Amalan

Ebit Lew tgh bercuti di langkawi, sekali Firdaus Wong ded4h video sump4h lakn4t didakwa abang mngsa

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung hari ini mendedahkan sebuah klip video sumpah laknat seorang individu menerusi saluran Telegram miliknya, hari ini.

Rakaman klip video berdurasi 46 saat memaparkan seorang lelaki dari bahagian belakang itu mengakui dirinya merupakan abang kepada mngsa ser4ngan seksu4l yang didakwa membabitkan seorang pendakwah popular.

“Setelah perbualan saya bersama mngsa dan ahli keluarganya menerusi Google Meet selama hampir dua jam kelmarin, ahli keluarga mngsa yang sangat ‘supportive’ (kuat menyokong) ini meminta saya kongsikan video sumpah lakn4t mereka.

“Ini adalah video sumpah laknat (mubahalah) dari abang mngsa sebagai saksi bagi membuktikan adiknya menerima mesej serta panggilan video luc4h berkenaan sehingga mengalami kemurungan, tek4nan dan cuba membu.nuh diri,” tulisnya.

Tangkap layar video sumpah lakn4t abang kepada mangsa serangan seksual yang didakwa membabitkan pendakwah selebriti.

Beliau yang juga merupakan Pengasas dan Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata, akan tiba masanya mereka akan tampil ke khalayak ramai demi menyatakan sebuah kebenaran.

“Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu. Ini adalah keluarga contoh yang menyokong jihad ahli keluarga mereka yang menerima mesej terkut.uk sebegitu,” ujarnya.

Sumber : Telegram Firdaus Wong Rightwards arrow https://t.me/brofirdauswong

Tulisan itu dilihat lebih 50,000 kali dan kali terakhir disunting pada pukul 9.11 pagi hari ini.

Sebelum itu, Firdaus Wong turut memuat naik tulisan menyatakan mngsa serta ahli keluarga beberapa individu terlibat ada menghubungi dirinya untuk memberi kata-kata semangat.

“Antara kata-kata mereka, ‘brother’ kena terus kuat untuk terus memberikan kekuatan kepada kami. Bila kami lihat ‘brother’ kuat, maka kami pun jadi kuat semula.

“Kami kasihan ‘brother’ kena maki hamun setiap hari kerana mahu menegakkan keadilan buat kami. Kami baca komen-komen itu semua terasa macam hendak balas tetapi kami ingat pesan ‘brother’ agar kami bersabar,” tulisnya.

Semalam, Firdaus Wong menerusi laman Facebook miliknya memuat naik satu hantaran yang antaranya menyatakan akan ada sesuatu yang besar bakal berlaku dalam sehari dua ini.

Tak Hirau Kontr0versi, Ebit Lew Tenang Bercuti Dengan Keluarga Di Langkawi

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Namun Ebit memilih untuk berdiam diri dan dilihat tenang bercuti bersama keluarga.

Menerusi Facebook, Ebit sempat berkongsikan sekeping fotonya bersama isterinya bercuti di Langkawi. Ebit berkata akhirnya dapat bercuti bersama keluarga sebelum meneruskan misi bantuan.

Sementara itu di Instagram, Ebit ada memuat naik video memaparkan dirinya bersama bidadarinya melakukan aktiviti menaiki jet ski di pulau peranginan di sana.

Dalam entri tersebut, Ebit meluahkan rasa syukur dipertemukan pasangan baik dalam hidupnya serta menitipkan nasihat supaya menghargai orang yang kita cintai kerana Allah.

“Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana.

“Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga. Bidadariku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat Redha Allah.

“Hidup hanya untuk Allah sayang. Redha Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan,” tulisnya.

Semalam, kecoh di media sosial apabila penceramah bebas, perbualan lucah didakwa milik Ebit Lew. Menurutnya, pendedahan itu dibuat adalah permintaan daripada mngsa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *