Uncategorized

“Mata nampak layu” Netizen perasan ada tak kena masa Hawa Rizwana baca berita

Petaling Jaya: Personaliti popular TV3, Hawa Rizwana, 26, berterima kasih terhadap peminat yang sentiasa prihatin dengan keadaan kesihatannya.

Ia berikutan Hawa nampak keletihan dan tiada ‘mood’ serta seperti sedang menahan mengantuk ketika tampil membaca berita dalam Buletin Utama di TV3, baru-baru ini.

Hawa berkata, secara jujurnya dia tidak perasan raut wajahnya sebegitu.

“Apapun terima kasih atas peringatan dan nasihat kawan-kawan supaya saya cukup rehat serta makan. Saya gembira bekerja untuk berkongsi meklumat dengan pendengar, penonton serta saya pun gembira belajar daripada rakan-rakan sekerja dan penonton,” katanya.

Hawa yang mulanya bergelar pembaca berita TV3 ditawarkan sebagai penyampai radio Buletin FM bergandingan dengan pengacara Ally Iskandar sejak 2 Ogos lalu.

Mereka bertugas mengendalikan segmen pagi di Buletin FM dan perlu berada di pejabat tepat jam 5 pagi. Tugas sebagai penyampai radio juga menuntut Hawa bangun seawal jam 3 pagi.

Selain bertugas di Buletin FM dan Buletin Utama, dia juga akan terbabit mengacarakan Hello Doktor untuk sekali atau dua kali sebulan pada Ahad.

Hawa mengakui keluarganya turut bimbang mengenai keadaan kesihatannya, namun dia menjelaskan tetap mempunyai masa tidur dan rehat yang cukup hasil membuat susunan jadual kerja yang baik.

Terdahulu, satu akaun TikTok dikenali sebagai @_kak.rose memuat naik penampilan Hawa dalam keadaan lesu ketika tampil membaca berita dalam Buletin Utama.

Perkongsian ini menjadi tular dan mengundang simpati warganet yang turut meminta Hawa menjaga kesihatan dan memastikan mendapat rehat secukupnya kerana memerlukan tenaga yang cukup untuk bekerja.

HAWA Rizwana.

Nampak pucat sikit muka tu

Walau bagaimanapun, ramai yang ‘salute dengan’ Hawa Rizwana yang tetap profesional dalam kerjayanya. Warganet juga memahami tuntutan kerja selebriti berkenaan yang mempunyai jadual sunggup padat sehingga tidak dapat mengawal muka penat.

Disamping itu, mereka turut meminta agar personaliti TV3 itu menjaga kesihatan dan memastikan mendapat rehat secukupnya kerana perlu tenaga yang banyak untuk memulakan tugas pada keesokan hari pula.

Berikut Sedikit Biodata Hawa Rizwana Redzuan, Penyampai Buletin TV3 Mirip Neelofa!

1. Nama penuhnya, Hawa Rizwana binti Ahmad Redzuan.

2. Lahir di Illinois, Amerika Syarikat pada 7 September 1995.

3. Berusia 24 tahun.

4. Berdarah keturunan Arab, Siam dan Aceh.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

6. Anak kedua daripada tiga beradik. Mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki.

7. Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, SM Sains Muar dan asasi undang-undang UiTM Shah Alam.

8. Berkelulusan Sarjana Muda Kewartawanan daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam.

9. Bapanya, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman merupakan bekas pengacara program bual bicara pagi, Selamat Pagi Malaysia (SPM) sekitar era 90-an.

10. Gara-gara wajahnya yang seakan-akan pelakon Neelofa, beliau pernah menjadi tular di laman sosial.

11. Sebelum ini bertugas sebagai penyampai Berita TV9 dari tahun 2016 hingga 2018 sebelum beralih sebagai penyampai Buletin Utama TV3.

12. Juga dikenali sebagai Instafamous. Gemar memuat naik video menari dan masakan di Instagram.

13. Belum bersedia menjadi pelakon kerana ingin memberi fokus terhadap bidang penyiaran dan kewartawanan terlebih dahulu.

Fakta Menarik

Pernah mengikuti latihan industri sebagai wartawan penyiaran menerusi program Wanita Hari Ini (WHI).

Dalam bidang tarian, beliau pernah mewakili negara untuk sebuah persembahan di Hungary. Turut menduduki tangga kedua di Festa Mukal peringkat antarabangsa yang berlangsung di Labuan.

Hobinya melukis khususnya berkaitan fesyen baju, menari, memasak, membaca buku dan menaiki basikal.

Meminati Neelofa kerana beranggapan selebriti itu bukan sahaja berkarisma, malah bijak dalam bidang keusahawanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *