kes positif dikesan hasil saringan C0vidl9 terhadap individu mahu berlepas menerusi pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 2,546 individu disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi sehingga 12 tengah hari.

Beliau berkata, jumlah itu membabitkan 1,250 individu disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 individu melalui feri di Kuala Perlis.

“Seramai 2,528 individu menjalani ujian RTK-Ag (kendiri) dan lima kes positif C0vidl9 dikesan manakala enam individu menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang dan semua keputusan adalah negatif.

“Baki 12 kanak-kanak di bawah enam tahun tidak menjalani ujian C0vidl9 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, lima kes dikesan positif adalah kategori satu iaitu tidak bergejala dan diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari.

Beliau berkata, kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik seterusnya.

“Projek rintis ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ia berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu.

“Atas sebab itu, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi sudah menerima vaksinasi lengkap, bukan kes positif Covid-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan untuk membawa negara keluar daripada kemelut pandemik ini tidak hanya boleh bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu didokongi usaha sama semua pihak dan lapisan masyarakat.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam apa keadaan sekalipun bagi menjaga keselamatan diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling.

“Amalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan mencuci tangan dengan kerap. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau selepas pulang dari Pulau Langkawi, segera dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan C0vidl9.

“Jika masyarakat mengambil mudah kelonggaran diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan menjadi lebih teruk.

“KKM mengucapkan jutaan penghargaan atas kerjasama dan sokongan diberikan pelbagai pihak dan agensi dalam merealisasikan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi,” katanya.

Sumber: HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *