Amalan

Cecair kemerahan yang mengalir di Tanah Perkubvran, ini penjelasan Ahli Majlis Bandaraya Seremban

Seremban: Cecair kemerahan yang mengalir di Tanah Perkub.uran Islam Forest Height Senawang di sini, dikenal pasti bukan dar4h namun siasatan masih dijalankan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri Sembilan.

Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Datuk Ibrahim Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati cecair berkenaan bukan dar4h seperti yang tular di media sosial.

Menurutnya, pihaknya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani dan Datuk Bandar MBS Datuk Masri Razali serta Setiausaha MBS Mas Midyawan Yahya sudah melawat lokasi kejadian pada petang hari ini.

Katanya, pihaknya juga sudah diberikan penerangan oleh pegawai JMG Negeri Sembilan mengenai fenomena yang berlaku di tanah perku.buran itu.

“Kami dimaklumkan bahawa tapak asal tanah perku.buran terbabit adalah tempat berpaya dan berair serta terdapat beberapa kolam di kawasan itu.

Cecair merah mengalir di kawasan Tanah Perku.buran Islam Forest Height Senawang di Seremban menimbulkan kegemparan orang ramai di kawasan sekitar hingga tular di media sosial. Foto Ihsan Pembaca

“Malah, batu di tapak berkenaan adalah jenis merah mengandungi mineral besi. Interaksi antara batu, air dan tanah menghasilkan oxide (karat) berwarna merah.

“Sebab itu air yang mengalir di sekeliling kawasan perku.buran itu berwarna merah, namun ia bukan dar4h seperti dakwaan sesetengah pihak. jika dilihat dengan mata kasar pun jelas tidak menyerupai dar4h,” katanya ketika dihubungi.

Ibrahim berkata, tanah perkub.uran berkenaan diwujudkan menerusi wakaf dan ketika ini MBS menutup sementara berikutan tapak itu sudah penuh.

Menurutnya, tapak berkenaan akan dibuka semula sebaik projek tapak baharu yang terletak bersebelahan siap sepenuhnya.

“Ketika ini, projek kawasan perk.uburan yang baharu dan masih kosong itu belum boleh beroperasi dan apabila siap nanti, ia akan dibuka bagi urusan pengebumi4n jen4zah.

“Buat sementara ini, semua urusan pengebumian jenazah dilakukan di Tanah Perkubu.ran Islam Bandar Ainsdale Seremban,” katanya.

Katanya, berbanding tanah perku.buran Senawang yang terdapat air bertakung dan banyak laluan air, tanah k.ubur di Bandar Ainsdale dibuat dengan teliti dan di tapak yang strategik serta kawasan tinggi.

Terdahulu, tular gambar mengenai kawasan perkub.uran itu yang dipenuhi cecair merah seperti dar4h mengalir di celah-celah ku.bur sehingga menimbulkan kegemparan orang ramai.

Mereka mendakwa cecair berkenaan adalah dar4h yang keluar daripada ku.bur berkenaan.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.