Uncategorized

Lah Ahmad kongsi rakaman terperangkap di tingkat 31 – “Semua cem4s… terduduk kami”

PENYANYI Lah Ahmad berdepan detik mencemaskan apabila dia bersama empat orang kru produksi terperangkap dalam lif di aras 31 sebuah bangunan yang terletak di Cheras.

Berkongsi pengalaman malang itu, Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad berkata, kejadian itu berlaku berikutan lif yang dinaiki mengalami gangguan teknikal.

“Kejadian berlaku lebih kurang jam tiga petang, ketika itu saya ada shooting untuk rancangan terbaharu.

“Kami ke tingkat atas bangunan untuk dapatkan footage di bahagian outdoor, selepas selesai kami mahu turun ke tingkat bawah.

“Bila masuk ke dalam lif, tiba-tiba lif tersangkut di tingkat 31. Masa itu kami berlima termasuk kru produksi,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Lah menerusi Instagram memuat naik sekeping foto dan video yang memaparkan situasi dia terperangkap di dalam lif.

“Bila kena dugaan hari ini, baru nak mula shooting, tiba-tiba lif sangkut tingkat 31. Terus terduduk kami,” ujarnya pada kapsyen tersebut.

Kata Lah, sejurus terperangkap mereka terus mendapatkan bantuan daripada pihak pengurusan bangunan dan diminta untuk tunggu sehingga bantuan tiba.

“Nak kata cemas saya rasa semua dalam lif tu cemas tapi kami cuba bersembang untuk tenangkan keadaan.

“Tapi lepas 10 hingga 15 minit masing-masing dah rasa lama ada dalam lif itu. Kami diberitahu mereka juga hubungi pihak bomba.

“Alhamdulillah, selepas setengah jam, akhirnya pihak penyelenggara lif berjaya buka pintu lif. Cemas pun cemas juga, tapi bila dah selamat rasa macam kelakar pun ada,” katanya.

Apakah tindakan yang patut dilakukan jika terperangkap di dalam lif?

1. Jika lif berhenti dengan sendirinya. Cuba tekan butang keluar atau butang lain-lain dalam lif. Jika tiada respon sila tekan butang kecemasan dan berhubung dengan pengendali lif.

2. Cuba tenangkan fikiran, beritahu kedudukan lif anda. Lokasi dan tingkat dimana lif itu berhenti. Jikalau lif itu ada butang stop. Sila tekan butang itu.

3. Sila semak signal henpon anda (selalunya takde signal). Kalau ada signal sila hubungi rakan pejabat anda juga.

4. Jangan cuba menolak pintu lif dengan cara paksa. Apa yang anda perlu lakukan ialah bertenang. Seperti cuba duduk untuk rehat sebentar, bersembang dengan rakan-rakan terperangkap, bermain permainan dalam henpon, atau makan/minum sesuatu. Menyanyi jugak bagus, sekurang-kurang ada orang luar tahu yang kita terperangkap dalam lif tersebut.

5. Jangan hisap rokok dalam lif jika terperangkap.

6. Jangan cuba untuk memanjat dan membuka pintu kecemasan yang terletak dibahagian atas lif. Sila tunggu sehingga anda diselamatkan dan tunggu arahan selanjutnya dari pengendali lif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *