Uncategorized

Isu Pertelingkahan Sesama Artis, Nourul Depp Mula Bersuara – “Saya Mahu Pesan Tak Kisah Pada Sesiapa Pun…,”

aru-baru ini, penyanyi Nourul Depp ada menyuarakan pendapat berhubung isu pertelingkahan yang sering berlaku dalam industri hiburan membabitkan sesama selebriti tanah air.

Sebagai penyanyi yang sudah menceburi dunia hiburan lebih 20 tahun, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abd Wahab berpendapat situasi ini berlaku susulan situasi pandemik Covid-19 negara.

Selain itu, penyanyi berusia 44 tahun ini mengatakan setiap individu itu berhak untuk tersinggung sekiranya kata-kata yang dilontarkan itu boleh mencemarkan imej dan maruah.

“Sebenarnya situasi ini berlaku disebabkan situasi yang banyak huru-hara dengan keadaan pandemik, politik dan macam-macam. Saya nak pesan kita bukan lagi kanak-kanak, memang kita ada hak untuk bersuara.

“Saya tahu mengenai perkara ini tapi dari segi perincian memang saya tidak ambil tahu, lebih-lebih sebab saya pun sibuk dengan hal saya.

“Sebolehnya, tak mahu bebankan saya punya fikiran dengan perkara yang menyempitkan untuk kita tengok dan perbetulkan diri kita,” katanya.

Dia pada masa sama menjelaskan, adalah sangat penting untuk berfikir secara waras dan rasional sebelum melontarkan kata-kata kepada orang lain agar situasi seperti ini dapat dielakkan.

“Dalam situasi sekarang yang huru-hara dengan macam-macam membuatkan kita mungkin tidak berfikir dan bercakap secara betul.

“Jadi berfikir sebelum kita bercakap, ada pihak yang berhak untuk terasa hati sebab kita semua manusia.

“Bila dah bawa perkara ini sampai ke mahkamah dan sebagainya, individua atau artis itu dia ada hak kalau dia rasa benda itu boleh merosakkan nama baik dia.

“Jadi sebelum berlaku lagi perkara seperti itu, saya mahu pesan tak kisah pada sesiapa pun untuk kita berfikir dahulu sebelum berkata apa-apa,” katanya lagi.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Kerana Terluka ini berkongsi hal tersebut serta pelbagai kisah lain melibatkan dirinya menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan, baru-baru ini.

Bicara sam4n fitn4h RM2.5 juta Siti Nordiana terhadap lima defendan 29 September

Dalam perkembangan lain, Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 29 September ini bagi perbicaraan tuntutan sam4n RM2.5 juta penyanyi Siti Nordiana Alias terhadap lima defendan termasuk dua rakan artis atas dakwaan memfitnahnya di platform Instagram.

Kelima-lima defendan termasuk penyanyi Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof, 36, dan isterinya, Nur Sheila Hassim, 36, serta penyanyi Syura atau Zuraidah Badron, 35.

Dua lagi ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 43, serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 42.

Hakim Zulqarnain Hassan menetapkan perbicaraan didengar selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 September ini menerusi aplikasi Zoom.

Beliau turut mengarahkan Siti Nordiana, 37, atau lebih dikenali sebagai Nana (plaintif) dan defendan-defendan memfailkan dokumen pra perbicaraan dua minggu sebelum perbicaraan bermula manakala pernyataan saksi, seminggu sebelum itu.

Mahkamah turut menetapkan 13 September ini agar plaintif memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan.

Perkara itu dimaklumkan kepada pihak media oleh peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili Siti Nordiana selepas pengurusan kes sam4n itu yang dijalankan di hadapan hakim berkenaan secara dalam talian (e-Review).

Prosiding itu turut disertai oleh Azlan Abdul Razak yang mewakili Lan Solo, isterinya serta Syura manakala Nurul Hafidzah Hassan bertindak bagi pihak Sam dan Razidah.

Pertelingkahan di antara Siti Nordiana dan lima defendan gagal menemukan titik penyudah apabila penyanyi itu memfailkan sam4n bagi menuntut ganti rugi RM2.5 juta atas dakwaan memfitnahnya secara langsung dalam laman Instragram.

Dalam sam4n tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Menurut writ sam4n yang dihantar secara e-mel, beberapa perkara telah dinyatakan iaitu permohonan maaf secara terbuka dalam media sosial dan terbitan akhbar serta tuntutan ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan yang secara keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Foto: Instagram Nourul Depp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *