Hiburan

Cik B Dah Restu Perkahwinan Dengan Vida, Tapi Ada Satu Syarat Buat Iqbal Kecewa

Kisah percintaan usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Iqbl Zulkefli masih menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial. Terbaru, anak lelaki Vida, Kacak tampil memohon maaf secara peribadi dengan Iqbal atas gurauan yang dibuat menerusi aplikasi TikTok serta kenyataan yang telah dikeluarkan.

Saya tahu dah sakltkan hati

Menerusi Instagram Stories, Iqbal mendedahkan tangkapan skrin perbualan di WhatsApp bersama Kacak.Kacak, 14, atau nama Muhammad Eric Zecquan mengakui kesal dengan kesilapannya dan berharap agar Iqbal memaafkan dirinya yang telah terlanjur berkata.

Tidak terhenti di situ, Iqbal meminta penjelasan daripada Kacak sebab dia diperlakukan sebegitu.

Cik B dah restu, mintak mercedes

Sekarang beliau merayu untuk saya kembali, namun saya rasa terlalu kecewa setelah terlalu banyak perkara di putar belit sehinggakan menjatuhkan maruah saya. Berkali-kali.

Katanya Cik B sudah setuju kami berkahwin, namun ada satu syarat. Syaratnya adalah saya perlu belikan Mercedes yang bernilai RMljuta lebih. Saya berasa kecewa kerana terlalu merumitkan perkahwinan. Jika serius, percepatkan pernikahan bukan ciptakan drama terlalu banyak sehingga masyarakat berasa dipermainkan. Selepas berkahwin, jauh lebih besar saya boleh bantu.

Menerusi hantaran yang berbeza, Iqbal turut mendedahkan Cik B sudah memberi ‘green light’ untuk perkahwinannya dengan Vida yang dijangka Disember ini. Namun kata Iqbal, Cik B ada meletakkan syarat iaitu menginginkan sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang bernilai lebih RM1 juta. Dalam pada itu, usahawan berusia 27 tahun ini memohon agar orang ramai memberi sokongan serta mendoakan untuk kebahagiaanya.

Baru Jer Kisah Cinta Jadi Bahan Jenaka Dan Dibuat Parodi, Sekali lqbal Bersuara, ‘Saya Pun Ada Perasaan’

” Pagi-pagi lagi saya dah nampak orang kongsi vdeo par0di tentang saya dan DSV..”

Itu luahan bekas pembantu peribadi (PA) kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Ahmad lqbal Zulkefli apabila kisah cinta beliau menjadi bahan jenaka.

Menurut lqbal, 27, beliau mengakui tersinggung dengan tndakan segelintir pihak mempers3ndakan kntroversi mereka.

lqbal berkata, dia menyedari banyak content vdeo yang dihasilkan oleh ntizen di media sosial termasuklah program televisyen menggunakan kntroversinya itu sebagai bahan hiburan dan jenaka.

Mengakui pada awalnya terasa hati, lqbal bagaimanapun berkata, dia memilih untuk kekal positif dengan usikan itu kerana menganggap hanya dia dan Vida sahaja mengetahui apa yang sedang berlaku.

” Sebelum ini banyak juga vdeo sinis mengenai kami di laman sosial.

” Sejujurnya saya sedikit terasa hati apabila isu serius ini orang buat main-main, sedih apabila tonton vdeo-vdeo sebegitu.

” Tapi bila fikir balik nanti orang kata saya hati tisu pula, sedangkan saya pun ada perasaan juga.

” Apabila ada orang jadikan ia bahan untuk gelak, saya rasa sedih tapi tak apa la kalau itu boleh buatkan mereka happy, saya pun tak boleh nak buat apa!” katanya kepada mStar.

Menerusi Instagram, lqbal ada berkongsi beberapa vdeo memperlihatkan ntizen mengajuk semula aksi dan ucapan Vida semasa melakukan kejutan ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

Malah, program hiburan MeleTOP juga tidak ketinggalkan menyiarkan vdeo par0di berkaitan kntroversi mereka. itu.

Dalam vdeo itu, Catriona Ross, Jihan Muse dan Danial Zaini dilihat melakonkan semula sebahagian aksi yang dimuat naik oleh lqbal di Instagram sebelum ini.

Sementara itu, lqbal menegaskan kisah cintanya dengan Vida bukanlah gimik atau sengaja dicipta untuk mengejar populariti.

” Saya kena hentam bertubi-tubi… sampai saya pun tak tahu nak bercakap apa lagi sebab semua yang saya beritahu media adalah jujur.

” Demi Allah, ini bukan marketing semata-mata meskipun benar beliau ada selitkan promosi produk dan saya memberitahu kepada DSV, jika saya lebih dikenali saya mahu bantu menaikkan sales syarikat beliau.

” Apa yang boleh saya kata, perancangan kami untuk berkahwin adalah bukan marketing,” ujarnya.

Beberapa hari lalu lqbal tampil memohon maaf atas kisah yang berlarutan dan mengambil keputusan agar tidak lagi meletakkan harapan untuk berkahwin dengan Vida yang dikatakan enggan menuju ke fasa berumah tangga.

“Pertama, saya memohon maaf atas viral yang berleretan tentang hubungan saya dengan Datuk Seri Vida. Keputusan saya, saya tidak akan lagi berkeras untuk jadikan Datuk Seri Vida sebagai isteri.

” Seandainya dia sendiri tidak menuju ke arah perkahwinan. Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah.

” Saya tetap menyayangi dia seperti biasa. Saya reda jika kami tidak berjodoh. Setiap waktu saya serius katakan bahawa saya mahu berkahwin.

” Saya perjuangkan hubungan ini, namun saya risau cinta dia tidak seteguh seperti pengorbanan saya. Saya risau, di saat saya sakit, jatuh adakah dia sanggup ada bersama saya,” katanya menerusi Instastory.

Malah lqbal turut memberitahu dia tidak pernah menerima sebarang pemberian barangan mewah daripada Vida sepanjang tujuh tahun mereka berkenalan namun mengakui wanita itu banyak melaburkan duit kepadanya.

” Demi Allah, ini bukan marketing semata-mata meskipun benar dia ada selitkan promosi produk. Namun, perancangan kami untuk berkahwin bukan marketing.

” Sepanjang hampir tujuh tahun saya mengenali dia, saya tidak pernah menerima apa-apa pemberian barangan besar kecuali pakaian kerja.” luahnya.

Sumber:mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *