Hiburan

Keadaan Terkini Rumah Tngga Persis Model Yg Berkahwin Dgn LeIaki lndonesia

Pasti ramai masih ingat dengan pasangan sejoli, Nur Khamid dengan PoIIy Alexandria yang pernah menggemparkan media sosial pada 2018 gara-gara hubungan percintaan mereka sehingga ke jenjang pelamin.

Meskipun sudah tiga tahun berlalu, masih ramai belum mengetahui bagaimana cara lelaki berasal dari Magelang itu memikat hati wanita cantik berkulit putih tersebut, lapor Suara.com.

Pasangan asalnya bertemu di Pantai Double Six, Seminyak, Bali. Nur Khamid ketika itu bekerja sebagai Jurulatih Meluncur di Bali, sementara PoIIy merupakan pelancong yang sedang bercuti di Kota Dewata itu.

Berdasarkn maklumat daripada video di YouTube Nur Khamid berjudul Once in a Lifetime, lelaki itu menceritakan fakta unik mengenai cara dia mendekati wanita itu.

Katanya, dia mula tertarik dan berhasrat ingin berkenalan dengan gadis Eropah itu ketika melihat PoIIy sedang berjemur di tepi pantai.

Lelaki itu menggunakan taktik mengguling-gulingkan badannya sehingga menarik perhatian wanita itu. Dipendekkan cerita, dia berjaya mengenali PoIIy lebih lanjut dan mengajaknya ke kedai makan.

Selepas itu, mereka bertukar-tukar nombor telefon dan sentiasa berhubung kerana jarak memisahkan mereka berjumpa secara fizikal.

Cinta mereka ternyata kuat sehinggalah disahkan menjadi pasangan suami isteri pada 18 Disember 2018.

Selepas tiga tahun berkongsi kasih dan menjalani kehidupan bersama, mereka akhirnya dikurniakan seorang anak, Mac lalu. Berita gembira itu diumumkan dalam Instagram milik mereka berdua.

Namun, jantina dan rupa paras bayi itu masih menjadi teka teki kerana pasangan itu masih merahsiakan sehingga sekarang.

Sejujurnya, kami tidak menyangka ini semua terjadi…

Sementara itu, PoIIy dalam satu temubual beberapa tahun sebelum ini menceritakan detik perkenalan mereka dengan terperinci.

” Sejujurnya, kami tidak menyangka ini semua terjadi. Apa yang kami mahukan adalah ikatan perkahwinan yang sah, jadi kami sangat terkjut dengan apa yang terjadi keesokkan harinya di mana menerima banyak panggilan dan mesej.

” Malah ramai bertanyakan tentang kisah cinta kami serta mahu melakukan sesi temubual. Pada mulanya, saya ingatkan telefon bimbit saya rosak.

” Kami sangat berterima kasih atas segala sokongan yang diterima, dan kami berharap kisah ini dapat memberikan inspirasi kepada orang lain.

” Pertama kali kami bertentang mata di sebuah pantai di Bali dua tahun lalu. Nur bekerja sebagai seorang pemandu pelancong.

” Suatu hari Nur mendekati saya, namun saya tidak endahkan pada mulanya. Namun, selepas beberapa kali percubaan, dia mengajak saya keluar makan tengahari.

” Dengan berkata ya, itu adalah keputusan terbaik pernah saya lakukan dalam hidup saya. Kami bermula dengan sangat baik, dan apabila pulang ke England barulah saya menyedari betapa saya merindui dan nyata sudah jatuh cinta padanya.

” Ramai berbicara tentang fizikal dan rupa apabila melihat kami berdua bersama. Cinta bukan tentang luaran semata. Kami cuma dua insan bertuah yang menemui cinta pada satu sama lain.

” Yang pasti, dia adalah insan paling luar biasa pernah saya jumpa. Dia baik dan sentiasa berlembut, lelaki yang paling saya percayai, dan dia juga bijak membawa diri.

” Ada masanya kita akan terus serasi apabila berhadapan dengan seseorang, dan itu yang saya alami apabila bersama Nur. Saya tidak akan ubah apa-apa. Saya sayangkan dia.

” Kami percaya kepada ketentuan Tuhan, dan walau apa saja yang terjadi, kami akan menempuhnya bersama-sama.

” Yang pasti, perhubungan jarak jauh ini sangat sukar kerana anda pasti saling merindui. Namun saya percaya, dalam mana-mana perhubungan kepercayaan paling penting.

” Tanpa rasa percaya, saya pasti ikatan ini tidak akan berjaya. Ya ia agak sukar pada mulanya. Namun, apabila anda percaya dia adalah orangnya, semuanya jadi mudah.

Sementara itu PoIIy turut berbicara tentang bagaimana perhubungan ini membuka mata anda akan keindahan agama Islam itu sendiri.

” Saya bernasib baik kerana dikelilingi ramai kenalan Muslim dan sejak dari kecil, memang sudah ada niat untuk menukar ke agama Islam.

” Semakin saya dewasa, keinginan saya untuk mempelajari Islam semakin menebal. Dan kini, Islam hidup dalam diri dan saya bersyukur menjadi sebahagian darinya.

” Saya mohon agar semua untuk mendoakan saya.” akhiri PoIIy.

Sumber:utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *