Entertainment Hiburan

King Coco bru sah bercer4i, sekali Caprice ajak video call. Tapi lokasi buat ramai tak puas hati

King Coco mengesahkan dirinya kini sudah bercerai dengan suami, Azrin Anas Abdul Shukor.Dedah King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, 24, dia kini kembali solo namun enggan memaklumkan tarikh mereka bercerai.

“Saya dah lama dah, no longer married. Saya dah lama dah tidak berkahwin dan saya pun dah habis edah… Dah lama pun.Saya sekarang hidup dalam dunia saya tanpa sesiapa, tanpa kekasih atau suami,” katanya menerusi hantaran video di Instagram.

Pendedahan itu dibuat King Coco bagi mengelakkan individu tertentu diganggu.

“Saya tak nak cakap pasal kehidupan peribadi saya, tapi saya kena buat sebab ada orang telah diganggu. Jadi saya perlu jelaskan sekali lagi,” ujarnya.
King Coco dan Azrin Anas telah berkahwin pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Dia menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial kerana gaya percakapan pelat dan mengaku lahir dari banyak darah campuran dalam keluarga.

Caprice Ajak Video Call Dlm Blik Air

Dalam perkongsian terbaru Caprice, dia kongsikan berita King Coco cerai dan captionnya tidak dapat dipastikan sama ada dia bergurau atau sebaliknya. Captionnya ajak King Coco video call dalam bilik air buat orang ramai tidak senang dan meyelarnya.

 


capriceofficial: Hahahah @ohhmymedia.cc boleh tak tolong bagi number caprice kat dia so boleh video call dalam bilik air

Namun kapsyen yang ditulisnya telah mengundang kem4rahan netizen selain mendakwa tindakan Caprice itu mel4mpaui batas.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendakwa kapsyen yang ditulis Caprice itu berbaur g4ngguan sek.sual

Meninjau ke ruangan Instagram Story, Caprice dilihat telah menghubungi King Coco menjelaskan situasi sebenar.

King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail nampaknya tidak berkecil hati dengan apa yang diperkatakan. Selebriti media sosial itu turut dilihat memberikan kata-kata semangat buat Caprice.

Sebelum ini, PU Syed telah menegur dan memperbetulkan Caprice susulan kenyataan bersumpahnya baru-baru ini.

Caprice sebelum ini lantang melakukan pendedahan demi pendedahan melibatkan kelakuan tidak baik seorang pendakwah.

“Sumpah Hendaklah Hanya Dilakukan Dengan Nama Allah” – PU Syed Tegur Caprice

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menegur dan memperbetulkan penyanyi rap, Caprice susulan kenyataan bersumpah baru-baru ini.

PU Syed menerusi hantaran di akaun Instagramnya memaklumkan kenyataan sumpah yang sebetulnya hendaklah dilakukan dengan menggunakan nama Allah SWT.

“Buat saudara Aris bin Ramli aka Caprice, khas dan semua amnya, sumpah hendaklah hanya dilakukan dengan menggunakan nama Allah SWT atau salah satu sifat-Nya.

“Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang ingin bersumpah, maka hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau lebih baik diam.”

“Riwayat Imam al-Bukhari (3836) dan Imam Muslim (1646),” jelasnya,

Dalam pada itu, PU Syed juga memberi nasihat dan berpendapat bahawa yang sepatutnya mengangkat sumpah adalah orang yang didakwa.

“Nasihat ambe, yang perlu bersumpah itu adalah beliau, bukan Caprice. Namun setakat ini belum nampak dia nak bersumpah.

“Sedangkan di dalam hadis ada menyatakan (bukti bagi yang mndakwa dan bersumpah bagi yang didakwa). Wallahualam,” tulisnya.

Terdahulu, Caprice telah melakukan pendedahan demi pendedahan melibatkan kelakuan tidak baik seorang pendakwah.

Disebabkan itu juga, Caprice telah bersumpah atas nama ibu dan bapanya bahawa dia mengenali perangai sebenar pendakwah tersebut.

Sumber: IG Caprice

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *